Wataru Endo (遠藤 航, Endō Wataru, lahir Februari 9 1990) ialah seorang pemain bola sepak Jepun yang bermain untuk Liverpool dan pasukan kebangsaan Jepun.
Kerjaya kelab
Pada 18 Ogos 2023, Endō menandatangani kontrak empat tahun dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool[2] dengan bayaran sebanyak £16 juta.[3] Beliau menjadi pemain bola sepak Jepun kedua yang mewakili Liverpool selepas Takumi Minamino yang menyertai kelab pada 2020.[4] Pada hari berikutnya, beliau membuat penampilan perdana dalam Liga Perdana menentang Bournemouth sebagai pemain pengganti pada minit ke-63.[5][6] Endō dipuji untuk persembahannya kerana hanya melepaskan satu laluan yang salah.[7] Pada 27 Ogos, Endō membuat penampilan pertamanya dalam Liverpool dan Liga Perdana menentang Newcastle United.[8][9]
Kerjaya antarabangsa
Pada 23 Julai 2015, jurulatih Vahid Halilhodžić dari pasukan bola sepak kebangsaan Jepun memanggil Endō ke dalam skuad bagi perlawanan Piala Timur Asia EAFF 2015 yang akan datang.[10] Pada 2 Ogos 2015, beliau membuat penampilan antarabangsa pertamanya dalam perlawanan pembukaan pertandingan tersebut dalam kekalahan 2-1 kepada Korea Utara. Beliau dipilih ke dalam skuad Jepun dalam Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia,[11] tetapi beliau tidak bermain dalam sebarang perlawanan.
Endō sekali lagi berada dalam skuad Jepun untuk Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar,[12] di mana pasukan tersebut mencapai peringkat 16 sebelum tewas kepada Croatia dalam penentuan penalti.[13]
Pada Ogos 2023, Endō telah menjaringkan dua gol antarabangsa dalam 50 perlawanan. Beliau telah dilantik sebagai kapten pasukan kebangsaan pada Jun 2023.[14][15]
Rujukan
Pautan luar