Yusof Kelana |
---|
Kelahiran | Omar bin Kamarudin (1954-04-27)27 April 1954
|
---|
Meninggal dunia | 15 Ogos 2020(2020-08-15) (umur 66)
Kuala Lumpur, Malaysia |
---|
Sebab kematian | Kanser kulit tahap empat |
---|
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Klang Gate |
---|
Pekerjaan | Pengarah, penerbit, penulis skrip |
---|
Tahun aktif | 1974–2020 |
---|
Pasangan | Myna Abdul Malik |
---|
Anak-anak | 3 |
---|
Omar bin Kamarudin atau lebih dikenali sebagai Yusof Kelana (27 April 1954 – 15 Ogos 2020) merupakan seorang pengarah filem Malaysia dan pemilik syarikat penerbitan, M.E. Communications. Beliau juga mempunyai hubungan rapat dengan pelakon dan pengarah, Datuk Yusof Haslam sebagai rakan karib dan kolaborator filem.[1]
Filemografi
Pengarah
Penulis
Penerbit
Kesihatan dan kematian
Tanda-tanda awal beliau mengidap kanser ialah selepas mengalami luka sebesar syiling 50 sen pada tapak kaki. Pada awalnya dia menyangka dirinya hanya menghidapi penyakit kencing manis. Sebelum menerima rawatan pakar, beliau sudah beberapa kali pergi ke klinik dan farmasi untuk mengubati luka tersebut namun tidak berjaya. Beliau disahkan mengidap kanser kulit tahap empat Julai lalu.[6]
Beliau meninggal dunia pada 15 Ogos 2020 akibat kanser kulit tahap empat yang sudah merebak ke bahagian otak di kediamannya di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Jenazah Yusof dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate selepas solat Zohor. Beliau meninggalkan balu, Myna Abdul Malik dan tiga cahaya mata perempuan. Suzana, Nur Yusnani dan Nur Azzrena.[7]
Rujukan
Pautan luar