Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Elite (kumpulan)

Elite
Elite pada tahun 1996. Dari kiri ke kanan: Abby, Watie, Linda, Azza, Dan Sasha
Latar belakang
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
Genre
  • Pop
  • R&B
InstrumenVokal
Tahun aktif1995–kini
Syarikat rakaman
KRU Records
Ahli
Bekas ahli

Elite merupakan sebuah kumpulan penyanyi wanita Malaysia yang ditubuhkan oleh KRU Records. Kumpulan ini terdiri daripada lima orang ahli: Abby Abadi, Azza Zawari, Linda Rafar, Sasha Saidin dan Watie Sadali. Diiktiraf sebagai kumpulan penyanyi wanita yang paling lama bertahan di Malaysia, mereka turut diangkat sebagai perintis konsep pembangunan wanita dalam industri muzik tanah air.

Elite memulakan kerjaya seni mereka sebagai penyanyi gandingan KRU menerusi lagu “Diari Metropolitan” daripada album studio kelima mereka, Ooh! La! La! pada tahun 1996. Dalam tahun yang sama, Elite telah melancarkan single “G.I.G” dan “Manisnya Senyumanmu” yang dimuatkan dalam album sulung mereka, Catwalk (1996). Kedua-kedua single tersebut membawa Elite ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 12, di samping menjuarai carta mingguan melalui single “Di Pintu Syurga”, hasil kolaboratif kedua bersama KRU pada 14 Mei 1997. Di awal tahun berikutnya, mereka telah melancarkan album studio kedua berjudul Tamparan (1998) yang disokong lima buah single, termasuk “Trauma”, “Dua Hati” dan “Tamparan Wanita” yang tercalon di Anugerah Industri Muzik ke-6. Tamparan merupakan album terakhir Elite sebagai kuintet bersama ahli asal sebelum pengunduran Abby Abadi.

Idola (1999), album studio ketiga Elite menampilkan vokal undangan daripada kumpulan X-Factor, serta Norman Abdul Halim dan Zam daripada Indigo dalam single “Aku Siapa, Kau Siapa”. Album ini merupakan keluaran terakhir mereka yang mendengarkan vokal daripada Linda Rafar sebelum digantikan Fiza Halim. Pada tahun berikutnya, Elite kembali dengan album kompilasi berjudul Merbahaya (2000), yang mengumpulkan 14 buah lagu, termasuk dua single baharu. Merbahaya merupakan satu-satunya album mereka yang mengandungi rakaman vokal Fiza dan anggota baharu, Hana Adnan. Abby Abadi dan Linda turut menerima “undangan khas” untuk merakamkan “Selamat Tinggal Teman”.

Elite merupakan salah satu kumpulan penyanyi wanita yang terkenal di Malaysia. Mereka telah menjual lebih daripada 100,000 unit album sepanjang 10 tahun aktif dalam industri muzik tanah air.[1] Dalam haluan lain, perwatakan kumpulan ini yang disifatkan sebagai “ranggi dan lincah”, turut mempunyai pengaruh terhadap industri fesyen dan penggayaan golongan remaja pada akhir dekad 1990-an.[2] Elite juga telah bekerjasama dengan kerajaan Malaysia bagi menggalakkan penyertaan masyarakat terhadap kempen pembangunan wanita.[3]

Kerjaya

1995-1996: Penubuhan KRU Records, pembentukan Elite dan Catwalk

Selepas pengeluaran album kedua mereka, ReKRUed (1993), kumpulan KRU mula dikenali sebagai komposer dalam industri muzik Malaysia. Mereka telah menerima tawaran untuk menerbitkan dua album untuk kumpulan penyanyi wanita Feminin: Untukmu (1993) dan Kini (1994). Tony Fernandes, eksekutif Warner Music Malaysia ketika itu, menawarkan KRU untuk memulakan syarikat rakaman mereka sendiri di bawah syarikat beliau. KRU, yang masih terikat dengan kontrak di bawah EMI Music Malaysia, mendapat tentangan sewaktu meminta kebenaran untuk menerima tawaran tersebut. EMI kemudian menawarkan KRU untuk membentuk syarikat rakaman bersama mereka, sebelum perjanjian usahasama dicapai untuk menubuhkan KRU Records pada tahun 1996.[4]

