Universiti Negeri Pennsylvania (bahasa Inggeris: Pennsylvania State Universitycode: en is deprecated , juga disingkatkan sebagai Penn State atau PSU) ialah sebuah universiti doktorgeran tanahawam dengan banyak kemudahan dan kampus tersedia serata negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat. Ia didirikan pada tahun 1855 di bawah nama Farmers' High School of Pennsylvania,[11] dan kemudiannya University of State College. Kampus utamanya terletak di University Park namun ada juga 19 kampus komanwel ("commonwealth campuse") dan 5 kampus misi khussu serata negeri ini.[12]
Ia menyediakan pendidikan tinggi tahap mahasiswa, graduan, profesional dan sepanjang hayat baik secara langsung mahu melalui kemudahan dalam talian. Institut ini dikenali kerana mutu pendidikan disediakan yang didapati setaraf pendidikan sediaan institut-institut dalam Ivy League;[13][14][15] sebanyak lebih 160 mata pelajaran utama ia ditawarkan di seluruh kampus-kampus ia.[16]
Bilangan kemasukan ke dalam kampus utamanya di University Park dihitung melebihi 46,800 pelajar mahasiswa dan graduan manakala dianggarkan sebanyak 97,500 orang pelajar di serata 24 buah kampusnya[17] dan World Campus dalam talian[18] dikira pada 2015–16 - perkiraan ini menjadikan ia antara universitii besar dalam Amerika Syarikat.[6] Universiti ini membelanjakan sebanyak $836 juta dalam bidang penyelidikan pada tahun fiskal 2016.[19]
^"PHMC Historical Markers Search"(Searchable database). Pennsylvania Historical and Museum Commission. Commonwealth of Pennsylvania. Dicapai pada 25 Januari 2014.