Yuri Valentinovich Zhirkov (lahir 20 Ogos 1983 di Tambov) adalah seorang pemain bola sepak untuk kelab FC Zenit Saint Petersburg dan pasukan kebangsaan Rusia. Beliau bermain di posisi sayap kiri. Zhirkov juga boleh bermain di kedudukan pertahanan kiri.
Zhirkov memulakan kerjanya dengan kelab Rusia, Spartak Tambov sebelum disambar oleh kelab CSKA Moscow. Zhirkov berjaya menarik perhatian Chelsea yang telah membelinya pada 6 Julai 2009 dengan harga £18 juta. Beliau menandatangani kontrak selama 4 tahun. Sehingga kini, Zhirkov memegang rekod sebagai pemain Rusia paling mahal mengatasi rakan senegaranya yang lain seperti Andrei Arshavin (Arsenal), Roman Pavlyuchenko (Totenham Hotspur) dan Diniyar Bilyaletdinov (Everton). Pada kemunculan sulungnya bersama Chelsea, Zhirkov telah menunjukkan aksi cemerlang dengan menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Milan dalam satu perlawanan persahabatan. Tetapi malang bagi Zhirkov, kecederaan lutut ketika aksi pra-musim memaksanya berehat sehingga suatu tempoh. Zhirkov masih belum membuat walau satu pun kemunculan dalam Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea. Namun, pada musim 2009-10 beliau telah membuat kemunculan pertamanya di Liga Perdana Inggeris ketika Chelsea menang 2-1 menentang Fulham pada 27 disember.
Catatan
Pautan luar
Persondata
|
Nama
|
Zhirkov, Yuri
|
Nama alternatif
|
|
Pemerihalan ringkas
|
Russian footballer
|
Tarikh kelahiran
|
20 August 1983
|
Tempat kelahiran
|
Tambov, Russian SFSR, Soviet Union
|
Tarikh kematian
|
|
Tempat kematian
|
|