KRU Records mempunyai objektif untuk mewujudkan “KRU versi wanita” sebagai artis rakaman sulung mereka pada peringkat awal pembentukan. Inisiatif ini bermula apabila Sasha Saidin, Azza Zawari, dan Abby Abadi diberikan tawaran untuk menjadi sebahagian daripada “eksperimen” tersebut. Linda Rafar, yang berlakon bersama KRU dalam filem Awas (1995), turut menerima tawaran sewaktu kempen promosi filem tersebut dijalankan. Watie Sadali, kenalan rapat keluarga Linda, kemudian dipelawa untuk menyertai kumpulan tersebut bersamanya. Mereka telah ditandatangani secara individu oleh KRU Records, membentuk sekumpulan penyanyi wanita dengan keanggotaan lima orang yang ingin dinamakan sebagai “Baby G". Penamaan tersebut terpaksa ditukar bagi mengelakkan kekeliruan dengan sebuah jenama jam Jepun yang dikeluarkan pada tahun sebelumnya. “Elite” kemudiannya dipilih sebagai nama yang baharu, mencerminkan permulaan ahli-ahli kumpulan ini sebagai peragawati dan pelakon.[1] Setelah Elite dibentuk, anggota kumpulan perlu menjalani latihan intensif di bawah didikan KRU. Selama hampir setahun, mereka telah “diperam” dan dibimbing untuk menari dan menyanyi, selain menghadiri kelas vokal.[5] Penata gaya turut dipanggil dalam usaha menaikkan lagi tarikan “pop” mereka dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Elite membuat kemunculan sulung di Awas Da’Concert, konsert jelajah KRU pada tahun 1995, sebelum berganding dengan mereka untuk lagu “Diari Metropolitan” yang dimuatkan dalam album kelima KRU, Ooh! La! La! (1996). Pada 9 September 1996, Elite telah mengeluarkan single pertama mereka, berjudul “G.I.G", berserta album single yang mengandungi beberapa remix, lagu “La Diva", dan instrumental. Video muzik single tersebut, yang menerima arahan daripada Bob Hamzah, tercalon untuk kategori Video Muzik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-4, selain memenangi juara Carta Radio Muzik RTM.[6] “Manisnya Senyumanmu", single susulan, menerima kejayaan yang serupa apabila kedua-dua lagu tersebut melayakkan diri ke separuh akhir Muzik-Muzik 12 untuk kategori pop rock. Elite turut berganding semula dengan KRU untuk menghasilkan “Di Pintu Syurga", single ketiga daripada Catwalk. Lagu tersebut menjuarai Carta Mingguan Muzik-Muzik 12 untuk minggu ke-28 pada 14 Mei 1997. Album sulung Elite, Catwalk, dilancarkan pada 27 Oktober 1996 dalam format CD dan kaset. Album tersebut memuatkan 10 buah lagu berunsur pop, tarian dan hip hop. Catwalk mencapai kedudukan tertinggi #5 pada carta Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) pada 26 November 1996, di belakang Michael Learns To Rock, Backstreet Boys, Kenny G dan Celine Dion.[7]

1996-1998: Tamparan (1998), pengunduran Abby Abadi dan Profile (1998)

