Collie[a] membentuk suatu jenis distingtif bagi anjing gembala, yang termasuk banyak baka tempatan berkaitan dan bakaterpiawai. Jenis ini berasal dari Scotland dan England Utara. Collie ialah anjing bersaiz sederhana dan bertubuh agak ringan dengan muncung runcing. Banyak jenis mempunyai warna putih distingtif di atas bahu. Collie adalah sangat giat dan tangkas dan kebanyakan jenis collie mempunyai naluri penggembalaan sangat kuat. Baka collie telah tersebar melalui banyak bahagian dunia (terutamanya Amerika Utara dan Australia) dan telah menjadi pelbagai kepada banyak keragaman, kadang-kadang kacuk dengan jenis anjing lain.
Sesetengah baka collie kekal sebagai anjing pekerja untuk penggembalaan lembu, biri-biri, dan haiwan ternakan lain, sementara yang lain dibela sebagai haiwan peliharaan, anjing pertunjukan, atau untuk sukan anjing, yang dalamnya ia mempamerkan ketangkasan, stamina, dan kebolehlatihan hebat. Walaupun American Kennel Club mempunyai baka dipanggil "collie", sebenarnya anjing collie ialah jenis anjing gembala distingtif yang termasuk banyak baka tempatan berkaitan dan baka formal. Biasanya terdapat perbezaan utama antara anjing pertunjukan dengan anjing yang dibiakbakakan untuk ujian penggembalaan atau sukan anjing: Yang dibiakbakakan untuk ujian penggembalaan atau sukan anjing biasanya mempamerkan ketangkasan, stamina, dan kebolehlatihan hebat, dan yang paling penting kecerdasan.
Penggunaan lazim bagi nama tidak terubah suai "collie" di sesetengah kawasan adalah terbatas sebahagian besarnya kepada baka tertentu – nama itu memaksudkan collie kasar secara lalai di banyak bahagian di Amerika Syarikat, dan collie sempadan secara lalai di banyak bahagian luar bandar di Great Britain.[perlu rujukan] Banyak jenis anjing collie sebenarnya tidak menyertakan "collie" dalam nama – contohnya anjing gembala Wales.
Nama
Asal usul tepat bagi nama collie adalah tidak pasti; perkataan ini mungkin diterbitkan daripada perkataan bahasa Scots untuk 'arang batu', iaitu coal.[1] Sebagai alternatif, perkataan ini mungkin berasal daripada perkataan berkaitan, coolly, yang merujuk biri-biri gunung bermuka hitam dari Scotland.[2] Nama collie biasanya merujuk anjing asal Scotland yang telah tersebar ke banyak bahagian lain di dunia, kerap dipanggil anjing gembala di tempat lain.[3] Iris Combe, dalam buku beliau, "Border Collies", menyebut bahawa dalam bahasa Gaelik kuno, "collie" ialah istilah luar bandar untuk apa-apa yang berguna — "anjing collie" ialah anjing berguna.
Perihal
Penampilan
Collie pada umumnya ialah anjing bersaiz sederhana yang kira-kira seberat 22–32 kg (48–70 lb) dan bertulang ringan hingga sederhana. Jenis gembala lembu adalah lebih gempal daripada jenis gembala biri-biri. Bulunya mungkin pendek, atau panjang, dan ekornya mungkin licin, berjumbai, atau lebat. Pada tahun 1800-an, anjing yang sekali-sekala berekor kontot secara semula jadi muncul. Ekornya dapat diangkat rendah-rendah dengan pusaran ke atas, atau mungkin diangkat dengan lebih tinggi tetapi tidak sesekali ke atas belakang. Setiap baka dapat berbeza-beza dari segi pewarnaan, dengan warna asas biasa yang merupakan hitam, hitam dan sawo matang, merah, merah dan sawo matang, putih dengan kepala berwarna dengannya tanpa pewarnaan tubuh lain seperti sabel, hitam dan sawo matang, merle biru, sabelmerle sabel. Ia kerap mempunyai warna putih bersama-sama dengan warna utama, yang biasanya di bawah perut dan dada, di atas bahu, dan pada bahagian muka dan tungkai, tetapi kadang-kadang meninggalkan hanya kepala berwarna – atau warna putih mungkin tidak hadir (luar biasa) atau terbatas pada dada dan jari kaki (seperti yang pada kelpie Australia). Pewarnaan merle mungkin juga hadir di atas mana-mana gabungan warna lain, walaupun pada jenis baka tempatan. Corak paling meluas termasuk sabel, hitam dan putih, hitam dan sawo matang, dan triwarna (hitam-dan-sawo-matang dan putih).
