Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Tomorrow Never Dies

Tomorrow Never Dies
Seorang lelaki memakai baju makan malam memegang pistol. Disisinya seorang wanita kulit putih dalam pakaian putih dan seorang asia memakai baju merah, berkilauan memegang pistol. DI latar belakang terdapat minotor dengan babak dalam filem, dua diatas menunjukkan seorang lelaki berkaca mata memegang baton. Di bawah skrin terdapat dua imej logo 007 dengan judul "Tomorrow Never Dies" dan kredit filem.
Poster pawagam British bagi Tomorrow Never Dies, oleh Keith Hamshere dan George Whitear
PengarahRoger Spottiswoode
PenulisBruce Feirstein
Berdasarkanwatak James Bond oleh
Ian Fleming
Dihasilkan olehMichael G. Wilson
Barbara Broccoli
DibintangiPierce Brosnan
Jonathan Pryce
Michelle Yeoh
Teri Hatcher
Joe Don Baker
Judi Dench
SinematografiRobert Elswit
Disunting olehMichel Arcand
Dominique Fortin
Muzik olehDavid Arnold
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehUnited Artists
Tarikh tayangan
  • 6 Disember 1997 (1997-12-06) (London, premiere)
  • 12 Disember 1997 (1997-12-12) (UK)
Masa tayangan
119 minit
NegaraUnited Kingdom
Bahasabahasa Inggeris
Bajet$110 juta
Pecah panggung$333,011,068

Tomorrow Never Dies (bahasa Melayu harafiah Esok Tidak Pernah Mati) (1997) merupakan filem perisikan kelapan belas dalam siri James Bond, dan yang kedua yang dibintangi oleh Pierce Brosnan sebagai agen James Bond M16 fiksyen. Diarah oleh Roger Spottiswoode, dengan lakonlayar ditulis oleh Bruce Feirstein, filem ini menggambarkan Bond ketika dia cuba menghentikan mogul media gila kuasa dari mecipta peristiwa dunia untuk mencetuskan Perang Dunia III.

Filem ini dihasilkan oleh Michael G. Wilson dan Barbara Broccoli, dan yang merupakan filem James Bond pertama yang dihasilkan sejak kematian pengarah Albert R. Broccoli, yang filem ini berikan kredit pada kredit akhir filem. Lokasi penggambaran termasuk Perancis, Thailand, ]]Jerman]], Mexico dan Amerika Syarikat dan United Kingdom. Tomorrow Never Dies diterima meluas di box office dan menerima pencalonan Golden Globe disebalik review bercampur. Sungguhpun prestasinya di box office tempatan melepasi filem yang sebelumnya, filem GoldenEye,[1] ia merupakan satu-satunya filem Bond Pierce Brosnan yang tidak mendapat nombor satu pada box office, kerana ia ditayangkan pada hari yang sama dengan filem Titanic, tetapi sebaliknya nombor dua.[2]

Barisan pelakon

  • Pierce Brosnan sebagai James Bond, Agen rahsia MI6 007.
  • Jonathan Pryce sebagai Elliot Carver, Baron Media yang ingin mencetuskan peperangan antara China dan UK.
  • Michelle Yeoh sebagai Kolonel Wai Lin, Seorang Perisik Cina yang mempunyai skill, dan sekutu Bond.
  • Teri Hatcher sebagai Paris Carver, bekas teman wanita Bond yang kini merupakan isteri trofi Carver.
  • Götz Otto sebagai Richard Stamper, pengikut Carver, yang mahir dalam seni penyeksaan Chakra.
  • Judi Dench sebagai M, ketua MI6.
  • Desmond Llewelyn sebagai Q, pembantu Bond dan pembekal gajet untuk Bond.
  • Samantha Bond sebagai Miss Moneypenny, seorang agen MI6,atasan M dan sekutu Bond.
  • Ricky Jay sebagai Henry Gupta, seorang "Pengganas Techno" Amerika yang bekerja dengan Carver.
  • Joe Don Baker sebagai Jack Wade , perhubungan CIA , mengulangi peranannya daripada GoldenEye.

Ringkasan

James Bond berusaha untuk menghentikan rancangan raja media bagi mencetuskan perperangan antara China dan UK sebagai cara untuk mendapatkan litupan media sejagat ekslusive.

Rujukan

Pautan luar

Kembali kehalaman sebelumnya