Pada penghujung tahun 1996, Elite telah mengeluarkan “Tamparan Wanita” sebagai single pertama mendahului album kedua mereka. Album single turut diedarkan, memuatkan lagu “Di Pagi Aidilfitri” bersama Koir Kanak-Kanak Seri Murni, dan ucapan khas perayaan Aidilfitri daripada mereka.[8] Kulit album single tersebut telah menerima tajaan pakaian dan alat solek daripada DKNY dan Maybelline.[9] “Tamparan Wanita” tersenarai antara semi-finalis untuk Muzik-Muzik 13 di bawah kategori pop rock. Video muziknya yang menerima sentuhan daripada Yusry Abdul Halim dan Johan Lucas, tercalon untuk kategori Video Muzik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-6. Tamparan, album studio kedua Elite dikeluarkan pada awal tahun 1998, dan telah terjual sebanyak 25,000 unit sepanjang dua bulan di pasaran.[3] Dibawakan sebagai pendekatan lebih matang, album tersebut mengandungi 10 buah lagu yang membincangkan pelbagai subjek, termasuk permasalahan yang dihadapi wanita kini. Tamparan telah ditunda berikutan kontroversi yang melanda ahli kumpulan mereka.[8] Sebanyak lima buah single telah dilancarkan daripada album tersebut, termasuk “Trauma”, “Dua Hati”, “Sesuatu Di Dalam Dirimu”, serta “Dirinya Dirimu Diriku” yang mencetuskan kontroversi atas faktor penyentuhan isu gay dalam bait-bait senikata lagu tersebut.

Tidak lama selepas pelancaran Tamparan, Abby Abadi telah mengundurkan diri daripada Elite dalam lingkungan suku kedua tahun 1998. Terdahulu, menurut kenyataan pihak pengurusan kumpulan tersebut, mereka telah dilanda kesulitan berikutan “masalah disiplin” yang menyebabkan keahlian Abby digantung. Terdapat beberapa cadangan yang telah dikemukakan selepas pengundunduran Abby. Dalam temubual bersama Sasha, beliau menegaskan bahawa tiada keperluan untuk menggantikan Abby dengan serta-merta, serta menjelaskan bahawa pemergian beliau masih “dirindui". Elite turut mempertimbang untuk mengambil seseorang yang bukan berbangsa Melayu sebagai ahli baharu, di samping membiarkan pilihan mereka kekal terbuka.[3]

Sekitar hujung suku kedua tahun yang sama, album video dalam format VCD telah dipasarkan KRU Records dan EMI Music Malaysia, berjudul Profile (1998).[10] Pengeluaran tersebut menghimpunkan sembilan video muzik Elite, daripada Catwalk (1996) kepada Tamparan (1998), serta temubual “panas” bersama mereka. Video muzik untuk single “Lihatlah Dunia", yang disumbangkan sebagai runut bunyi untuk filem animasi pertama Malaysia, Silat Lagenda (1998), turut dimuatkan sebagai bonus.

1999-2000: Idola (1999), pengunduran Linda Rafar dan pengharaman lagu Elite

Idola, album studio ketiga Elite dan yang pertama sebagai kuartet, dilancarkan pada penghujung tahun 1999.[11] Disifatkan sebagai pembawaan mereka yang lebih matang dan “berani” daripada segi vokal, lirik dan susunan muzik, album ini memuatkan 10 lagu dengan gabungan rentak pop, rock, R&B, dan hip hop.[12] Idola disokong beberapa lagu terkenal seperti “Aku Siapa, Kau Siapa”, “Potret Lama", dan “Bila?”, serta menampilkan hasil kolaboratif Elite bersama kumpulan X-Factor, Norman Abdul Halim dan Zam daripada kumpulan Indigo.[1]

Terdahulu, Linda Rafar telah melangsungkan perkahwinan bersama pemandu go-kart kebangsaan Malaysia, Keifli Othman pada 1 Mei 1999. Tidak lama selepas perkahwinan mereka, Linda hamil dengan anak pertama mereka, Rezaril Keflin Keifli. Walaupun sempat mengambil bahagian dalam sesi penggambaran kulit album, kehamilan tersebut menghalangnya daripada menyertai anggota Elite yang lain dalam usaha mempromosikan Idola. Berikutan itu, Fiza Halim telah diambil sebagai ahli keenam Elite bagi menggantikan Linda. Selain menyertai aktiviti promosi album tersebut, Fiza turut muncul dalam video muzik “Aku Siapa, Kau Siapa,” mengambil alih bahagian Linda.[13]

