Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Kempen Afrika Utara

Kempen Afrika Utara
Sebahagian daripada Kancah Mediterranean dan Timur Tengah dalam Perang Dunia II
Crusader tank passing burning Panzer IV tank during Operation "Crusader"
Kereta kebal Crusader British melepasi kereta kebal Pz.Kpfw.IV Jerman yang terbakar semasa Operasi Crusader, 27 November 1941.
Tarikh
10 Jun 1940 – 13 Mei 1943
(2 tahun, 11 bulan dan 3 hari)
Lokasi
Algeria Perancis / Tunisia Perancis / Maghribi Perancis
Keputusan

Kemenangan Pihak Berikat

Pihak yang terlibat

Pihak Sekutu

Kuasa Paksi


Komandan dan pemimpin
Kerugian dan korban
  • United Kingdom Komanwel
    line-height:1.3em
  • Perancis Bebas Perancis Bebas
    line-height:1.3em

  • Amerika Syarikat Amerika Syarikat
    line-height:1.3em
  • line-height:1.3em
  • Kerajaan Itali (1861–1946) Itali
    22,341 mati atau hilang;[6]
    340,000 ditangkap.[nb 5]
  • Jerman Nazi Jerman[8]
    line-height:1.3em
  • Perancis Perancis Vichy[nb 6]
    line-height:1.3em
  • line-height:1.3em

Semasa Perang Dunia Kedua, Kempen Afrika Utara berlaku di Afrika Utara dari 10 Jun 1940 hingga 13 Mei 1943. Ia merangkumi kempen-kempen ketenteraan di padang pasir Libya dan Mesir (Kempen Gurun Barat, juga dikenali sebagai Perang Gurun) dan di Maghribi dan Algeria (Operasi Torch) serta Tunisia (Kempen Tunisia).

Kempen tersebut telah berlaku diantara Pihak Bersekutu dan Kuasa Paksi, kebanyakkan mereka mempunyai kepentingan kolonial di Afrika semenjak dari hujung kurun ke-19. Usaha perang Bersekutu telah didominasi oleh Komanwel British dan negara-negara buangan dari Eropah yang diduduki Jerman. Amerika Syarikat memasuki perang pada tahun 1941 dan mula mengarah bantuan ketenteraan di Afrika Utara pada 11 Mei 1942.

Pertempuran di Afrika Utara bermula dengan pengisytiharan perang Itali pada 10 Jun 1940. Pada 14 Jun, Rejimen Ke-11 Hussar Tentera Darat British (dibantu oleh elemen-elemen Rejimen Pertama Kereta Kebal Diraja, RTR 1) menyeberangi sempadan dari Mesir ke Libya dan menawan Fort Capuzzo Itali. Ini disusuli oleh penyerangan balas Itali kedalam Mesir dan penawanan Sidi Barrani pada September 1940 dan kemudian pada Disember 1940 oleh satu serangan balas Komanwel, Operasi Compass. Sewaktu Operasi Compass, Tentera Darat Ke-10 Itali telah dimusnahkan dan Afrikakorps Jerman—diperintah oleh Erwin Rommel—telah dihantar ke Afrika Utara—dalam Operasi Sonnenblume—untuk memperkuatkan tentera Itali bagi mengelakkan kekalahan penuh pihak Paksi.

Beberapa siri pertempuran turun naik untuk menguasai Libya dan sebahagian Mesir menyusul, mencapai kemuncak dalam Pertempuran El Alamein Kedua apabila tentera Komanwel British dibawah pemerintahan Leftenan Jeneral Bernard Montgomery memberikan kekalahan muktamad kepada tentera Paksi dan menolak mereka kembali ke Tunisia. Selepas hujung tahun 1942 pendaratan Operasi Torch Bersekutu di barat laut Afrika, dan pertempuran berikut terhadap tentera Perancis Vichy (yang kemudian beralih arah), pihak Bersekutu akhirnya mengepung tentera Paksi di utara Tunisia dan memaksa mereka menyerahkalah.

Operasi Torch pada November 1942 adalah satu operasi tolak ansur yang memenuhi objektif British dalam menjamin kemenangan di Afrika Utara sementara membolehkan peluang angkatan tentera Amerika untuk melibatkan diri dalam memerangi Nazi Jerman pada skala yang terhad.[10] Sebagai tambahan, seperti yang Josef Stalin telah lama meminta sebuah barisan kedua dibuka untuk memerangi Wehrmacht dan melegakan tekanan keatas tentera Soviet, ia menyediakan beberapa sedikit bantuan untuk barisan Timur dengan mengalihkan tentera Paksi ke kancah Afrika, mengikat mereka dan memusnahkan mereka disana.

