Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

KTM Komuter

KTM Komuter
Kelas92 SCS 14 di simpang Bangsar
Umum
JenisKereta api komuter
LokasiLembah Klang
(Laluan Pelabuhan Klang;
(Laluan Seremban)
KTM Utara
(Laluan Padang Rengas;
Laluan Butterworth)
Stesen79 [Note 1]
Penumpang37.235 million (2017)[1]
( 10.2%)
Warna pada peta1 2 10 (Central Sector)
 1   2  (Northern Sector)
Laman sesawangwww.ktmb.com.my/ktmb
Operasi
Dibuka14 Ogos 1995; 29 tahun yang lalu (1995-08-14)
PemilikKeretapi Tanah Melayu
PengendaliKeretapi Tanah Melayu (Bahagian Komuter)
Sistem pengaliranDengan pemandu
Stok kereta apiClass 83 pembentukan 3-gerabak
Class 92 pembentukan 6-gerabak
Teknikal
Panjang aliran456 km
Tolok landasan1000 mm
Peta laluan

Greater KL / Klang Valley Integrated Transit Map
Source: SPAD as of July 2016

KTM Komuter Northern Sector Route Map
Source: KTMB as of 1 September 2016

KTM Komuter merupakan satu sistem pengangkutan awam yang memulakan perkhidmatannya pada pertengahan Ogos 1995 bertujuan memberi khidmat memuaskan dan mengatasi kesesakan lalu lintas di Lembah Klang. Komuter kini bergerak di atas landasan sepanjang 150 kilometer dari Rawang ke Seremban dan dari Batu Caves ke Pelabuhan Klang dengan membawa hampir 60,000 penumpang setiap hari.

Pada permulaan projek kereta api komuter ia berhadapan dengan beberapa halangan disebabkan masalah penyediaan infrastruktur. Berbeza dengan perkhidmatan kereta api yang sedia ada, kereta api komuter menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya dan ini memerlukan kepakaran khusus yang perlu dibawa masuk daripada luar negeri, terutamanya India. Sepanjang tempoh percubaan berlaku beberapa masalah kecil yang selalunya berpunca daripada aliran kuasa elektrik. Tetapi kini kesemua masalah itu telah dapat diatasi dan komuter merupakan salah satu satu sistem pengangkutan awam yang cukup istimewa di Malaysia yang dikendalikan oleh syarikat Keretapi Tanah Melayu.

Latarbelakang

Keretapi Tanah Melayu Berhad melaksanakan projek komuter bermula dengan hanya empat tren. Jumlah tren itu kemudiannya ditambah secara beransur-ansur sehinggakan pada 2006, KTMB mempunyai 62 tren setiap satu membawa tiga gerabak yang dibekalkan tiga negara utama iaitu Korea Selatan, Austria dan Afrika Selatan.

Kereta api Komuter beroperasi pada kelajuan 120 kilometer sejam merentasi bandar raya Kuala Lumpur setiap 15 minit pada masa sibuk dan di antara 20 hingga 30 minit sewaktu kurang sibuk. Perkhidmatan komuter yang cemerlang memastikan para penumpang dapat sampai ke destinasi tepat pada masanya pada kadar tambang yang murah. Populariti komuter dapat dilihat daripada jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan itu yang mencapai 98 peratus setiap hari, manakala pada masa sibuk kadar ini mencapai hingga 100 peratus.

Stok kereta

Spesifikasi
Model Class 81 Class 82 Class 83
No. unit EMU 1 - EMU 18 EMU 41 - EMU 62 EMU 19 - EMU 40
Pengeluar Jenbacher Transport System Union Carriage Wagon Hyundai Corporation
Bilangan tren 18 22 20
Bilangan gerabak 3
Dimensi Panjang - 68700 mm
Lebar -
Tinggi - 3650 mm
Panjang - 69320 mm
Lebar -
Tinggi - 3752 mm
Panjang - 68700 mm
Lebar -
Tinggi - 3800 mm
Berat 121 metrik tan 130 metrik tan 123 metrik tan
Sistem elektrik/voltan 25 kV/50 Hz
Kelajuan maksimum 160 km/j
Kelajuan maksimum komersil 120 km/j
Bilangan penumpang 244 duduk
200 berdiri
212 duduk
238 berdiri
216 duduk
190 berdiri

Infrastruktur

Laluan

Laluan (Pengendali) Beroperasi Stesen Jarak (km) Terminal
Laluan Batu Caves-Pelabuhan Klang 14 Ogos 1995 23 45 Sentul Pelabuhan Klang
29 Julai 2010 4 7 Templat:KTMKStnInk Templat:KTMKStnInk
Laluan Rawang-Seremban 14 Ogos 1995 23 105 Rawang Sungai Gadut
Laluan Shuttle Rawang-Tanjung Malim 21 April 2007 5 53 Rawang Tanjung Malim

Pertukaran antara kedua-dua laluan tersebut boleh dilakukan di stesen KL Sentral, stesen keretapi lama Kuala Lumpur, Stesen Komuter Bank Negara dan Stesen Komuter Putra. Di pertukaran KL Sentral dan Putra, penumpang perlu menaiki tangga atau eskalator untuk ke platform, manakala di stesen lama pertukaran boleh dibuat di platform yang sama.