Tidak lama selepas pelancaran Idola, lagu kumpulan Elite telah “digam” Kementerian Penerangan daripada diputarkan di semua stesen Radio & Televisyen Malaysia (RTM). Tindakan ini diambil setelah Watie Sadali mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan kesalahan trafik: memandu kereta dalam keadaan mabuk dan tanpa lesen yang sah. Menteri Penerangan, Tan Sri Mohd Khalil Yaakob menegaskan bahawa pihaknya memberi perhatian yang serius terhadap etika artis, termasuk dalam aspek pemakaian. KRU turut bertindak menggantung keahlian Watie selama tiga bulan, berkuat kuasa pada 24 Oktober 1999, sebelum beliau mengundurkan diri. Susulan itu, Hana Adnan telah diambil sebagai ahli ketujuh kumpulan Elite bagi menggantikan beliau. “Aku Siapa, Kau Siapa” terpaksa dirakamkan semula dengan Fiza Halim mengambil alih bahagian Watie.

2000-2002: Merbahaya (2000), Elite Entertainment dan “Mengerti”

Elite telah mengeluarkan album kompilasi pertama mereka, Merbahaya, pada tahun 2000.[14] Album ini menghimpunkan 14 lagu mereka daripada tiga album studio mereka, termasuk “Di Pagi Aidilfitri”, serta dua single baharu: “Merbahaya” dan “Selamat Tinggal Teman". “Merbahaya” menampilkan vokal daripada Fiza Halim dan Hana Adnan buat pertama kali dalam album Elite. Abby Abadi dan Linda Rafar turut menerima “undangan khas” untuk kembali merakamkan single “Selamat Tinggal Teman”. Bersama Watie Sadali, mereka turut mengambil bahagian dalam aktiviti promosi untuk Merbahaya sebelum kontrak Elite bersama KRU Music tamat.

Menerusi temubual yang bersama Utusan Malaysia, Azza Zawari menjelaskan bahawa Elite akan meneruskan kerjaya di bawah syarikat penerbitan mereka sendiri, Elite Entertainment. Kenyataan ini dibuat berikutan kekeliruan peminat mengenai status Elite selepas penamatan kontrak dengan KRU Music. Elite Entertainment dikendalikan oleh anggota Elite sendiri, dengan Azza bertanggungjawab dalam bahagian promosi, manakala Sasha Saidin terlibat dalam pengurusan.[15]

Pada tahun 2002, Elite bersatu semula sebagai trio untuk merakam lagu “Mengerti”, yang diterbit dan dinyanyikan KRU pada tahun 1993 menerusi album kedua mereka, ReKRUed. Rakaman ini bertujuan untuk memberikan penghormatan kepada KRU dan dimuatkan dalam album kompilasi 10/10 (2002), yang turut menampilkan nyanyian pelbagai artis untuk lagu-lagu lain mereka.[16]

2018-kini: Gegar Vaganza dan “Alhamdulillah”

Elite telah mengambil bahagian dalam Gegar Vaganza musim kelima, yang mula ditayangkan pada 30 September 2018. Berikutan jadual penggambaran Watie Sadali yang padat, di samping menghormati pilihan Abby Abadi untuk kurang aktif dalam industri hiburan, mereka telah kembali sebagai trio, terdiri daripada Azza Zawari, Sasha Saidin dan Linda Rafar. Penyertaan mereka dalam rancangan realiti muzik tersebut bertujuan untuk memberi peluang baharu kepada anggota yang masih aktif, di samping membantu mengembangkan perniagaan masing-masing.[17] Pada minggu pertama, Elite telah mempersembahkan lagu "Tamparan Wanita.” Mereka turut memenangi anugerah Artis Bintang Cuckoo Paling Gempak menerusi persembahan "Bulan Cinta," nyanyian asal Amelina. Namun, mereka tersingkir pada minggu ketiga setelah menerima markah terendah untuk persembahan "Ku Bahagia” (Melly Goeslaw).

