Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Anjing gembala Maremma-Abruzzo

Anjing gembala Maremma-Abruzzo
Nama lain
  • Anjing Maremma
  • Anjing gembala Abruzzo
  • Anjing gembala Maremma
  • Mastif Abruzzo
Negara asalItali
Trait
Berat Jantan 35–45 kg (77–99 lb)[1]
Betina 30–40 kg (66–88 lb)[1]
Tinggi Jantan 65–73 cm (26–29 in)[1]
Betina 60–68 cm (24–27 in)[1]
Bulu panjang, tebal
Warna putih[1]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gembala Maremma-Abruzzo,[a] juga dikenali sebagai anjing Maremma, anjing gembala Maremma, atau anjing gembala Abruzzo, ialah satu baka anjing penjaga haiwan ternakan Itali. Ia peribumi di Itali Tengah, terutamanya di rantau Maremma di Toscana dan di Lazio dan di kawasan utara Itali Selatan, khususnya Abruzzo. Ia telah digunakan selama berabad-abad oleh gembala Itali untuk menjaga biri-biri daripada serigala. Rujukan "Maremma" pada namanya diterbitkan daripada tanah rawa Maremma yang, sehingga baru-baru ini, menjadi tempat untuk gembala, anjing, dan beribu-ribu biri-biri menetap sepanjang musim sejuk[2]:33 dan tempat yang masih mempunyai banyak anjing baka ini walaupun penternakan biri-biri sudah berkurangan dengan banyak. Walau bagaimanapun, baka ini masih digunakan secara meluas di rantau Abruzzo yang berdekatan dan berkait rapat secara kebudayaan dengan rantau itu, yang masih mempunyai penggembalaan biri-biri yang kekal penting kepada ekonomi pedalaman dan serigala (khususnya serigala Appennino) yang kekal sebagai pemangsa giat dan terlindung. Bahagian "Abruzzo" dalam nama baka anjing ini diterbitkan daripada jumlah banyaknya di Abruzzo dan di kawasan sekeliling.

Ia mungkin mengongsi leluhur bersama dengan baka-baka Eropah lain dengan penampilan dan fungsi serupa termasuk anjing gunung Pyrénées, kuvasz dari Hungary, anjing gembala Tatra Poland, dan anjing Pergunungan Šar.[3][4]

Sejarah

Sejarah dan ikonografi purba

Keterangan tentang anjing putih penjaga kawanan ternakan ditemukan dalam kesusasteraan Rom kuno dalam karya seperti karya Columella, Varro, dan Palladius. Anjing serupa digambarkan dalam banyak arca dan lukisan dari zaman Rom hingga kini. Antara yang terawal ialah siri patung besar (dua buah di Rom, sebuah di Firenze, sebuah – Anjing Duncombe – di England) yang disalin daripada gangsa Helenistik dari Pergamon.[5]

Sumber ikonografi yang dikenal pasti relevan dengan sejarah anjing gembala Maremma termasuk:[5]

Sejarah terkini

Seekor anjing pekerja di Gran Sasso di Abruzzo

Pendaftaran pertama anjing Maremma dalam Libro delle Origini Italiano bagi Kennel Club Italiano, seperti yang dipanggil ketika itu, adalah untuk empat ekor anjing pada tahun 1898. Tiada pendaftaran lanjut selama bertahun-tahun. Pada tahun 1940, terdapat 17 ekor anjing yang didaftarkan. Piawaian pertama untuk baka ini dirangka pada tahun 1924 oleh Luigi Groppi dan Giuseppe Solaro.[12]