KTM Komuter dipuji kerana telah membolehkan capaian lebih mudah ke pusat beli-belah dan pusat rekreasi. Pada 2004, Stesen Komuter Mid Valley popular kerana dibina berdekatan Mid Valley Megamall. Stesen Komuter Subang Jaya pula berdekatan dengan Subang Parade dan cawangan Carrefour di bandar tersebut.

Penumpang yang hendak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ada pilihan untuk menaiki KTM Komuter ke Stesen Komuter Nilai dan seterusnya menaiki bas pengantara ke lapangan terbang tersebut pada tambang RM2.50 bagi satu perjalanan.

Tiket komuter boleh dibeli di kaunter atau mesin menjual tikat yang disediakan di semua stesen.

Keselamatan

Kereta api Komuter digerakkan menggunakan kuasa elektrik dari pusatnya di Kuala Lumpur. Selain itu, pihak KTMB telah menyediakan empat buah stesen tambahan di Subang, Rawang, Salak Selatan dan Batang Benar bagi memberikan kuasa alternatif jika sekiranya bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba.

Bekalan elektrik ini akan disambungkan serta merta ke tempat yang diperlukan dan komuter akan terus bergerak seperti biasa. Sungguhpun komuter mungkin bergerak perlahan pada permulaannya, tetapi ia tidak akan menjejaskan penumpang.

Dari segi keselamatan, komuter dilengkapi sistem keselamatan yang canggih. Jika berlaku kerosakan kepada sistem aliran kuasanya, umpamanya wayar terputus, ia tidak akan menyebabkan kemalangan atau bahaya kejutan elektrik kerana aliran kuasa akan mati secara automatik. Oleh itu, pengguna atau penduduk yang tinggal berhampiran landasan, tidak perlu khuatir terhadap keselamatan mereka.

KTMB turut mengadakan aktiviti bagi memberikan keseronokan kepada penumpang kecil. Biasanya pada masa cuti tertentu KTMB mengadakan kegiatan melukis atau seumpamanya. Selain untuk tujuan promosi, ia juga bertujuan memberikan keceriaan kepada penumpang kecil itu serta keluarga mereka.

Stesen perantara

KTMB turut menyediakan perhentian khas untuk bas perantara ke stesen tertentu, seperti di Bandar Tasik Selatan, Serdang, Subang Jaya dan Nilai. Bas yang datang dari beberapa daerah berdekatan akan membawa penumpang ke perhentian berkenaan. Ini memudahkan penumpang dari kawasan tertentu sampai ke stesen komuter dan ke tempat kerja awal. Bagi mereka yang menggunakan kenderaan sendiri untuk ke stesen komuter pula mereka boleh menggunakan khidmat tempat letak kereta yang disediakan KTMB dengan bayaran hanya 50 sen sekali masuk.

Bagi mereka yang suka mengisi masa lapang dengan bersiar-siar KTMB menyediakan tiket khas sekeluarga diberi nama 'joy ride' dan 'tiket mana-mana'. Dengan menggunakan tiket 'joy ride' keluarga boleh pergi ke mana-mana sahaja dengan potongan khas. Manakala 'tiket mana-mana' pula diberikan kepada sesiapa yang ingin melawat destinasi yang dilalui komuter dengan bayaran RM5 bagi seorang dewasa untuk ke mana-mana destinasi yang dipilih.

Bayaran tambang

Pada 2006, para penumpang hanya perlu membayar sembilan sen sekilometer bagi setiap 45 kilometer pertama, manakala bagi 45 kilometer berikutnya penumpang hanya perlu membayar enam sen setiap kilometer. Umpamanya bagi penumpang yang menaiki komuter dari Subang ke stesen Kuala Lumpur hanya perlu membayar RM1.40 sen, manakala tambang dari Kuala Lumpur ke stesen Nilai, berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), ialah RM7. Manakala tambang untuk kanak-kanak antara empat dan 12 tahun ialah 50 peratus tambang orang dewasa. Nilai tambang ini dianggap antara yang termurah di dunia.

