Dazrin Kamarudin |
---|
|
|
Kelahiran | (1988-05-10) 10 Mei 1988 (umur 36)
|
---|
Pekerjaan | Pelakon |
---|
Tahun aktif | 2010–kini |
---|
Ketinggian | 5 ft 11 in (1.8 m) |
---|
Dazrin Kamarudin (lahir 10 Mei 1988) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia, berasal dari Klebang, Melaka. Beliau juga merupakan Juara Fear Factor Malaysia Musim 1 bersama Hairul Azreen.[1] Pada April 2016, beliau ialah antara 10 pelakon yang menyertai program Gempak Superstar.
Kerjaya
Dazrin memulakan kerjaya awal beliau sebagai model catwalk sebelum menjadi pelakon. Penampilan pertama dalam kerjayanya sebagai pelakon ialah menerusi watak sampingan dalam telefilem Mencintaimu pada 2010. Diikuti oleh watak pembantu sebagai Ichiro dalam telefilem Geisha Melayu Terakhir lakonan Scha Al-Yahya.
Kerjaya filem Dazrin bermula pada 2011 menerusi filem dokumentari seram, Seru arahan bersama Pierre Andre dan Woo Ming Jin lakonan Sharnaaz Ahmad, Awal Ashaari, Nisha Dirr, Bella Dally dan Nora Danish.
Pada 2013, beliau bersama pelakon Hairul Azreen menyertai rancangan realiti Fear Factor Malaysia yang dihoskan oleh Dato' Aaron Aziz. Hasilnya, beliau dan Hairul dinobatkan sebagai juara.[2][3][4][5]
Beliau pernah menjadi pengacara rancangan In Trend di TV2 dan Planet Joget di TV1.[perlu rujukan] Dazrin muncul bersama Farid Kamil dalam filem aksi fantasi Apokalips X arahan Mamat Khalid, beliau kembali bekerja di bawah arahan Mamat menerusi filem Lebuhraya Ke Neraka yang ditayangkan pada April 2017.
Gempak Superstar
Persembahan
Dazrin merupakan salah seorang peserta Gempak Superstar 2016 dan tersingkir di konsert minggu kedua. Sepanjang persembahannya di Gempak Superstar, beliau menyanyikan lagu:
- Minggu 1: "Hanya Aku" (nyanyian asal Hyper Act)
- Minggu 2: "Harus Terpisah" (nyanyian asal Cakra Khan)
Carta penyingkiran
Minggu:
|
1 (10/Apr)
|
2 (17/Apr)
|
Kedudukan
|
Peserta
|
Keputusan
|
10
|
Dazrin
|
Kekal
|
Tersingkir
|
Kehidupan peribadi
Beliau merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik (seorang kakak dan seorang adik perempuan) dan berdarah kacukan Melayu dan Cina. Pada 6 Mei 2016, Dazrin telah menamatkan zaman bujang beliau dengan Ketua Pramugari sebuah syarikat penerbangan berpangkalan di Jeddah, Arab Saudi bernama Nur Fazulin Razali atau Zulin berusia 33 tahun ketika itu. Pasangan ini telah berkenalan hampir dua tahun lalu.[6] Pasangan mempelai itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Razali Din dengan mas kahwin RM500 dengan wang hantaran yang dirahsiakan jumlahnya pada majlis yang berlangsung kira-kira pukul 12 tengah hari. Kedua-dua pengantin memakai persalinan warna `Rose Golden’ dengan hantaran sebanyak tujuh dulang bagi pihak pengantin perempuan dan berbalas sembilan oleh keluarga pengantin lelaki. Majlis itu turut disaksikan kira-kira 200 tetamu terdiri ahli keluarga dan sahabat terdekat kedua-dua mempelai selain rakan artis.[1][7]
Beliau sebelum ini pernah bertunang dengan pelakon Amyra Rosli (kini berkahwin dengan Amar Baharin).[8]
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Tahun
|
Tajuk
|
Watak
|
Saluran TV
|
Catatan
|
2011
|
Geisha Melayu Terakhir
|
Ichiro
|
Astro Ria
|
Telefilem pertama
|
2012
|
Setahun Setengah Mencari Cinta
|
Ruzair
|
Astro Warna
|
|
Mencintaimu
|
Zakir
|
TV3
|
|
2013
|
Nur Aidilfitri
|
Shazril
|
TV AlHijrah
|
|
Chef Jelita
|
Aliff
|
TV9
|
|
2014
|
30 Hari Cinta
|
Fendy
|
TVi
|
|
Suami Muda
|
Alif
|
TV2
|
|
Takkan Melupakanmu
|
Yazid
|
TV3
|
|
Penantian
|
Kamarul
|
|
2015
|
Apabila Adam & Hawa Bertemu Salleh
|
Adam
|
TV2
|
|
2016
|
Saksi
|
Inspektor Rizal
|
|
2017
|
Menantu Material
|
|
Hypp Sensasi
|
|
Licin
|
Joe
|
TV1
|
|
Dunia Kecilku
|
Yusri
|
|
2018
|
Gerak Khas Raya
|
Zakuan
|
TV2
|
Episod: "Sarah"
|
2020
|
Gadis Vroom Vroom
|
Ray
|
|
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar