Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Bukan Isteri Sempurna

Bukan Isteri Sempurna
GenreDrama
Cinta
Dendam
Berdasarkan daripada
Bukan Isteri Sempurna oleh Tulip Ungu
Ditulis olehA. Aida
PengarahAzmi Hatta
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Bukan Isteri Sempurna" oleh Mila Jirin
Lagu penutup"Bukan Isteri Sempurna" oleh Mila Jirin
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifZakaria Awang
Faris Che Aziz
Nur Farhana Zulkifli
PenerbitA. Aida
Datin Sri Noraini Abdul Jalil
PenyuntingMohd Khairul Azly Basah
Daniel Lee
Amisyahril Edwan Hj Amran
Tempoh siaran41–42 minit
Syarikat penerbitan
A. Aida Production/Kaki Novel
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal3 September 2015 – 8 Oktober 2015

Bukan Isteri Sempurna ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2015 arahan Azmi Hatta, adaptasi dari novel dengan judul sama karya Tulip Ungu terbitan Kaki Novel. Ia dibintangi oleh Dazrin Kamarudin dan Atikah Suhaime, Afzan A. Rahman. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 3 September 2015 hingga 8 Oktober 2015 menggantikan HidayahMu Ramadan.

Sinopsis

Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri.

Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman. Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.

Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon undangan

Kembali kehalaman sebelumnya