Dato' Dr Zulkifli bin Muhammad (atau dieja Zulkiflee Muhammad[1]) ialah bekas ahli politik di Malaysia. Beliau merupakan bekas Timbalan Yang di-Pertua Agung (kini Timbalan Presiden) Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di bawah kepimpinan Dr. Burhanuddin al-Helmi. Beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen Bachok, Kelantan pada 1959-1964.
Pendidikan
Menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Parit hingga tamat Darjah 5.
Melanjutkan pelajaran ke Sekolah Agama Rakyat Madrasah Aziziah' sehingga tahun 1937.
1940, memasuki Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan,Perak.
1947, melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Seterusnya ke American University, Mesir.
Kegiatan ilmiah
1951-Penasihat Lembaga Pembangunan Sastera, Perak.
1954-Setiausaha Kolej Islam Malaya di Kelang.
1955-Ketua bahagian politik dalam Kongres Pemuda Melayu.
Beliau diantara pimpinan Pelajar Melayu ketika beliau menuntut di Mesir
Beliau juga dianugerahkan gelaran 'Profesor' dari Universitas Sawerigading,Makassar, Indonesia sewaktu beliau masih berkhidmat di Kolej Islam, Kelang.
Politik
1956-menyertai parti Islam Setanah Melayu (PAS)
1959-Memenangi pilihan raya Umum 1959 bagi Kawasan Parlimen Bachok, Kelantan.
1956- dilantik sebagai Timbalan Yang Di Pertua Agung Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (sekarang Parti Islam Se-Malaysia) ketika Burhanuddin al-Helmi dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS.
Beliau seorang pemidato yang hebat dan disegani kawan & lawan. Beliau mencipta rekod berucap di parlimen selama 4 jam. Di Parlimen beliau banyak membangkitkan isu-isu berkaitan kerakyatan, cukai, penubuhan koperasi, kepentingan pengetahuan teknikal kepada orang Melayu, perkembangan bahasa Melayu, perlunya pusat latihan guru dan yang paling penting menyeru supaya menghentikan penghantaran guru ke Kirkby dan Brinsford di United Kingdom.
Tan Sri Mohd Asri Haji Muda pernah menukilkan kehebatan Dato' Zulkifli:
“Saya kenal dia sebagai pujangga dengan membaca syair-syair dan sajak-sajaknya. Saya kenal dia sebagai ahli fikir dengan menatap karangan-karangannya di majalah dan risalah yang ditulisnya. Saya kenal dia sebagai pendidik dengan perkhidmatannya di Kolej Islam sebagai setiausaha dan pensyarah. Saya kenal dia sebagai ahli ilmu dengan ceramah-ceramah ilmiah yang diberikan di kolej-kolej dan universiti ditambah dengan karya-karyanya yang memabahas pelbagai bidang ilmu pengetahuan.”
Kematian
Beliau meninggal dunia di usia 37 tahun dalam satu kemalangan ngeri bersama isterinya Ustazah Asiah Kamaruddin yang juga Naib Ketua Muslimat PAS Pusat di Kuantan ketika dalam perjalanan pulang ke Perak dari Kelantan pada 6 Mei 1964. Beberapa jam sebelum itu beliau sempat menyampaikan amanat kepada pimpinan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan di Dewan PAS Kelantan di Jalan Dato' Pati, Kota Bharu, Kelantan yang dikenali 'Amanat Terakhir Prof. Zulkifli Muhammmad'. Beliau disemadikan di kampung halaman beliau di Kg Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak.
Sempena mengenang jasanya kepada parti, dewan di Pejabat PAS Kelantan di Jalan Dato' Pati, Kota Bharu (Tempat Tuan Guru Dato' Haji Nik Ab Aziz Nik Mat menyampaikan kuliah Pagi Jumaat sekarang) dinamakan 'Dewan Zulkeflee Muhammad' bersempena nama beliau.
Jasa & sumbangan
Menentang keganasan komunis kawasan Kuala Kangsar.
Bangkit menentang Malayan Union bersama pertubuhan Melayu.
Aktif dalam bidang penulisan, menghasilkan tulisan untuk Majlis, Mastika, Qalam dan Hiburan.
Penggerak Penubuhan Kolej Malaya di Kelang (1953),
Pencetus idea Penubuhan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (kini KIAS) pada 1965.
Memberi perhatian dengan masalah Bahasa Melayu dan merintis Penubuhan Dewan Bahasa bersama Pendeta Za'ba.
Penulisan
Dr. Zulkifli Muhammad juga menghasilkan beberapa buku dan rencana. Antaranya;-
Buku
Zulkifli bin Mohamed (1953). Masharakat dan shariah. Pulau Pinang: Haji Abdullah bin Muhammad Nordin Arrawi.
Zulkifli bin Mohamed (1953). Syarikat dan syariat. Pulau Pinang: Zi United Press.