Urai adalah butiran-butiran manis yang digunakan sebagai penghias dan penambah rasa pada kek, kuih, donat dan ais krim.
Jenis
Urai coklat
Urai jenis ini khusunya diperbuat dari coklat sebagai bahan utama. Ia datang dari Belanda di bawah nama hagelslag dicipta pada tahun 1913 oleh Erven H. de Jong dari syarikat Wormerveer;[1][2] ia turut dikembangkan sama oleh sebuah syarikat lain bernama Venz.[3] Urai jenis ini dimakan atas roti yang hanya ditemukan dan dinikmati di Belanda dan negara-negara pernah dijajah atau dipengaruhi utama termasuk Indonesia, Suriname, dan Belgium.
Indonesia khususnya memberikan nama meses; ia sama ada dinamakan dari meisje kerana ia digemari gadis-gadis Belanda[4] atau juga dari kata muisjes, sejenis bahan makanan taburan roti memandangkan bentuknya memang mirip bahan sedemikian. Ia juga diterapkan dalam masakan Indonesia moden termasuk roti bakar Bandung. PT Ceres Meiji Indotama merupakan salah satu penghasil urai "meses" terbesar di Indonesia.
Rujukan
^"DE JONG'S". Provinciale Drentsche en Asser courant. 1913-04-19. Dicapai pada 2019-02-27.
^"Hagelslag", Wikipedia (dalam bahasa Belanda), 2018-11-28, dicapai pada 2019-02-27