Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Yazid bin Abu Sufyan

Yazid bin Abu Sufyan (Arab: يزيد بن أبي سفيان) merupakan seorang jeneral Arab yang terkenal pada masa penaklukan Muslim di Syria.[1]

Biografi

Yazid bin Abu Sufyan ialah anak Abu Sufyan bin Harb dan saudara lelaki Muawiyah I. Beliau tidak seharusnya dikelirukan dengan Yazid bin Muawiyah yang menjadi khalifah pada zaman pembunuhan cucu Nabi Muhammad, Sayidina Husain bin Ali.

Yazid ialah seorang daripada empat jeneral Muslim yang dihantar Khalifah Abu Bakar RA bagi menawan Syria Romawi (Levant) pada tahun 634 M. Beliau dilantik gabenor Damsyik selepas penaklukan kota itu pada tahun 634 M. Yazid mengetuai sayap kiri tentera al-Rasyidin semasa berlakunya Pertempuran Yarmuk. Selepas kematian Abu Ubaidah bin al-Jarrah akibat wabak pada tahun 639 M, Muaz bin Jabal dilantik gabenor Syria; Muaz juga maut akibat wabak dan diganti Yazid oleh Khalifah Umar al-Khattab. Dia juga meninggal dunia pada tahun 18 H / 639 M tanpa mempunyai keturunan.[2]

Rujukan

  1. ^ Robinson, Chase F., penyunting (2010), The new Cambridge History of Islam, Volume 1, the formation of the Islamic world, Sixth to Eleventh Centuries, m/s. 513
  2. ^ Bosworth, C. E. "Yazīd b. Abī Sufyān" (dalam bahasa Inggeris).
Kembali kehalaman sebelumnya