Sehingga tahun 1958, pastore maremmano ("anjing gembala Maremma") dan pastore abruzzese ("anjing gembala Abruzzo") dianggap sebagai baka berasingan. Sebuah persatuan pembiak baka untuk pastore abruzzese dibentuk pada tahun 1950, dan sebuah lagi untuk pastore maremmano pula pada tahun 1953. Pada 1 Januari 1958, baka-baka tersebut disatukan oleh ENCI, Ente Nazionale della Cinofilia Italiano, iaitu persatuan anjing kebangsaan Itali. Penjelasan yang diberikan ialah bahawa "penyatuan semula jadi" kedua-dua jenis ini telah berlaku oleh sebab pergerakan anjing-anjing ini kerana pindah ternak kawanan biri-biri dari rantau ke rantau, khususnya selepas penyatuan Itali.[1] Sehingga tahun 1860, pergunungan Abruzzo dan dataran Maremma terletak di negara berlainan. Walaupun sesetengah terbitan lama merujuk pastore maremmano dan pastore abruzzese sebagai baka bebas yang digabungkan untuk menghasilkan pastore maremmano-abruzzese, telah ada catatan bahawa pastore maremmano berbulu lebih pendek hanya pernah diperhatikan semasa bulan-bulan musim sejuk, apabila kawanan ternakan meragut di padang ragut musim sejuk di Toscana di pinggir laut lebih yang lebih sederhana, manakala pastore abruzzese bertubuh lebih panjang yang diperkatakan hanya diperhatikan pada bulan-bulan musim panas, apabila kawanan ternakan meragut di pergunungan Abruzzo.[13]:124[14]:42

Hidung, bibir, dan keliling mata adalah hitam.

Apabila penternakan biri-biri berkembang menjadi perjalanan atau pindah ternak tahunan dari padang rumput gunung di Abruzzo dan di Molise (dan di bahagian lain di Itali tengah) ke selatan ke padang ragut pamah di Puglia, tempat keberadaan biri-biri sepanjang musim sejuk,[perlu rujukan] anjing-anjing ini memainkan peranan utama dalam penghijrahan berabad-abad lamanya, acara tahunan yang penting kepada budaya Abruzzo. Anjing Maremma terus digunakan secara meluas oleh para penternak biri-biri Itali di kawasan yang umumnya mengalami pemangsaan, seperti Pergunungan Appennine di Itali tengah dan kawasan terbuka di taman-taman negara di Abruzzo. Anjing-anjing ini juga telah digunakan untuk menjaga haiwan di Australia, di Israel, dan di Amerika Syarikat.[15]:24

Ciri

Anjing Maremma mempunyai tubuh padu dan berotot, lapis bulu putih tebal, kepala besar, dan hidung hitam. Jantan berukuran seberat sekitar 35–45 kg (77–99 lb) dan berdiri setinggi 65–73 cm (26–29 in) pada paras bahu, manakala betina pula berukuran seberat 30–40 kg (66–88 lb) dan berdiri setinggi 60–68 cm (24–27 in). Sesetengah anjing mungkin jauh lebih besar. Lapis bulunya panjang dan tebal, kasar kepada sentuhan dan membentuk kolar tebal di sekeliling leher. Warnanya mestilah putih padu; sedikit kekuning-kuningan kecil mungkin ditoleransi.[16] Hidung, bibir, dan kulit di sekeliling mata berwarna hitam.[15]:24

Umur median pada kematian telah dilaporkan pada 7.5 tahun, berbanding dengan median 10 tahun untuk semua anjing di Itali.[17]

Kegunaan


Roccale jenis berbeza

Roccale atau vreccale, kolar besi berpacak

Penggunaan tradisional bagi anjing Maremma adalah sebagai penjaga untuk perlindungan kawanan biri-biri menentang serigala. Columella, yang menulis pada abad pertama Masihi, mengesyorkan anjing putih untuk tujuan ini, kerana gembala dapat semudahnya membezakannya daripada serigala, manakala Varro mencadangkan agar anjing putih mempunyai "aspek mirip singa" dalam kegelapan.[18] Anjing ini bekerja dalam kumpulan; tiga atau empat ekor anjing merupakan pertahanan mencukupi terhadap serigala dan anjing terbiar. Fungsi ini kebanyakannya adalah untuk penegahan sementara pertempuran fizikal sebenar dengan pemangsa adalah agak jarang berlaku.[19] Walau apa pun, anjing pekerja mungkin dipakaikan roccale (atau vreccale), iaitu kolar besi berpacak yang melindungi leher dalam pertempuran.[19] Sehingga pemotongan telinga menjadi haram di Itali, telinga anjing pekerja biasanya dipotong.[5]:139

Anjing yang digunakan untuk perlindungan kawanan ternakan diletakkan sesama biri-biri sebagai anak anjing muda – usia tidak lebih daripada 40 hari – supaya terikat dengan kawanan biri-biri; hubungan manusia dikekalkan pada tahap minimum yang sangat diperlukan.[20] Jika sudah ada anjing penjaga dalam kawanan, anak anjing itu meniru dan belajar daripada tingkah laku anjing sedia ada itu.[20] Penggunaan tradisional anjing Maremma adalah dengan biri-biri, tetapi anjing ini dapat menjalin ikatan serupa dengan lembu dan pernah digunakan untuk melindungi lembu.[21] Sebilangan kecil telah digunakan sejak tahun 2006 di Middle Island, di luar Warrnambool, di Victoria, Australia, untuk melindungi populasi kecil penguin kecil Australia (Eudyptula novaehollandiae) daripada rubah invasif.[22][23] Di Patagonia, ia telah digunakan untuk melindungi biri-biri daripada puma.[24]

Catatan

  1. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا ماريما-ابروتسو; Itali: cane da pastore maremmano-abruzzese; pastore maremmano-abruzzese; bahasa Inggeris: Maremma and the Abruzzes sheepdog; Maremma and Abruzzes sheepdog; Maremmano-Abruzzese sheepdog