Pada 23 April 2021, Elite mengeluarkan single pertama mereka dalam dua dekad, berjudul "Alhamdulillah," menerusi Imaan Studios, sebuah label rakaman di bawah KRU Music. Rancangan tersebut telah dicadangkan Norman Abdul Halim sebagai usaha untuk menyatukan semula lima ahli asal Elite sewaktu perbincangan mengenai novel Linda Rafar. Proses rakaman "Alhamdulillah" turut dilakukan dengan segera untuk memastikan penglibatan setiap ahli, terutamanya Sasha Saidin sebelum beliau pulang ke Dubai. Sesi penggambaran video muzik bagi single tersebut juga dijalankan pada hari yang sama dengan sidang media pengumuman rasmi.[18] Menerusi rancangan Malaysia Hari Ini pada 30 April 2021, video muzik “Alhamdulillah” menerima tayangan perdana sebelum dimuat naik di YouTube, serentak dengan pengeluaran single tersebut untuk penstriman.[19][20]

Ahli

Ahli semasa

Bekas ahli

Diskografi

Album studio

Tajuk Butiran Kedudukan carta tertinggi
Catwalk
  • Dikeluarkan: 27 Oktober 1996
  • Syarikat rakaman: KRU Records, EMI (Malaysia)
  • Format: CD, kaset, muat turun digital, penstriman
5
Tamparan
  • Dikeluarkan: Mac 1998
  • Syarikat rakaman: KRU Records, EMI (Malaysia)
  • Format: CD, kaset, muat turun digital, penstriman
5
Idola
  • Dikeluarkan: 1999
  • Syarikat rakaman: KRU Records
  • Format: CD, kaset, muat turun digital, penstriman
3

Album kompilasi

Tajuk Butiran Kedudukan carta tertinggi
Merbahaya
  • Dikeluarkan: 2000
  • Syarikat rakaman: KRU Records
  • Format: CD, kaset, muat turun digital, penstriman
-

Album video

Tajuk Butiran Kedudukan carta tertinggi
Profile
  • Dikeluarkan: 1998
  • Syarikat rakaman: KRU Records, EMI (Malaysia)
  • Format: VCD
-

Album single

Tajuk Butiran Kedudukan carta tertinggi
G.I.G
  • Dikeluarkan: 1996
  • Syarikat rakaman: KRU Records, EMI (Malaysia)
  • Format: CD
-
Tamparan Wanita
  • Dikeluarkan: 1996
  • Syarikat rakaman: KRU Records, EMI (Malaysia)
  • Format: CD
-

