Tujuan utama daripada penulisan buku ini adalah untuk menyediakan maklumat untuk pegawai-pegawai pemerintah Amerika Syarikat. Namun, Factbook juga sering digunakan sebagai sumber atau rujukan oleh mahasiswa, pelajar, atau publikasi-publikasi lainnya. Kerana merupakan karya dari pegawai pemerintah AS, Factbook berada di domain umum (public domain).
Sumber-sumber Factbook
Dalam penyusunan factbook, CIA menggunakan berbagai sumber diantaranya
Agen Intelijen Geo-Istimewa Kebangsaan , Menteri Pertahanan AS
Komando Teknik Fasilitas Kelautan, Menteri Pertahanan AS
Pejabat Urusan Pulau-pulau, Menteri Dalam Negeri AS
Pejabat Kepintaran Laut, Menteri Pertahanan AS
Badan Penamaan Daerah Geografi AS, Menteri Dalam Negeri AS
Komando Pengangkutan Amerika Syarikat, Menteri Pertahanan AS
Jurnal Gas dan Minyak
Dan juga menggunakan sumber-sumber awan ataupun swasta lainnya.
Hak cipta
Factbook berada dalam domain umum. Kerana itu, siapapun berhak untuk menyebarkan, menyalin ataupun mengubah isinya. Sekalipun begitu, CIA meminta agar nama Factbook disebutkan jika seseorang mengutipnya. Karena berada dalam domain umum, banyak website ataupun buku yang menggunakan maklumat dan gambar dari Factbook.
Ketersediaan
Edisi cetak Factbook tersedia dalam dua jenis, iaitu edisi pemerintah dan edisi cetak dari Potomac Books Inc.. Edisi online daripada Factbook juga tersedia di Internet. Factbook juga pernah dipublikasikan dalam bentuk CD-ROM, kaset tape, microfiche, maupun disket.
Sebelum 2001, Factbook diperbaharui setiap tahunnya. Biasanya edisi terbaru diterbitkan setiap 1 Januari. Sejak 2001, CIA memperbaharui edisi online Factbook setiap dua minggu. Edisi cetak tetap diperbaharui setiap 1 tahun.