Rujukan

  1. ^ a b c d e f Standard del cane da pastore maremmano abruzzese (dalam bahasa Itali). Milan, Itali: Ente Nazionale dell Cinofilia Italiana. Diarkibkan pada 22 Jun 2016.
  2. ^ Barker, Graeme; Rasmussen, Tom (18 Mei 2000). The Etruscans [Orang Etruria] (dalam bahasa Inggeris). Oxford, United Kingdom: Wiley-Blackwell. ISBN 9780631220381. OCLC 43919573.
  3. ^ Ancona, George (1985). Sheep Dog [Anjing Gembala Biri-biri] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). New York, New York, Amerika Syarikat: Lothrop, Lee & Shepard. ISBN 9780688041199. OCLC 11133470.
  4. ^ Le Origini del cane Pastore - Maremmano Abruzzese (dalam bahasa Itali). Capranica, Itali: Circolo del Pastore Maremmano-Abruzzese. Diarkibkan pada 25 Ogos 2016.
  5. ^ a b c d Breber, Paolo (1983). Il cane da pastore maremmano-abruzzese [Anjing Gembala Maremma-Abruzzo] (dalam bahasa Itali) (ed. ke-2). Firenze, Itali: Olimpia. OCLC 955281370.
  6. ^ von Stephanitz, Max Emil Friedrich (1901). Der deutsche Schäferhunde in Wort und Bild – Herausgegeben im Auftrage des Vereins für deutsche Schäferhunde [Anjing Gembala Jerman dalam Kata dan Gambar: Diterbitkan atas Arahan Verein für deutsche Schäferhunde] (dalam bahasa Jerman). Augsburg, Jerman: Lampart. OCLC 162281154.
  7. ^ Villot, Frédéric (1855). Guide Through the Galleries of Paintings of the Imperial Museum of the Louvre [Panduan melalui Galeri Lukisan Muzium Imperial Louvre] (dalam bahasa Inggeris). Paris, Perancis: Soye and Bouchet. m/s. 620. OCLC 16776685.
  8. ^ Gobin, Alphonse (1869). Traité pratique du chien : Histoire, Races, Emploi, Hygiène et Maladies [Karangan Amali Anjing: Sejarah: Baka, Kegunaan, Kesihatan, dan Penyakit] (dalam bahasa Perancis). Paris, Perancis: Mme. Ve. Bouchard-Huzard. OCLC 20626058.; dikutip oleh Breber (1983), hlm. 27
  9. ^ Dandolo, Vincenzo (1804). Del governo delle pecore spagnuole e italiane e dei vantaggi che ne derivano [Tentang Pengurusan Biri-biri Sepanyol dan Itali dan tentang Kelebihan Daripadanya] (dalam bahasa Itali). Milan, Itali: Luigi Veladini. OCLC 32068628.; dikutip oleh Breber (1983), hlm. 173–175
  10. ^ Charles Knight (penyunting) (1833). Penny magazine of the Society for the diffusion of useful knowledge (dalam bahasa Inggeris), jilid 2. London, United Kingdom: Charles Knight
  11. ^ Coleman, Charles (1850). A Series of Subjects Peculiar to the Campagna of Rome and Pontine Marshes [Siri Subjek yang Khusus tentang Perdesaan Rom dan Rawang Ponza] (dalam bahasa Inggeris). Rom, Itali: Spithöver. OCLC 1198130092.
  12. ^ Franco Simoni (1987). "Storia ed etimologia" (dalam bahasa Itali), dalam: Fiorone, Fiorenzo (1987). I pastori italiani - Il maremmano-abruzzese e il bergamasco [Anjing Gembala Itali: Maremma-Abruzzo dan Bergamo] (dalam bahasa Itali). Milan, Itali: De Vecchi Editore. ISBN 9788841223161. OCLC 799978758.
  13. ^ Coppinger, Raymond Parke; Coppinger, Lorna (Oktober 2002). Dogs: A New Understanding of Canine Origin, Behavior, and Evolution [Anjing: Pemahaman Baharu Asal Usul, Tingkah Laku, dan Evolusi Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Chicago, Illinois, Amerika Syarikat: University of Chicago Press. ISBN 9780226115634. OCLC 49576572.
  14. ^ Hancock, David (28 Ogos 2014). Dogs of the Shepherds: A Review of the Pastoral Breeds [Anjing Para Gembala: Ulasan Baka Pastoral] (dalam bahasa Inggeris). Ramsbury, Marlborough, Wiltshire, United Kingdom: The Crowood Press. ISBN 9781847978080. OCLC 883515445.
  15. ^ a b Robin Rigg (2001). Livestock guarding dogs: their current use world wide (dalam bahasa Inggeris). IUCN/SSC Canid Specialist Group Occasional Paper No. 1. Tubney, Oxford, United Kingdom: IUCN/SSC Canid Specialist Group. Diarkibkan pada 30 Jun 2007.
  16. ^ Cane da pastore Maremmano Abruzzese - Lo Standard (dalam bahasa Itali). Capranica, Itali: Circolo del Pastore Maremmano-Abruzzese. Diarkibkan pada 31 Oktober 2017.
  17. ^ Roccaro, Mariana; Salini, Romolo; Pietra, Marco; Sgorbini, Micaela; Gori, Eleonora; Dondi, Maurizio; Crisi, Paolo E.; Conte, Annamaria; Dalla Villa, Paolo; Podaliri, Michele; Ciaramella, Paolo; Di Palma, Cristina; Passantino, Annamaria; Porciello, Francesco; Gianella, Paola; Guglielmini, Carlo; Alborali, Giovanni L.; Rota Nodari, Sara; Sabatelli, Sonia; Peli, Angelo (17 Februari 2024). "Factors related to longevity and mortality of dogs in Italy" [Faktor-faktor yang berkaitan dengan kelanjutan usia dan mortaliti anjing di Itali]. Preventive Veterinary Medicine (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 225: 106155. doi:10.1016/j.prevetmed.2024.106155. hdl:11585/961937. ISSN 1873-1716. PMID 38394961 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267743971 Check |s2cid= value (bantuan).
  18. ^ dikutip dalam: Coppinger, Raymond Parke; Coppinger, Lorna (Oktober 2002). Dogs: A New Understanding of Canine Origin, Behavior, and Evolution [Anjing: Pemahaman Baharu Asal Usul, Tingkah Laku, dan Evolusi Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Chicago, Illinois, Amerika Syarikat: University of Chicago Press. m/s. 120. ISBN 9780226115634. OCLC 49576572.
  19. ^ a b Caratteristiche del Cane da difesa del gregge (dalam bahasa Itali). Capranica, Itali: Circolo del Pastore Maremmano–Abruzzese. Diarkibkan pada 5 November 2013.
  20. ^ a b L'Allevamento del Cane da difesa del gregge (dalam bahasa Itali). Capranica, Itali: Circolo del Pastore Maremmano–Abruzzese. Diarkibkan pada 5 November 2013.
  21. ^ Coppinger, Raymond Parke; Coppinger, Lorna (1995). "Interaction Between Livestock Guarding Dogs and Wolves" [Interaksi antara Anjing Penjaga Haiwan Ternakan dengan Serigala]. Dalam Carbyn, Ludwig N.; Fritts, Steven H.; Seip, Dale Roy (penyunting). Ecology and Conservation of Wolves in a Changing World [Ekologi dan Pemuliharaan Serigala di Dunia Kian Berubah] (dalam bahasa Inggeris). Edmonton, Alberta, Kanada: University of Alberta Press. m/s. 523–526. ISBN 9780919058927. OCLC 35162905.
  22. ^ Penguin numbers up after world-first maremma trial - 13/12/2006 (dalam bahasa Inggeris). Majlis Bandar Raya Warrnambool. Diarkibkan pada 27 September 2007.
  23. ^ [Rural Reporters from Canberra 2600] (25 Jun 2010). National Landcare Winners 2010 (dalam bahasa Inggeris). ABC Rural. Diarkibkan pada 28 Jun 2010.
  24. ^ Liam Miller (3 Julai 2021). Lights, dogs, action! Patagonia project to keep pumas from preying on sheep (dalam bahasa Inggeris). The Guardian. Dicapai pada 15 Januari 2024.