Perangai
Collie berbeza-beza dari segi kebolehlatihan daripada "purata" kepada sangat patuh. Collie sempadan ialah baka yang paling memerlukan "pekerjaan" untuk merangsang otaknya, supaya tidak menjadi resah dan hiper, sementara banyak baka collie lain sepadan dengan gaya hidup keluarga aktif (walaupun semua jenis collie masih memerlukan sedikit rangsangan mental). Baka jenis collie juga terkenal dengan kepekaan dan kesedarannya terhadap emosi pada orang;[4] ia mungkin memerlukan pengendalian lebih lemah lembut berbanding dengan jenis anjing lain.
Perangai jenis pekerja
Anggota pekerja baka collie, seperti collie sempadan, ialah anjing bertenaga dan tangkas dengan stamina hebat. Apabila dalam keadaan cergas untuk kerja, ia mampu berlari sepanjang hari tanpa kepenatan, walaupun di atas tanah sangat kasar atau curam. Collie pekerja mempamerkan kecerdasan mendalam untuk pekerjaan yang dilakukan dan secara naluri bermotivasi tinggi. Ia kerap sangat setia. Anjing jenis collie atau terbitan menduduki empat daripada enam belas kedudukan pertama dalam The Intelligence of Dogs karya Stanley Coren, dengan collie sempadan sebagai yang pertama. Ciri-ciri ini pada umumnya menjadikan strain pekerja sesuai untuk ketangkasan; sebagai tambahan kepada kerja penggembalaan, ia sangat sesuai untuk sukan aktif seperti ujian anjing gembala, flyball, disc dog, dan ketangkasan anjing. Strain pekerja mempunyai naluri penggembalaan kuat dan sesetengah individu dapat tekun sehingga ke tahap obsesif. Collie dapat bertanding dalam acara penggembalaan.[5]Collie sempadan digunakan sebagai anjing pencarian dalam penyelamatan di gunung di Britain. Ia khususnya berguna untuk mencari di kawasan besar lereng bukit dan runtuhan salji. H. MacInnes percaya bahawa anjing berlapis bulu gelap kurang terdedah kepada buta salji.[6]
Perangai jenis pertunjukan dan peliharaan
Jenis collie tertentu (contohnya collie kasar, collie licin, anjing gembala Shetland, dan sesetengah strain collie sempadan dan baka lain) telah dibiakbakakan selama bergenerasi sebagai haiwan peliharaan dan untuk sukanpenunjukan pengakuran, bukan sebagai anjing gembala. Semua baka anjing collie telah terbukti sangat boleh latih, lemah lembut, setia, cerdas, dan sangat sesuai sebagai haiwan peliharaan.[7][8][9] Kelembutan dan pengabdiannya juga menjadikannya cukup serasi dengan kanak-kanak. Ia kerap lebih sesuai sebagai anjing pengawas daripada sebagai anjing pengawal, walaupun keperibadian individu anjing ini berbeza-beza.
Perangai baka-baka ini telah ditonjolkan dalam kesusasteraan, filem, dan rancangan televisyen popular. Novel-novel karya Albert Payson Terhune, yang sangat popular di Amerika Syarikat pada tahun 1920-an dan tahun 1930-an, meraikan perangai dan pendampingan collie-collie AKC awal milik beliau. Yang lebih masyhur, perangai dan kecerdasan collie kasar dibesar-besarkan sehingga tahap mitos dalam watak Lassie, yang telah menjadi subjek bagi banyak filem, buku, dan rancangan televisyen dari tahun 1938 hingga sekarang.
Watak Lassie ditampilkan dalam sebuah buku berjudul Lassie Come Home karya Eric P. Knight. Collie milik Knight, "Tootsie", ialah ilham untuk buku itu, yang merupakan koleksi cerita berdasarkannya dan legenda collie lain yang dikumpulkan oleh beliay daripada perbualan dengan rakan dan jiran. Salah sebuah kisah sedemikian berkemungkinan besar merupakan kisah "Silverton Bobbie" yang didokumenkan, iaitu collie Oregon yang menyeberangi Amerika Syarikat untuk kembali kepada pemiliknya. Walaupun anjing-anjing yang memainkan watak Lassie di skrin adalah daripada susur galur AKC, Tootsie sebenar tidak kelihatan seperti anjing-anjing tersebut, walaupun ia berasal daripada pembiak baka collie.