Selain itu, bagi mereka yang kerap menggunakan komuter untuk ke tempat kerja dan sebagainya, KTMB menyediakan bonus khas. Bermula pada Februari 1998 lalu, KTMB memperkenalkan tiket perjalanan berganda atau multiple trip tickets. Dengan menggunakan sistem ini penumpang boleh membeli tiket 12 perjalanan atau 24 perjalanan dan menerima potongan sebanyak 20 peratus atau lebih.

Pendapatan

Pada Ogos 1995 KTM Komuter melaporkan perolehan sebanyak RM320,000, manakala pada Disember 1997, iaitu jangka masa kurang daripada satu setengah tahun pendapatan yang dilaporkan meningkat kepada RM4.37 juta. Pendapatan tertinggi dicatat ialah pada September 1998, iaitu sepanjang Sukan Komanwel XVI iaitu melebihi RM6 juta.

Penumpang

Statistik penumpang harian [2]
Tahun Purata penumpang harian
1995 18,659
1996 30,313
1997 45,204
1998 57,039
1999 45,037
2000 53,025
2001 57,339
2002 61,762
2003 67,467
2004 74,810
2005 84,752
2006 95,822
2007 101,258
2008 99,836
2009 95,021
2010 96,022
2011 97,531
2012 95,211

Perancangan masa hadapan

Kereta api komuter.
Kereta api komuter.

Berikutan sambutan yang begitu menggalakkan, KTMB merancang bagi memperluaskan laluan dengan menambah beberapa laluan baru bagi memenuhi keperluan penduduk dan pelancong. Dalam masa terdekat, KTMB akan menumpukan masa untuk membina laluan khas dari stesen Kuala Lumpur ke Batu Caves sejauh tujuh kilometer. Jalan ini akan melalui kawasan sesak di utara Kuala Lumpur dan kawasan perumahan berhampiran Batu Cave. Namun matlamat utama lalun ini ialah untuk kemudahan pelancong yang sering bertumpu ke kawasan berkenaan terutama ketika Thaipusam.

KTMB juga merancang mengadakan kereta api ekspres dari Ipoh ke Seremban dan sebaliknya dijangka mula beroperasi mulai Jun 2010 khas untuk mereka yang memerlukan perkhidmatan cepat ke kedua-dua hala melalui kawasan Nilai yang pesat membangun. Satu lagi projek yang telah siap ialah landasan kembar yang menyambungkan Rawang ke Ipoh. Jalan sejauh 200 kilometer ini akan memberikan kesempatan bagi mereka yang sering berulang-alik. Dalam jangka panjang KTMB merancang untuk membina landasan keretapi berkembar elektrik ke Bandaraya Melaka yang menghubungkan Stesen KTMB Pulau Sebang dekat Alor Gajah hingga ke Bandaraya Melaka. Projek ini dapat sokongan padu Kerajaan Negeri Melaka dan hanya menunggu kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan.Bekas landasan keretapi lama di Melaka akan digunakan semula.

Dengan adanya landasan baru ini masa perjalanan boleh dipendekkan di samping memberi keselesaan kepada penumpang. Melihatkan kejayaan dan kemajuan yang telah ditunjukkan sistem komuter, ia benar-benar menjadi suatu sistem pengangkutan moden paling berkesan di negara ini dan telah menepati motonya iaitu: "Pantas Merentas Masa".

Catatan

  1. ^ Mengira stesen pemindahan sekali sahaja.

Rujukan

  1. Buletin Rasmi KTM Komuter (08/2006). Rentas Edisi Ogos 2006. Keretapi Tanah Melayu Berhad
  2. Buletin Rasmi KTM Komuter (06/2006). Rentas Edisi Jun 2006. Keretapi Tanah Melayu Berhad
  3. Buletin Rasmi KTM Komuter (01/2006). Rentas Edisi Januari 2006. Keretapi Tanah Melayu Berhad
  4. Buletin Rasmi KTM Komuter (09/2005). Rentas Edisi Khas September 2005. Keretapi Tanah Melayu Berhad
  1. ^ "JADUAL 2.1 : STATISTIK TRAFIK KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB), SUKU KEEMPAT, 2017" [Table 2.1 : Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Traffic Statistics, Fourth Quarter, 2017] (PDF) (dalam bahasa Malay dan English). Ministry of Transport, Malaysia. Dicapai pada 13 March 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ http://www.ktmkomuter.com.my/about_us/statistic.php
  • Rujukan digital
  1. (Bahasa Inggeris) - www.ktmb.com.my Diarkibkan 2007-10-11 di Wayback Machine 29 Mac 2007

Pautan luar


Kembali kehalaman sebelumnya