Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Buddha di Bamiyan

Koordinat: 34°49′55″N 67°49′36″E / 34.83194°N 67.82667°E / 34.83194; 67.82667

Lanskap Budaya dan Tinggalan Arkeologi di Lembah Bamiyan
Tapak Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia UNESCO
Maklumat am
Sebahagian dari
Cultural Landscape and Archaeological Remains of the Bamiyan Valley Sunting ini di Wikidata
Inskripsi2003 (sesi ke-27)
Dalam bahaya2003-
Keluasan105, 225.25 he (11,302,000, 24,246,000 ka2)
Maklumat lokasi
LokasiWilayah Bamiyan, Afghanistan Sunting ini di Wikidata
Koordinat34°49′55″N 67°49′36″E / 34.832041666667°N 67.826802777778°E / 34.832041666667; 67.826802777778
Buddha di Bamiyan yang terletak di Afghanistan
Buddha di Bamiyan
Lokasi Buddha di Bamiyan
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Buddha di Bamiyan (Parsi: بت های باميان - but hay-e bamiyaan) adalah monumen patung berdiri Buddha kurun ke-6[1] yang dipahat pada tebing cenuran di Lembah Bamyan, yang mana terletak di kawasan Hazarajat, tengah Afghanistan, iaitu kira-kira 230 km (143 batu) ke barat laut Kabul pada ketinggian 2,500 meter (8,202 kski). Patung kecil yang dibina pada tahun 507, manakala yang besar pada tahun 554[1]. Patung-patung ini mewakili gabungan gaya klasik seni Gandhara.[2]

Tubuh utama patung-patung ini dipahat secara terus daripada tebing batu pasir, tetapi perincian dibuat daripada lumpur yang dicampur dengan jerami, diselaputi dengan stucco. Salutan ini, yang mana hampir haus, telah dicat bagi meningkatkan expresi wajah, tangan dan lipatan jubah; patung yang lebih besar dicat dengan warna merah tua dan yang lebih kecil dengan warna yang pelbagai.[3]

Kedua-dua patung bersejarah ini diletupkan dengan sengaja oleh pihak Taliban menggunakan dinamit pada 21 Mac 2001. Alasan yang diberi untuk pemusnahan tersebut ialah supaya Afghanistan dapat dibersihkan daripada patung-patung "berhala" yang kononnya tidak Islamik. Tindakan puak Taliban ini memusnahkan monumen berharga yang merupakan sebahagian dari warisan sejarah dan kebudayaan silam Afghanistan telah dikutuk sekeras-kerasnya di peringkat antarabangsa, termasuklah semua negara-negara Islam lain dalam OIC. Switzerland dan Jepun telah berikrar untuk menjana usaha membina semula patung-patung tersebut pada suatu masa yang akan datang.

Rujukan

Nota kaki

  1. ^ a b Gall, Carlotta (2006-12-05). "Afghans consider rebuilding Bamyan Buddhas". International Herald Tribune. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-16. Dicapai pada 2008-01-06.
  2. ^ Morgan, Kenneth W. The Path of the Buddha. Pg.43. Google Books. Dicapai pada 02-06-2009. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  3. ^ Gall, Carlotta (2006-12-06). "From Ruins of Afghan Buddhas, a History Grows". The New York Times. Dicapai pada 2008-01-06.

Bacaan lanjut

Pautan luar

Kembali kehalaman sebelumnya