Kesihatan
Sesetengah baka collie (terutamanya collie kasar, collie licin, dan anjing gembala Australia) terjejas akibat kecacatan genetik, suatu mutasi dalam gen MDR1,[10] yang dahulunya dikenali sebagai "kepekataan ivermektin", tetapi kini diketahui menyebabkan penurunan toleransi terhadap pelbagai ubat veterinar berlainan.[11] Hampir-hampir 70% daripada jumlah collie terjejas,[11] lalu menjadikannya sangat peka terhadap sesetengah ubat, seperti ivermektin, serta terhadap sesetengah antibiotik, opioid termasuk loperamide,[11] dan steroid – berjumlah lebih daripada 100 ubat. Status MDR1 bagi anjing individu dapat semudahnya diuji.[11] Sebagai tambahan, sistem fungsi usus bagi baka ini juga adalah sangat rapuh dan, berbanding dengan anjing sederhana dan besar serupa, ia mudah menerima rangsangan makanan, yang membawa kepada pemuntahan dan keabnormalan perkumuhan atau penyakit gastrousus. Oleh itu, para pembiak baka perlu memastikan kebersihan ketat untuk anjing untuk memakan bahan-bahan segar dan pemakanan kaya. Verband für das Deutsche Hundewesen menggalakkan kelab-kelab baka untuk menguji semua ternakan pembiakbakaan dan mengelakkan pembiakbakaan daripada anjing terjejas.
Collie mungkin mempunyai penyakit genetik, yang bernama neutropenia berkitar anjing, atau sindrom collie kelabu. Ini ialah gangguan sel dasar.[12] Anak anjing dengan gangguan ini agak kerap disalah anggap sebagai anjing merle biru sihat, walaupun warnanya ialah kelabu perak.[perlu rujukan] Anak anjing terjejas jarang hidup melebihi usia 6 bulan.[perlu rujukan] Anak anjing terjejas apabila kedua-dua bapa dan ibu merupakan pembawa bagi gangguan ini.[13]
Dermatomiositis keluarga anjing ialah keadaan idiopati terwaris yang menjejaskan kulit dan otot dan, dalam kes jarang, pembuluh darah. Keadaan ini menyebabkan dermatitis di seluruh tubuh dan seterusnya miositis yang, dalam kes parah, membawa kepada megaesofagus. Collie bersama-sama dengan anjing gembala Beauce dan anjing gembala Shetland diketahui mempunyai kecenderungan terhadap keadaan ini, namun keadaan ini telah diperihalkan pada baka-baka lain.[14]
Anjing gembalajeniscollie telah lama tersebar meluas di Britain dan ini dapat dianggap sebagai baka tempatan yang daripadanya sebilangan baka tempatan, jenis, dan baka formal lain telah diterbitkan, baik di Britain mahupun di tempat lain. Banyak anjing ini merupakan anjing gembala pekerja, tetapi sesetengah anjing telah dibiakbakakan untuk penunjukan pengakuran dan sebagai haiwan peliharaan, yang kadang-kadang kehilangan naluri kerjanya semasa pemilihan untuk penampilan atau untuk perangai lebih tenang.[16]
Jenis gembala cenderung untuk berbeza-beza dari segi penampilan berbanding dengan jenis pengakuran dan peliharaan, kerana dibiakbakakan terutamanya untuk keupayaan kerjanya dan penampilan adalah kurang penting.
Anjing daripada jenis atau keleluhuran collie termasuk:
Kelabu atau merah di seluruh tubuh, bulu pendek, telinga terkelepai. Diterbitkan sebahagiannya daripada anjing gembala Inggeris, dengan baka bukan collie lain.
Kini sebahagian besarnya baka peliharaan dan pertunjukan, tetapi masih daripada jenis collie, dan sesetengah digunakan sebagai anjing pekerja. Beardie mempunyai lapis bulu luar rata, kasar, kuat, dan berjumbai serta lapis bulu bawah lembut dan gebu. Lapis bulunya labuh secara semula jadi ke mana-mana sisi tanpa memerlukan pembelahan. Bulu panjang pada pipi, pada bibir bawah, dan di bawah dagu membentuk janggut yang kerananya ia terkenal.
