Zaman Helenistik di Yunani Purba (323–146 SM) merupakan zaman di antara kematian Alexander Agung semasa panglima-panglima Alexander menghasilkan empayar-empayar sendiri dan Rom menakluki tanah besar Yunani.
Pada zaman ini, budaya, seni dan kuasa Yunani tersebar di seluruh Mediterranean Timur (termasuk Anatolia, Mesir, Masyrik dan Balkan). Antara semua empayar Helenistik yang diasaskan, Empayar Seleukialah yang paling besar. Dinasti Ptolemaik di Mesir adalah antara yang paling terkenal dan lama wujud kerana Perpustakaan Iskandariahnya yang masyhur dan tokoh penting seperti Cleopatra VII.