Nama kota ini diturunkan daripada nama terawalnya dalam bahasa Latin iaitu Toletum yang boleh ditafsirkan bermaksud kota tinggi («levantado, en alto»); sejarawan Martín Gallego pula berpendapat kota nama kota ini lebih membawa maksud "liku ganda sungai keliling" («las vueltas dobles o recodos que forma el río que la ciñe»). Kota Toletum ini ada tertulis dalam catatan sejarawan Livius sebagai suatu "kota kecil dibentengkan kedudukannya" (urbs parva, sed loco munita).[2]