Semua collie berjanggut lahir berwarna hitam, biru, perang, atau perang kekuning-kuningan, dengan tanda-tanda putih atau tanpa tanda-tanda putih. Sesetengah membawa gen pemudaran, dan apabila matang, lapis bulu mencerah, lalu menggelap lagi sedikit selepas usia satu tahun. Anak anjing yang lahir berwarna hitam mungkin menjadi sebarang cahaya warna kelabu daripada hitam kepada batu loh kepada perak. Anjing yang lahir berwarna perang mencerah daripada coklat kepada warna pasir, dan anjing biru dan anjing perang kekuning-kuningan menunjukkan cahaya warna daripada gelap kepada cerah. Anjing tanpa gen pemudaran kekal dengan warna semasa kelahiran. Putih hanya hadir sebagai takik pada muka, pada kepala, di hujung ekor, pada dada, pada tungkai, pada kaki, dan di sekeliling leher. Tanda-tanda sawo matang kadang-kadang muncul pada kening, di dalam telinga, pada pipi, di bawah pangkal ekor, dan pada tungkai yang mempunyai bahagian putih yang bergabung dengan warna utama.
Collie Scotland terpisah kepada dua keragaman atau baka: collie kasar dan collie licin. Sebaliknya jenis berbeza daripada collie lain dengan muka sempit panjang, tinggi, lapis bulu lebat, dan telinga separa tegak. Masih digunakan untuk penggembalaan dan juga untuk penunjukan. Dikembangkan di tanah tinggi Scotland, maka memerlukan lapis bulu lebat.[17] Terdapat empat warna beriktiraf: Sabel, triwarna, merle biru, dan putih berkepala warna. Warna tidak beriktiraf: Dwihitam, merle sabel, harlekuin, merle merah, triwarna merah, dan hitam dan sawo matang.[18] Kedua-dua collie kasar dan collie licin berlapis bulu ganda dengan collie licin yang mempunyai lapis bulu luar lebih pendek atau "licin". Terdapat tiga jenis lapis bulu berlainan bagi collie kasar: Brandwyn (lapis bulu gebu), Parader (lapis bulu panjang rata), dan jenis pekerja (lapis bulu sederhana panjang).[19]
Baka paling terkenal untuk penggembalaan biri-biri di seluruh dunia. Pada asalnya dikembangkan di Scotland dan si England Utara. Tidak selalu sesuai untuk penggembalaan lembu. Telinga separa tegak atau terkelepai, bulu sutera atau agak panjang, tetapi pendek pada muka dan tungkai; merah, hitam, hitam dan sawo matang, atau merle, kesemuanya biasanya berwarna putih di atas bahu, secara alternatif kebanyakannya putih dengan tompok-tompok berwarna pada kepala. Lapis bulu sama ada panjang atau pendek.
Mendapat namanya daripada biri-biri yang diimport dari Australia pada abad ke-19, tetapi asli di Amerika Syarikat Barat. Digunakan sebagai penggiring dan penjaga biri-biri dan lembu. Keleluhuran hampir pasti termasuk jenis collie British dan anjing gembala Basque dan Sepanyol. Lapis bulu berjumbai sederhana panjang dengan setiap warna termasuk merle, telinga separuh mencucuk, ekor kontot, dan (sangat penting) mata berlainan warna, heterokromia sangat lazim.
Baka pupus yang serupa dengan collie sempadan dan mungkin terserap ke dalam baka itu. Leluhur kepada anjing gembala Australia. Telinga tegak atau separa tegak, bulu padat, hitam dengan putih hanya pada muka dan dada.
Dikembangkan di Amerika Syarikat daripada ternakan jenis collie ladang yang pada asalnya dari Britain. Telinga terkelepai, bulu tebal, merah, hitam, atau hitam dan sawo matang, dengan putih di atas bahu. Tidak patut dikelirukan dengan anjing gembala lama Inggeris yang sangat berbeza.
Berasal daripada "Shags", anjing gembala berbulu, yang sendiri berasal daripada "Beards", leluhur kepada collie berjanggut. Anjing moden lebih besar daripada kebanyakan collie, tiada ekor, telinga terkelepai, bulu sutera panjang (termasuk pada muka), biasanya kelabu dan putih. Tidak patut dikelirukan dengan anjing gembala Inggeris.
Dikembangkan di Amerika Syarikat daripada collie Scotland dan anjing yang diimport oleh gembala Basque. Berbeza-beza dari segi saiz, telinga tegak atau separa tegak, bulu pendek hingga sederhana, hitam atau merah dengan sedikit putih pada muka, dada, dan/atau kaki.
Baka pertunjukan dan peliharaan kecil yang dikembangkan di England sebahagiannya daripada anjing gembala yang berasal dari Shetland. Anjing asli Shetland bukan collie, sebaliknya anjing gembala pekerja daripada jenis spits, yang serupa dengan anjing gembala Iceland. Walau bagaimanapun, dalam perkembangan baka anjing gembala Shetland moden, anjing jenis spits ini banyak bercampur dengan collie kasar dan baka mainan dan kini berpenampilan serupa dengan collie kasar katik. Telinga sangat kecil, hampir tegak, bulu sutera panjang pada tubuh, paling lazim sabel atau merle, dengan putih di atas bahu.
