Dari segi kiraan pemeringkatan Nielsen atau "penonton unik" kumulatif, CNN menjadi sumber berita kabel nombor satu di Amerika Syarikat.[12] Sungguhpun rangkaian berita ini banyak anggota gabungannya, CNN bersiaran terutamanya dari ibu pejabatnya di Atlanta, Time Warner Center di bandaraya New York, serta beberapa studio di Washington, DC. Seperti pada Disember 2004, rangakain ini terdapati dalam 88.2 juta rumahtangga A.S. dan lebih 890,000 bilik hotel negara itu. Siaran versi A.S. juga terdapat di Kanada. Di seluruh dunia, CNN bersiaran melalui CNN International dan mempunyai rangkaian dan khidmat berjenama bersepadu yang terdapat kepada lebih 1.5 bilion orang di lebih 212 negara dan wilayah.
Sesetengah pemerhati konservatif mendakwa bahawa CNN mengamalkan sikap berat sebelah media yang melawan fahaman politik mereka (liberal pegangan Parti Demokrat dalam konteks politik Amerika Syarikat). Para pengkritik seperti Accuracy in Media dan MRC telah mengakui bahawa laporan CNN mengandungi penyuntingan liberal dalam kandungan berita.[13][14]