Intan Sarafina |
---|
|
|
Nama lahir | Ungku Intan Sarafina binti Ungku Yahya |
---|
Kelahiran | (1981-07-02) 2 Julai 1981 (umur 43) Stulang Darat, Johor Bahru, Johor, Malaysia |
---|
Genre | Pop, Balada |
---|
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
---|
Tahun aktif | 2000–2009, 2016–kini |
---|
Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya (lahir 2 Julai 1981) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.[1] Intan pernah popular dengan lagu Kembali dan Duhai Malam, di mana kedua-dua lagu ini layak ke separuh akhir Muzik-Muzik 2000 dan 2002. Intan juga pernah menyertai program One in a Million musim kedua tetapi tersingkir di peringkat awal pertandingan.
One in a Million 2
Pada Disember 2007, Intan telah menyertai satu program realiti TV terbitan 8tv yang menawarkan hadiah lumayan sebanyak RM 1 juta kepada pemenangnya, iaitu One in a Million musim kedua dimana pertandingan ini menyaksikan penyanyi professional dan bakat baharu beradu suara setiap minggu bagi merebut hadiah lumayan tersebut. Namun rezeki tidak berpihak kepada beliau apabila telah tersingkir di konsert Top 8 sekaligus memusnahkan impiannya ketika itu untuk bergelar jutawan. Berikut adalah persembahan beliau;
Konsert
|
Tema
|
Lagu
|
Ked.
|
Top 20
|
-
|
"If I Ain't Got You" nyanyian Alicia Keys
|
Top 12
|
Top 12
|
Pop
|
"Sampai Menutup Mata" nyanyian Acha Septriasa
|
Selamat
|
Top 10
|
Idola
|
"Pilihlah Aku" nyanyian Krisdayanti
|
Selamat
|
Top 9
|
Rock
|
"Wake Up Call" nyanyian Maroon 5
|
Selamat
|
Top 8
|
R&B
|
"Semusim" nyanyian Marcell
|
Tersingkir
|
Gegar Vaganza 3
Berikutan komitmen rumah tangga, Intan menghilangkan diri dari industri hiburan selama 8 tahun. Intan akhirnya kembali muncul di persada seni pada Oktober 2016 setelah terpilih sebagai salah seorang peserta Gegar Vaganza (musim 3).[2] Bermula sebagai peserta underdog, Intan seringkali menjadi peserta terakhir dipanggil untuk layak ke minggu seterusnya, memberikan gambaran bahawa kedudukannya agak goyah di permulaan musim. Namun, Intan terus bertahan dan berjaya menunjukkan peningkatan ketara saban minggu. Bebas dari sebarang kontroversi dan drama, Intan meloloskan diri dari satu minggu ke minggu yang lain dengan menunjukkan prestasi yang konsisten. Buktinya, Intan hanya pernah menduduki kedudukan tiga terbawah sekali sepanjang musim. Intan akhirnya berjaya layak ke pusingan akhir dan menamatkan cabaran di tempat kelima.[3] Berikut persembahan beliau didalam Gegar Vaganza musim ketiga:
Konsert
|
Tema
|
Lagu
|
Ked.
|
Minggu 1
|
Kembali Menyengat
|
"Kembali" nyanyian Intan Sarafina
|
Ke-7
|
Minggu 2
|
Memori Berkasih
|
"Pudar" nyanyian Rossa
|
Ke-9
|
Minggu 3
|
Ada Bran?
|
"Penantian" nyanyian Black Rose
|
Ke-7
|
Minggu 4
|
Duet Vaganza
|
"Aku Yang Tersakiti" nyanyian Judika (duet bersama Fazli Zainal)
|
Ke-4
|
Minggu 5
|
Hits Vaganza
|
"Jika Kau Rasa Getarnya" nyanyian Slam
|
Ke-4
|
Minggu 6
|
Rock+dut Vaganza
|
"Selamat Jalan Romeo" nyanyian Ramlah Ram
|
Ke-6
|
Minggu 7
|
Separuh Akhir
|
"Siapa Sangka Siapa Menduga" nyanyian Liza Hanim
|
Ke-4
|
"Pulangkan" nyanyian Misha Omar (duet bersama Ezad)
|
Minggu Akhir
|
Medley & Battle
|
"Sedetik Lebih" nyanyian Anuar Zain / "Kemelut Di Muara Kasih" nyanyian Ziana Zain
|
Ke-5
|
"Duhai Malam" nyanyian Intan Sarafina / "Sampai Hati" nyanyian Spring (Battle dengan Ameng)
|
Diskografi
Album studio
Album EP
Single
- Kembali
- Selamanya
- Duhai Malam
- Janji Seorang Kekasih
- Suratan Buatku
- Rayuan Mata Buaya
- Jawapan Oh Ya Ya
Filemografi
Filem
Tahun
|
Tajuk
|
Watak
|
Catatan
|
2003
|
Janji Diana
|
Zetty
|
Filem pertama
|
Telefilem
Tahun
|
Tajuk
|
Watak
|
Saluran TV
|
Catatan
|
2017
|
Misteri Sofa Lama
|
Tania
|
Astro Citra
|
Telefilem pertama
|
Televisyen
Pencapaian
- Naib Juara Pesta Lagu Kanak-kanak Asia di Tokyo
- Artis Baru Popular ABP 2000
- Artis Baru Terbaik AIM ke-8 (pencalonan)
- Tempat Ke-5 Gegar Vaganza Musim Ketiga 2016
Rujukan
Pautan luar
|
---|
|
Musim | |
---|
Pengacara | |
---|
Juri | |
---|
Juara | |
---|
Naib Juara | |
---|
Alumni terkenal | |
---|