Anjing gembala baka tempatan dari Wales. Telinga tegak atau separa tegak, bulu pendek atau sutera, merah, hitam, hitam dan sawo matang, atau merle, kesemuanya biasanya berwarna putih di atas bahu.
Dikembangkan di New Zealand daripada campuran baka, barang kali termasuk sesetengah collie – tetapi bukan daripada jenis collie. Lebih besar dan berbinaan lebih berat daripada kebanyakan collie, telinga terkelepai, paling lazim hitam dan sawo matang dengan sedikit putih.
Dikembangkan di Australia daripada collie yang pada asalnya dibawa dari Scotland dan England utara. Telinga tegak, berbulu pendek, biasanya hitam, hitam dan sawo matang, atau merah dan sawo matang, dengan putih yang terbatas pada dada dan jari kaki.
Juga dipanggil anjing mata New Zealand. Dikembangkan di New Zealand daripada warisan collie sempadan dan digunakan untuk membawa biri-biri ke arah gembala, terutamanya dengan sentuhan mata kuat dan tanpa salakan.
Juga dipanggil koolie, atau collie Jerman. Dikembangkan di Australia, barang kali daripada collie British, tetapi mungkin telah menyertakan anjing dari Jerman dan Sepanyol.[20] Telinga tegak, bulu pendek, hitam, merah, hitam dan sawo matang, atau merle, kerap dengan sedikit putih pada leher atau di atas bahu. (Catatan: nama "collie Jerman" juga terpakai untuk silangan antara anjing gembala Jerman dengan collie sempadan.)
Bukan baka berasas, tetapi sebaliknya silangan collie (atau anjing gembala lain atau terier) dengan grehaun atau anjing pemburu penglihatan lain. Dibiakbakakan secara tradisional untuk pemburuan haram, dengan kelajuan anjing pemburu penglihatan tetapi lebih patuh dan kurang mencolok. Berbeza-beza dari segi penampilan, tetapi dengan binaan grehaun: Telinga terkelepai, tinggi, langsing, dengan kepala kecil, dada dalam, dan "usus hering"; lapis bulu licin, sutera, atau kasar, kerap brindle.
Pada asalnya jenis British, kini pupus, digunakan untuk penggiringan lembu di tenggara England, terutamanya Pasar Smithfield di London. Collie besar dan kuat, dengan bulu putih atau hitam dan putih, dan telinga terkelepai.[16] Kadang-kadang, nama ini digunakan untuk anjing moden daripada jenis agak serupa di Australia. Nama "Smithfield" digunakan untuk memerihalkan anjing ladang berjumbai Tasmania daripada jenis collie berjanggut;[5] dan juga terpakai untuk anjing lembu berekor kontot Australia dan mungkin telah menyumbang kepada koolie Australia.[21]
Dua ekor collie putih masyhur yang dimiliki oleh Presiden Amerika Syarikat dan Puan Calvin Coolidge. Sebuah lukisan minyak besar tergantung di Rumah Putih Wanita Pertama Puan Coolidge dan salah seekor collie putih mereka.
Collie dalam cereka
Lassie ialah watak collie kasar cereka yang diwujudkan oleh Eric Knight yang pada asalnya ditampilkan dalam cerpen yang diperluaskan kepada panjang novel yang dipanggil Lassie Come-Home. Watak itu kemudiannya membintangi banyak filem MGM, sebuah siri televisyen klasik yang lama ditayangkan, dan pelbagai remake/spinoff/revival.
Bessy, sebuah siri komik Belgium yang berlangsung lama yang juga sangat berjaya dalam terjemahan bahasa Perancis, bahasa Jerman, dan bahasa Sweden. Komik ini juga menampilkan seekor collie, jelas-jelas berdasarkan Lassie, tetapi di latar Wild West.
Nana, seekor collie sempadan betina dalam Snow Dogs.
Shadow, collie daripada buku Shadow the Sheepdog karya Enid Blyton. Jenis collie tidak dikenal pasti dalam teks, tetapi ilustrasi dalam salah satu edisi awal kelihatan samar-samar seperti collie sempadan.
Fly, anjing gembala yang ditampilkan dalam trilogi untuk kanak-kanak "Fells" karya Arthur Waterhouse, Raiders of the Fells (1948), Rogues of the Fells (1951), dan Fly of the Fells (1957). Jenis collie tidak disebut, tetapi ilustrasi kelihatan seperti collie kasar.