Read other articles:

Cantonese food Har gowAlternative namesXia jiao, also spelled ha gau, ha gaau, ha gao, ha gow, or other variants, Vietnamese há cảoCourseDim sumPlace of originGuangdong, ChinaRegion or stateCantonese-speaking regionMain ingredientsWheat starch, tapioca starch, shrimp, cooked pork fat, bamboo shoots, scallions, cornstarch, sesame oil, soy sauce, sugar, and other seasonings  Media: Har gow Har gowChinese nameTraditional Chinese蝦餃Simplified Chinese虾饺Jyutpinghaa¹ gaau²C...

 

Ordinariat Militer AustriaOrdinariatus Militaris AustriaeMilitärordinariat der Republik ÖsterreichKatolik Katedral Santo Gregorius, Burg Wiener NeustadtLambang Ordinariat Militer AustriaLokasiNegara AustriaProvinsi gerejawiTunduk langsung kepada Tahta SuciStatistikLuas83.879 km2 (32.386 sq mi)Populasi- Katolik100.000[1]Paroki21[1][2] ditambah 5 stasi[3]Kongregasi4Imam8InformasiDenominasiKatolik RomaGereja sui iurisGereja LatinRit...

 

هذه المقالة يتيمة إذ تصل إليها مقالات أخرى قليلة جدًا. فضلًا، ساعد بإضافة وصلة إليها في مقالات متعلقة بها. (مارس 2022) تيم بوب معلومات شخصية الميلاد 12 فبراير 1956 (67 سنة)[1]  حي هكني في لندن  مواطنة المملكة المتحدة  الحياة العملية المهنة مخرج أفلام،  ومخرج فيديو موسي�...

Peta kekuasaan Rhodri yang Agung Rhodri yang Agung (pada bahasa Wales, Rhodri Mawr; kadang-kadang dalam bahasa Inggris disebut Roderick yang Agung) (c. 820–878) adalah penguasa pertama Wales yang dijuluki 'Agung', dan penguasa pertama yang menguasai seluruh Wales. Ia dijuluki sebagai Raja Briton oleh Annals dari Ulster. Referensi Nora K. Chadwick (1963). Celtic Britain. Thames and Hudson.  John Edward Lloyd (1911). A history of Wales: from the earliest times to the Edwardian conquest. ...

