Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat atau UNRWA (bahasa Inggeris: United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near Eastcode: en is deprecated , Arab: وكالة الأمم المتحدة لإغاثة وتشغيل اللاجئين الفلسطينيين في الشرق الأدنىcode: ar is deprecated ) merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang memberi pendidikan, perkhidmatan kesihatan, sosial dan bantuan kecemasan kepada 4 juta penduduk pelarian Palestin yang tinggal di Genting Gaza, Tebing Barat, Jordan, Lubnan dan Syria.
Selepas Perang Arab-Israel 1948, UNRWA ditubuhkan melalui Resolusi Perhimpunan Agung PBB 302 (IV) pada tahun 1949 demi mengendalikan program pemulihan untuk penduduk pelarian Palestin. UNRWA telah membekalkan makanan, pakaian serta tempat perlindungan kepada beribu-ribu penduduk ini dalam masa perang dan aman, serta memberi pendidikan dan perkhimatan kesihatan kepada kanak-kanak.