^Hubbard, Clifford Lionel Barry (1948). Dogs in Britain: A Description of All Native Breeds and Most Foreign Breeds in Britain [Anjing di Britain: Perihal Semua Baka Asli dan Kebanyakan Baka Asing di Britain] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Macmillan Publishers. OCLC2051335.
^Combe, Iris (1987). Herding Dogs: Their Origins and Development in Britain [Anjing Gembala: Asal Usulnya dan Perkembangannya di Britain] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Faber & Faber. ISBN9780571147151. OCLC18259415.
^Harcourt-Brown, Bryony (1 Oktober 2005). Bearded Collie: Special Limited Edition: A Comprehensive Owner's Guide [Collie Berjanggut: Edisi Terhad Khas: Panduan Komprehensif Pemilik] (dalam bahasa Inggeris). Allenhurst, New Jersey, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. m/s. 158. ISBN9781593782368. OCLC62355019.
^ abHartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy [Selok-belok Anjing Ternakan] (dalam bahasa Inggeris). Crawford, Colorado, Amerika Syarikat: Alpine Publications. ISBN9781577791065. OCLC456420606.
^MacInnes, Hamish (1972). International Mountain Rescue Handbook [Buku Panduan Penyelamatan Gunung Antarabangsa] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Constable. m/s. 47–63. ISBN9780094582002. OCLC596543.
^"Smooth Collie" [Collie Licin]. Westminster Kennel Club. breed description (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Oktober 2007.
^ abcdMealey, Katrina Larson; Owens, Jane G.; Freeman, Elaine (3 November 2022). "Canine and feline P-glycoprotein deficiency: What we know and where we need to go" [Kekurangan P-glikoprotein anjing dan kucing: Yang kita ketahui dan arah yang perlu dituju]. Journal of Veterinary Pharmacology and Therapeutics (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 46 (1): 1–16. doi:10.1111/jvp.13102. ISSN1365-2885. PMC10092536Check |pmc= value (bantuan). PMID36326478Check |pmid= value (bantuan). S2CID253266921Check |s2cid= value (bantuan).
^Dale, David C.; Rodger, Elin; Cebon, J.; Ramesh, N.; Hammond, William P.; Zsebo, K. M. (1 Januari 1995). "Long-term treatment of canine cyclic hematopoiesis with recombinant canine stem cell factor" [Rawatan jangka panjang bagi hematopoiesis berkitar anjing dengan faktor sel dasar anjing rekombinan]. Blood (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Hematologi Amerika. 85 (1): 74–79. doi:10.1182/blood.V85.1.74.bloodjournal85174. ISSN1528-0020. PMID7528575. S2CID22714680.
^Rhodes, Karen Helton; Werner, Alexander H. (25 Januari 2011). Blackwell's Five-Minute Veterinary Consult Clinical Companion: Small Animal Dermatology [Teman Klinikal Rujukan Veterinar Lima Minit Blackwell: Dermatologi Haiwan Kecil] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Ames, Iowa, Amerika Syarikat: Wiley-Blackwell. m/s. 172. ISBN9780813815961. OCLC645598149.
^Oliver, James A. C.; Mellersh, Cathryn Suzanne (14 Disember 2020). "Genetics" [Genetik]. Dalam Cooper, Barbara; Mullineaux, Elizabeth; Turner, Lynn (penyunting). BSAVA Textbook of Veterinary Nursing [Buku Teks Kejururawatan Veterinar BSAVA] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-6). Gloucester, United Kingdom: British Small Animal Veterinary Association. m/s. 131. ISBN9781910443392. OCLC1197697572.
^ abCombe, Iris; Hutchinson, Pat (2004). "The ancestral relationships of contemporary British herding breeds" [Hubungan leluhur baka gembala semasa British] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2009. — Carta hubungan antara pelbagai baka anjing gembala British dan garis kasar sejarah baka-baka tersebut.
^"Colors" [Warna]. Collie Fan (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Januari 2014. Dicapai pada 8 Jun 2024 – melalui weebly.com.
^"History" [Sejarah]. Collie Fan (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Julai 2012 – melalui weebly.com.
^"Aussie history" [Sejarah Aussie]. Las Rocosa Australian Shepherds (dalam bahasa Inggeris).
^Chandler, John. "The "Smithfield" dog" [Anjing "Smithfield"]. wolfweb.com.au (dalam bahasa Inggeris).
^Reid, Alastair (10 September 1966). "The World Cup" [Piala Dunia]. The New Yorker (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2007. Dicapai pada 8 Jun 2024.