Rujukan

  1. ^ a b c "KRU Music Group". web.archive.org. 2006-08-13. Dicapai pada 2024-10-02.
  2. ^ TV3MALAYSIA Official (2022-10-16), NONA | Artis Throwback: Elite, dicapai pada 2024-10-03
  3. ^ a b c "*T A M P A R A N*". web.archive.org. 1999-01-17. Dicapai pada 2024-10-02.
  4. ^ Boom! International (2020-06-16), Fenomena Gergasi KRU25 : Episod 4 - Legasi, dicapai pada 2024-10-02
  5. ^ Norman Abdul Halim (2021-04-16), Highlights Tanya Bang Long: Topic Lagu Terbaru Elite "Alhamdulillah", dicapai pada 2024-10-02
  6. ^ "(Carta popular) | KLiK". www.klik.com.my. Dicapai pada 2024-10-02.
  7. ^ Inc, Nielsen Business Media (1996-12-07). Billboard (dalam bahasa Inggeris). Nielsen Business Media, Inc.
  8. ^ a b "Elite – Tamparan Wanita". Discogs. Dicapai pada 3 Oktober 2024.
  9. ^ "Elite - Tamparan Wanita [1996]". Dicapai pada 2024-10-02.
  10. ^ "Elite – Profile". Discogs. Dicapai pada 3 Oktober 2024.
  11. ^ "Elite – Idola". Discogs. Dicapai pada 3 Oktober 2024.
  12. ^ RedXWing2 (2017-11-02), ELITE - Muzik-Muzik 1999 (Prime 12), dicapai pada 2024-10-03
  13. ^ KRU Music (2013-05-07), ELITE - "Aku Siapa Kau Siapa" (MTV KARAOKE), dicapai pada 2024-10-03
  14. ^ "Elite – Merbahaya". Discogs. Dicapai pada 3 Oktober 2024.
  15. ^ "Janji Elite selepas kontroversi". web.archive.org. 2017-02-19. Dicapai pada 2024-10-03.
  16. ^ "Spotify". open.spotify.com. Dicapai pada 2024-10-03.
  17. ^ Budiey Channel (2018-09-25), Walaupun Bertiga, Elite Mampu Kasi TAMPARAN WANITA di GEGAR VAGANZA 5, dicapai pada 2024-10-03
  18. ^ TV3MALAYSIA Official (2021-04-29), Artis Jemputan: Kumpulan Elite (Abby Abadi, Azza, Linda Rafar, Watie) | MHI (30 April 2021), dicapai pada 2024-10-03
  19. ^ Imaan Studios (2021-04-29), Alhamdulillah - Elite (Official Music Video), dicapai pada 2024-10-03
  20. ^ ALHAMDULILLAH - Single by Elite on Apple Music (dalam bahasa Inggeris), 2021-04-30, dicapai pada 2024-10-03

Read other articles:

American football player (born 1981) American football player Andrew WhitworthWhitworth with the Rams in 2018No. 77Position:TacklePersonal informationBorn: (1981-12-12) December 12, 1981 (age 41)Monroe, Louisiana, U.S.Height:6 ft 7 in (2.01 m)Weight:330 lb (150 kg)Career informationHigh school:West Monroe (West Monroe, Louisiana)College:LSU (2001–2005)NFL Draft:2006 / Round: 2 / Pick: 55Career history Cincinnati Bengals (2006–2016) Los Ang...

 

Australian rules footballer, born 1912 Australian rules footballer Jack Knight Knight in 1938Personal informationFull name Jack KnightDate of birth 21 November 1912Date of death 17 July 1976(1976-07-17) (aged 63)Original team(s) South BendigoHeight 183 cm (6 ft 0 in)Weight 80 kg (176 lb)Position(s) RuckmanPlaying career1Years Club Games (Goals)1934–1940 Collingwood 104 0(85)1941–1942 St Kilda 024 0(16)Total 128 (101)Coaching careerYears Club Games (W–L...

 

Some of the Fullmetal Alchemist characters from left to right and top to bottom: Lust, Edward, Alphonse, Armstrong, Scar, Winry, Mustang, Hawkeye, Gluttony, Izumi (with her husband Sig in the background), Wrath, Pinako and Den, Barry the Chopper and the Slicer Brothers, Envy, Havoc, and Hughes.All of the characters featured in this image can be found in the manga and both anime series. The Fullmetal Alchemist manga and anime series feature an extensive cast of fictional characters created by ...

En este artículo se detectaron varios problemas. Por favor, edítalo y/o discute los problemas en la discusión para mejorarlo: No tiene una redacción neutral. Por favor, modifica los párrafos o secciones que muestran un punto de vista parcial en concordancia con lo esperado en una enciclopedia. Carece de fuentes o referencias que aparezcan en una fuente acreditada. Puedes avisar al redactor principal pegando lo siguiente en su página de discusión: {{sust:Aviso PA|Muñeca|...