 

Painting by Pieter de Hooch A Woman and Two Men in an ArbourArtistPieter de HoochYear1657MediumOil on panelDimensions43.2 cm × 36.5 cm (17.0 in × 14.4 in)LocationMetropolitan Museum of Art, New York A Woman and Two Men in an Arbour (1657) is an oil-on-panel painting by the Dutch painter Pieter de Hooch; it is an example of Dutch Golden Age painting and is now in the Metropolitan Museum of Art, in New York. Description This painting was documented by...

 

This article relies largely or entirely on a single source. Relevant discussion may be found on the talk page. Please help improve this article by introducing citations to additional sources.Find sources: Kettandapatti railway station – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (February 2019) This article may rely excessively on sources too closely associated with the subject, potentially preventing the article from being verifiable and neutral. Ple...

Australian news website The topic of this article may not meet Wikipedia's notability guideline for web content. Please help to demonstrate the notability of the topic by citing reliable secondary sources that are independent of the topic and provide significant coverage of it beyond a mere trivial mention. If notability cannot be shown, the article is likely to be merged, redirected, or deleted.Find sources: News.com.au – news · newspapers · books · scholar...

 

16/17th-century Japanese warlord (daimyō) of Awaji Island In this Japanese name, the surname is Wakisaka. Wakisaka Yasuharu脇坂 安治Wakisaka YasuharuLord of Awaji IslandIn office1585–1626Succeeded byWakisaka Yasumoto Personal detailsBorn1554Nagahama, Shiga, JapanDiedSeptember 26, 1626(1626-09-26) (aged 71–72)Military serviceAllegiance Azai clan Oda clan Toyotomi clan Western Army Tokugawa shogunateBattles/warsTanba CampaignSiege of MikiTenshō Iga WarBattle of ShizugatakeKyūsh�...

 

Esta página cita fontes, mas que não cobrem todo o conteúdo. Ajude a inserir referências. Conteúdo não verificável pode ser removido.—Encontre fontes: ABW  • CAPES  • Google (N • L • A) (Fevereiro de 2016) (I've Had) The Time of My Life (I've Had) The Time of My Life Single de Bill Medley e Jennifer Warnesdo álbum Dirty Dancing Lado B Love Is Strangepor Mickey & Sylvia Lançamento 1987 Formato(s) 7 single, 12 maxi...

Abrahamic term for Israel and Palestine For other uses, see Holy Land (disambiguation). The Holy LandNative names Hebrew: אֶרֶץ הַקּוֹדֶשׁ Latin: Terra Sancta Arabic: الأرض المقدسةMap of the Holy Land (Terra Sancta), Pietro Vesconte, 1321. Described by Adolf Erik Nordenskiöld as the first non-Ptolemaic map of a definite country.[1]TypeHoly placeLocationRegion between the Jordan River and the Mediterranean SeaOriginal useJudaism: Judaic Promised Land Christi...

 

American basketball player (born 1991) Jared CunninghamCunningham with the Oregon State Beavers in 2010No. 1 – VojvodinaPositionShooting guardLeagueBasketball League of SerbiaPersonal informationBorn (1991-05-22) May 22, 1991 (age 32)Oakland, California, U.S.Listed height195 cm (6 ft 5 in)Listed weight85 kg (187 lb)Career informationHigh schoolSan Leandro(San Leandro, California)CollegeOregon State (2009–2012)NBA draft2012: 1st round, 24th overall pic...

 

Indian film and theatre actor (born 1984) Jatin SarnaSarna in 2018Born (1984-11-02) 2 November 1984 (age 39)New Delhi, IndiaAlma materShri Ram Centre for Performing Arts New DelhiOccupationActor Jatin Sarna (born 2 November 1984) is an Indian actor who appears in Hindi films and theatre.[1] He is best known for his work in Meeruthiya Gangsters,[2] Saat Uchakkey,[3] Sonchiriya, Darbar, 83 and Sacred Games, an original Netflix series, Khakee: The Bihar Chapter....