نموذج منزلي لنظام زراعي مائي بتقنية الغشاء المغذي. تقنية الغشاء المغذي أو (NFT) هي تقنية الزراعة في الماء، يجري فيها إعادة تدوير تيار مائي ضحل جدًا يحتوي على جميع عناصر التغذية المذابة اللازمة لنمو النبات على الجذور المكشوفة للنباتات في أخدود مانع لتسرب الماء، يُعرف بالقناة...
American pharmacologist and biochemist (1915–1974) Earl Wilbur Sutherland Jr.Sutherland, c. 1970Born(1915-11-19)November 19, 1915Burlingame, Kansas, U.S.DiedMarch 9, 1974(1974-03-09) (aged 58)Miami, Florida, U.S.NationalityAmericanAlma materWashington University in St. Louis (M.D)Washburn University (B.S)Known forEpinephrine, cyclic AMPAwardsGairdner Foundation International Award (1969)Albert Lasker Award for Basic Medical Research (1970)Dickson Prize (1971)Nobel Prize in Ph...
1994 family drama film Black BeautyTheatrical release posterDirected byCaroline ThompsonScreenplay byCaroline ThompsonBased onBlack Beautyby Anna SewellProduced by Peter MacGregor-Scott Robert Shapiro Starring Sean Bean David Thewlis CinematographyAlex ThomsonEdited byClaire SimpsonMusic byDanny ElfmanProductioncompanyWarner Bros.Distributed byWarner Bros.Release date July 29, 1994 (1994-07-29) Running time88 minutesCountries United Kingdom United States LanguageEnglishBox offi...
Side wheel steamer For other ships with the same name, see USS Lafayette. History United States NameUSS Lafayette Laid down1848 Acquiredby purchase, 18 May 1862 Commissioned27 February 1863 Decommissioned23 July 1865 FateSold, 28 March 1866 General characteristics TypeIronclad ram Displacement1,193 long tons (1,212 t) Length280 ft (85 m) Beam45 ft (14 m) Draft8 ft (2.4 m) PropulsionSteam engine Speed4 knots (7.4 km/h; 4.6 mph) Armament 2 × 11 ...
English footballer For the Woking and Chorley player, see Connor Hall (footballer, born 1998). Connor Hall Hall playing for Port Vale (August 2022)Personal informationFull name Connor Hall[1]Date of birth (1993-05-23) 23 May 1993 (age 30)[2]Place of birth St Neots, England[3]Height 6 ft 4 in (1.93 m)[4]Position(s) Defender[5]Team informationCurrent team Colchester UnitedNumber 29Senior career*Years Team Apps (Gls)2011–2015 Bury Tow...
American modern pentathlete Margaux IsaksenMargaux Isaken in 2016Personal informationNationalityAmericanBorn (1991-10-07) October 7, 1991 (age 32)Fayetteville, ArkansasHeight5 ft 10 in (178 cm)[1]Weight133 lb (60 kg)[1]SportCountry United StatesSportModern PentathlonCoached byJanusz Pyciak-Peciak Medal record World Championships 2015 Berlin Mixed Relay Pan American Games 2011 Guadalajara Individual Margaux Isaksen (born October 7, 1991) is a ...
Polish politician Andrzej GrzybMember of SejmIncumbentAssumed office 25 September 2005 Personal detailsBorn (1956-08-23) 23 August 1956 (age 67)SiedlikówNationalityPolishPolitical partyPolish People's Party Andrzej Marian Grzyb (born 23 August 1956) is a Polish politician who served as a Member of the European Parliament from 2003 until 2004 and from 2009 until 2019. He was elected to Sejm on 25 September 2005, getting 7,986 votes in 36 Kalisz district as a candidate from the Polish...
موسيقى العصر الجديدمعلومات عامةالبلد الولايات المتحدة — أوروبا النشأة والظهور 1960 أصول الأسلوب موسيقى شائعة تعديل - تعديل مصدري - تعديل ويكي بيانات موسيقى العصر الجديد (بالإنجليزية: New Age music) هي نوع من الموسيقى يهدف لخلق الإلهام الفني، والاسترخاء، والتفاؤل. يسمعه الأشخاص ...
This article is about the themed land at Parque Warner Madrid. For the Gold Coast, Australia Studio, see Village Roadshow Studios. Themed land at Parque Warner Madrid Movie World StudiosTheme20th Century Art Deco/Mission streetArea17.79[1] acres (7.20 ha)AttractionsRoller coasters1Water rides1Other rides2Shows2Parque Warner MadridStatusOperatingOpened6 April 2002; 21 years ago (2002-04-06) Movie World Studios is a themed land at Parque Warner Madrid[2] i...