 

Pour les articles homonymes, voir Amagat. Illustration de la loi d'Amagat : le volume total d'un mélange gazeux est égal à la somme des volumes de chacun des gaz pris individuellement aux mêmes pression et température que le mélange. En chimie physique, et plus particulièrement en thermodynamique, la loi d'Amagat, ou loi des volumes partiels, loi d'additivité des volumes, établie expérimentalement par Émile Amagat, énonce que : « Le volume total d'un mélange gazeu...

 

?Оздобник зеленоволий Охоронний статус Найменший ризик (МСОП 3.1)[1] Біологічна класифікація Домен: Еукаріоти (Eukaryota) Царство: Тварини (Animalia) Тип: Хордові (Chordata) Клас: Птахи (Aves) Ряд: Горобцеподібні (Passeriformes) Родина: Дивоптахові (Paradisaeidae) Рід: Зеленоволий оздобник (Lophorina)...

Саксонія — термін, який має кілька значень. Ця сторінка значень містить посилання на статті про кожне з них.Якщо ви потрапили сюди за внутрішнім посиланням, будь ласка, поверніться та виправте його так, щоб воно вказувало безпосередньо на потрібну статтю.@ пошук посилань с

 

داكليزوماب ضد وحيد النسيلة نوع Whole antibody يعالج مرض الطعم ضد الثوي،  وتصلب متعدد  الهدف CD25 اعتبارات علاجية اسم تجاري Zenapax ASHPDrugs.com أفرودة فئة السلامة أثناء الحمل C طرق إعطاء الدواء وريدي بيانات دوائية عمر النصف الحيوي 20 يوما معرّفات CAS 152923-56-3 Y ك ع ت L04L04AC01 AC01 درغ بنك DB00111 ك�...

 

Paternotte stopt een strafschop (Blauw-Wit-Vitesse, 25 augustus 1968) Pieter Jacobus Paternotte (Amsterdam, 30 augustus 1942 – Haghorst, 5 november 2008) was een Nederlands voetballer. Hij was doelman van achtereenvolgens AFC Ajax, Blauw-Wit en HFC Haarlem. Als doelman kwam Paternotte in het seizoen 1964/1965 tweemaal uit voor Ajax. Hij was tijdens dit rampseizoen tweede doelman achter Ronnie Boomgaard. Daarna speelde hij voornamelijk in het reserve-elftal van de Amsterdamse club. Na zijn p...

For the Roman goddess, see Nerio. Genus of spiders Neriene Neriene clathrata Neriene digna Scientific classification Domain: Eukaryota Kingdom: Animalia Phylum: Arthropoda Subphylum: Chelicerata Class: Arachnida Order: Araneae Infraorder: Araneomorphae Family: Linyphiidae Genus: NerieneBlackwall, 1833[1] Type species N. clathrata(Sundevall, 1830) Species 60, see text Synonyms[1] Ambengana Millidge & Russell-Smith, 1992[2] Neolinyphia Oi, 1960[3] Prolinyphia...

 

This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: Jour de fête – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (March 2018) (Learn how and when to remove this template message) 1949 French filmJour de fêteDirected byJacques TatiWritten byHenri MarquetRené WheelerJacques TatiProduced byAndré PaulvéFred Orain...

 

Biological process to convert light into chemical energy Schematic of photosynthesis in plants. The carbohydrates produced are stored in or used by the plant. Composite image showing the global distribution of photosynthesis, including both oceanic phytoplankton and terrestrial vegetation. Dark red and blue-green indicate regions of high photosynthetic activity in the ocean and on land, respectively. Photosynthesis (/ˌfoʊtəˈsɪnθəsɪs/ FOH-tə-SINTH-ə-sis)[1] is a biological pr...