City in Florida, United StatesHollywood, FloridaCityThe skyline of Hollywood, Florida, October 2020 FlagSealNickname: Diamond of the Gold CoastHollywood, FloridaLocation of Hollywood in the state of FloridaShow map of FloridaHollywood, FloridaHollywood, Florida (the United States)Show map of the United StatesCoordinates: 26°1′17″N 80°10′30″W / 26.02139°N 80.17500°W / 26.02139; -80.17500Country United StatesState FloridaCountyBrowardFoundedFeb...

 

New Zealand coastal fortifications The New Zealand coastline is 15,134 km long Map all coordinates using: OpenStreetMap Download coordinates as: * KML * GPX (all coordinates) * GPX (primary coordinates) * GPX (secondary coordinates) Coastal fortifications were constructed in New Zealand in two main waves: around 1885 as a response to fears of an attack by Russia, and in World War II due to fears of invasion by the Japanese. The fortifications were built from British designs adapted to New Zea...

 

أرثر وليام هيل (بالإنجليزية: Arthur William Hill)‏  معلومات شخصية الميلاد 11 أكتوبر 1875(1875-10-11)واتفورد  تاريخ الوفاة 3 نوفمبر 1941 (66 سنة) مواطنة المملكة المتحدة المملكة المتحدة لبريطانيا العظمى وأيرلندا (–12 أبريل 1927)  عضو في الجمعية الملكية  الحياة العملية اختصار اسم علماء الن...

2011 Indian Hindi-language psychological action thriller film directed by Mohit Suri For the crime, see Second degree murder. Murder 2Theatrical release posterDirected byMohit SuriWritten byShagufta RafiqProduced byMukesh BhattStarringEmraan HashmiJacqueline FernandezCinematographyRavi WaliaEdited byDevendra MurdeshwarMusic bySongs: MithoonHarshit SaxenaSangeet-SiddharthBackground score: Raju SinghProductioncompanyVishesh FilmsDistributed byWave Cinemas (India)Eros International (overseas)Rel...

 

Federal prison in Victorville, California, USA For other uses, see Victorville. United States Penitentiary, VictorvilleLocationVictorville, CaliforniaCoordinates34°34′10.2″N 117°21′45.0″W / 34.569500°N 117.362500°W / 34.569500; -117.362500StatusOperationalSecurity classHigh-securityPopulation1,126 (September 2023)Opened2004Managed byFederal Bureau of PrisonsWardenFrancisco J. Quintana The United States Penitentiary, Victorville (USP Victorville) is a high-s...

 

Public secondary school in Millville, Utah, United StatesRidgeline High SchoolLocationMillville, Utah 84326United StatesCoordinates41°41′08″N 111°49′49″W / 41.68568°N 111.83027°W / 41.68568; -111.83027InformationTypePublic secondary schoolEstablished9 August 2016 (2016-08-09)School districtCache County School DistrictGrades9-12Enrollment1585:[1]Color(s)  light green   dark blue   SilverYearbookAccipitorWebsitewww.ccsdut...

Billionaires for Bush was a culture jamming political street theater organization that satirically purported to support George W. Bush, drawing attention to policies which were perceived to benefit corporations and the super-wealthy. The group would typically dress as parodies of wealthy establishment figures in tuxedos while proclaiming slogans such as Two Million Jobs Lost—It's a Start. A secret New York City Police Department intelligence report, based on undercover surveillance of the g...

 

Ayrshire Vaca AyrshireNomenclatura biológica Bos taurusRegión de origen EscociaCaracterísticasTipo bovino[editar datos en Wikidata] La raza de ganado Ayrshire, criada especialmente para la industria láctea, procede de Ayrshire en Escocia. Un ejemplar normal adulto de raza Ayrshire pesa entre 450 y 600 kg. El color típico de la raza varía entre el rojo, el naranja y el marrón oscuro, las patas pueden ser tanto de color como blancas. Como características principales cuentan co...

 
Kembali kehalaman sebelumnya