Гипотеза внеафриканского происхождения человека (гипотеза внеафриканской прародины человека) — гипотеза антропогенеза, согласно которой ареал возникновения человека (рода Homo и (или) вида Homo sapiens) находится не в Африке, а в каком-либо другом регионе Земли. Гипотезы внеаф�...
Holland & HollandJenisSwastaIndustriProdusen senjata apiDidirikan1835; 187 tahun lalu (1835)PendiriHarris HollandKantorpusatLondon, W1Britania RayaCabang3 geraiWilayah operasiLondon, Dallas, MiddlesexProdukSenapanSenapan gentel Pakaian AksesoriJasaLapangan tembak Pembuatan senjata apiPemilikBeretta HoldingKaryawan101–250[1]Situs webwww.hollandandholland.com Holland & Holland adalah sebuah produsen senjata api dan peritel pakaian asal Britania Raya yang berkantor pusat d...
Strana zelenýchPartei der Grünen Parteivorsitzender Michal Berg, Magdalena Davis Stellvertretende Vorsitzende Anna Gümplová, Zdeňka Perglová Gründung 9. Dezember 1989 Hauptsitz Senovážné náměstí 2/7110 00 Praha 1 Ausrichtung Grüne Politik Farbe(n) Grün Sitze Abgeordnetenhaus 0 / 200 (0,0 %) Sitze Senat 1 / 81 (1,2 %) Mitgliederzahl ca. 1.500 Europapartei Europäische Grüne Partei (EGP) Website www.zeleni.cz Strana zelených (SZ), deutsch Partei der Grüne...
Кэй Старрангл. Kay Starr Основная информация Имя при рождении англ. Catherine Laverne Starks Дата рождения 21 июля 1922(1922-07-21)[1] Место рождения Догерти[d], Марри, Оклахома, США[1] Дата смерти 3 ноября 2016(2016-11-03) (94 года) Место смерти Беверли-Хиллз, Лос-Анджелес, Калиф�...
Communist party in Russia, founded in 2009Not to be confused with Communist Party of the Russian Federation. You can help expand this article with text translated from the corresponding article in Russian. (February 2014) Click [show] for important translation instructions. View a machine-translated version of the Russian article. Machine translation, like DeepL or Google Translate, is a useful starting point for translations, but translators must revise errors as necessary and confirm t...
Confederate Army general (1825–1865) Lieutenant GeneralA. P. HillNickname(s)Little PowellBorn(1825-11-09)November 9, 1825Culpeper, Virginia, U.S.DiedApril 2, 1865(1865-04-02) (aged 39)Petersburg, VirginiaBuriedFairview Cemetery, Culpeper, Virginia, U.S.Allegiance United States Confederate StatesService/branch United States Army Confederate ArmyYears of service1847–61 (U.S.)1861–65 (C.S.)Rank First lieutenant (U.S.) Lieutenant general (C.S.)Commands held 13th Vir...
2006 Indian filmRanamDVD CoverDirected byAmma RajashekharWritten byMarudhuri Raja (dialogues)Screenplay byAmma RajashekharStory byAmma RajashekharProduced byPokuri Babu RaoStarringGopichandKamna JethmalaniCinematographyCh. Ramana RajuEdited byGautham RajuMusic byMani SharmaProductioncompanyEetharam FilmsRelease date 10 February 2006 (2006-02-10) Running time145 minutesCountryIndiaLanguageTelugu Ranam (transl. War) is a 2006 Indian Telugu-language action comedy film produced by ...
For other uses, see Slipknot (disambiguation). This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: SlipKnot web browser – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (May 2011) (Learn how and when to remove this template message) SlipKnotThe SlipKnot TerminalDeveloper(s)MicroMind, IncInitial releaseNovember...
American performance artist and political activist Vermin SupremeSupreme in New Hampshire in 2019 during the 2020 United States presidential election wearing his characteristic Wellington boot on his head as part of his personaMember of the Libertarian Party Judicial CommitteeIn officeJuly 12, 2020[1] – May 29, 2022 Personal detailsBorn1960 or 1961Rockport, Massachusetts, U.S.Political partyIndependent (1987–2004, since 2023)Other politicalaffiliations Libertarian (2016�...
Boarding schools in the former Soviet Union You can help expand this article with text translated from the corresponding article in Russian. (August 2017) Click [show] for important translation instructions. View a machine-translated version of the Russian article. Machine translation, like DeepL or Google Translate, is a useful starting point for translations, but translators must revise errors as necessary and confirm that the translation is accurate, rather than simply copy-pasting ma...