Pour les articles homonymes, voir Chiaramonti (homonymie). Pie VII Pape de l'Église catholiqueServiteur de Dieu Portrait du pape Pie VII, Jacques-Louis David, 1805, musée du Louvre (Paris). Biographie Nom de naissance Barnaba Chiaramonti Naissance 14 août 1742Cesena (États pontificaux) Ordre religieux Ordre de Saint-Benoît Ordination sacerdotale 21 septembre 1765 Décès 20 août 1823 (à 81 ans)Rome (États pontificaux) Pape de l'Église catholique Élection au pontificat 14 mars 1...

 

Indian film producer (born 1987) Rhea KapoorKapoor at Elle breast cancer carnivalBorn (1987-03-05) 5 March 1987 (age 36)Bombay, Maharashtra, IndiaAlma materNew York UniversityOccupationFilm producerYears active2010–presentSpouse Karan Boolani ​(m. 2021)​ParentAnil Kapoor (father)RelativesSonam Kapoor (sister)Harshvardhan Kapoor (brother)FamilySee Surinder Kapoor family Rhea Kapoor (born 5 March 1987) is an Indian film producer.[1][2 ...

 

This article is about Australians of English descent. For English people of Australian descent, see Australians in the United Kingdom. Australians of English birth or descent English AustraliansStatue of English-born Arthur Phillip, first colonial Governor of New South WalesTotal population8,385,928 (by ancestry, 2021)[1](33% of the Australian population) 927,490 (by birth, 2021)Regions with significant populationsAll states and territories of AustraliaLanguagesAustralian English, Bri...

Indian government authority Regional Transport OfficeAgency overviewTypeGovernment agencyParent agencyRespective state's motor vehicles/transport department.Websitehttps://parivahan.gov.in The Regional Transport Office or District Transport Office or Regional Transport Authority (RTO/DTO/RTA) is the organisation of the Indian government responsible for maintaining a database of drivers and a database of vehicles[1] for various states of India. The RTO issues driving licences,[2 ...

 

Former Royal Air Force operations group No. 40 (Maintenance) Group RAFRoyal Air Force EnsignActive1 January 1939 – 28 July 1961Country United KingdomBranch Royal Air ForceTypeRoyal Air Force groupPart ofRAF Maintenance CommandMilitary unit No. 40 Group RAF is a former Royal Air Force Maintenance group that was operational from 1 January 1939, throughout the Second World War and into the Cold War until 28 July 1961 within RAF Maintenance Command that dealt with equipment, barr...

 

Mikhail Dmitriyevich SkobelevMikhail SkobelevJulukanJenderal PutihWhite PashaMata BerdarahLahir(1843-09-29)29 September 1843Sankt-Peterburg, Kekaisaran RusiaMeninggal7 Juli 1882(1882-07-07) (umur 38)Moskwa, Kekaisaran RusiaPengabdian Kekaisaran RusiaDinas/cabang Angkatan Darat Kekaisaran RusiaLama dinas1861–1882PangkatJenderal InfanteriKomandanKorps Angkatan Darat ke-4 (Kekaisaran Rusia)Perang/pertempuranPemberontakan JanuariPerang Rusia-TurkiPenghargaanOrdo St. GeorgeOrdo St...

カンボジアの歴史 扶南国 (68–550) 真臘 (550–802) 陸真臘(中国語版) 水真臘(中国語版) クメール王朝 (802–1431) 暗黒時代(英語版) (1431–1863) チャット・ムック時期(タイ語版) ロンヴェク時期(タイ語版) スレイ・サントー時期(タイ語版) ウドン時期(タイ語版) フランス領インドシナ (1863–1953) 日本占領時期のカンボジア (1941–1945) カンボジア王国 (1954–1970...

 

Official yearbook of Kansas State University This article has multiple issues. Please help improve it or discuss these issues on the talk page. (Learn how and when to remove these template messages) The topic of this article may not meet Wikipedia's notability guidelines for companies and organizations. Please help to demonstrate the notability of the topic by citing reliable secondary sources that are independent of the topic and provide significant coverage of it beyond a mere trivial menti...

 
Kembali kehalaman sebelumnya