Maklumat yang dikumpulkan melalui pemecah kod risikan Ultra British terbukti kritikal bagi kejayaan Bersekutu di Afrika Utara. Kemenangan pihak Bersekutu dalam kempen ini dengan cepatnya berlaku Kempen Itali, yang berakhir dengan kejatuhan kerajaan fasis di Itali dan penyingkiran sekutu Jerman.

Nota

Nota kaki

  1. ^ a b c d 1942–43.
  2. ^ 8–11 November 1942. Vichy officially pursued a policy of armed neutrality and conducted military actions against armed incursions from Axis and Allied belligerents. The pledging of allegiance of the Vichy troops in French North Africa to the Allies convinced the Axis that Vichy could not be trusted to continue this policy, so they invaded and occupied the French rump state (Case Anton)
  3. ^ Darlan joined the Allies in November 1942, ordering the French Army of Africa to cease fire and unite with the Free French, and became High Civilian and Military Commissioner in French North Africa. He was assassinated on 24 December 1942.
  4. ^ Darlan joined the Allies in November 1942, ordering the French Army of Africa to cease fire and unite with the Free French, and became High Civilian and Military Commissioner in French North Africa. He was assassinated on 24 December 1942.
  5. ^ Historian Giorgio Rochat wrote:

    Sono circa 400.000 i prigionieri fatti dagli inglesi in Etiopia e in Africa settentrionale, 125.000 presi dagli americani in Tunisia e in Sicilia, 40.000 lasciati ai francesi in Tunisia ("There were about 400,000 prisoners made by the British in North Africa and in Ethiopia, 125,000 taken by the Americans in Tunisia and Sicily, 40,000 by the French in Tunisia")[7]

    Considering that about 100,000 Italian prisoners were taken in East Africa and that prisoners taken by the Americans were mainly in Sicily, the total is around 340,000–350,000.[perlu rujukan]
  6. ^ During Operation Torch only (8–16 November 1942).

Petikan

  1. ^ Zabecki, North Africa
  2. ^ Carell, p. 597
  3. ^ Cartier, Raymond. La Seconde Guerre Mondiale, vol4: 1943-Juin1944. Press Pocket. m/s. 40. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  4. ^ Playfair, Volume IV, p. 460. United States losses from 12 November 1942
  5. ^ Atkinson, p. 536
  6. ^ Roma: Instituto Centrale Statistica' Morti E Dispersi Per Cause Belliche Negli Anni 1940–45 Roma 1957
  7. ^ Rochat, Giorgio. Le guerre italiane 1935–1943. Dall'impero d'Etiopia alla disfatta. Einaudi. m/s. 446. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  8. ^ Carell, p. 596
  9. ^ Barclay, Mediterranean Operations
  10. ^ Wilmott, H.P. p.

Rujukan

  • Atkinson, Rick (2004) [2002]. An Army at Dawn: The War in North Africa, 1942–1943. Abacus. ISBN 0-349-11636-9.
  • Barclay, Brigadier C. N. "Mediterranean Operations". GI – World War II Commemoration. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Januari 1997. Dicapai pada 8 September 2010.
  • Bauer, Eddy (2000) [1984]. The history of World War II (ed. Revised and updated). Great Britain: Silverdale. ISBN 978-1-85605-552-9.
  • Carell, Paul (1960). Le volpi del deserto. 1941–1943: le armate italo-tedesche in Africa settentrionale. New York: Bantam. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  • Jentz, Thomas L. (1998). Tank Combat In North Africa: The Opening Rounds, Operations Sonnenblume, Brevity, Skorpion and Battleaxe, February 1941 – June 1941. Schiffer Publishing Ltd. ISBN 0-7643-0226-4.
  • Keegan, John (2001). Oxford Companion to World War II. Oxford University Press. ISBN 0-19-280666-1.
  • Lewin, Ronald (1998) [1968]. Rommel As Military Commander. New York: B&N Books. ISBN 978-0-7607-0861-3.
  • Playfair, Major-General I.S.O.; and Molony, Brigadier C.J.C.; with Flynn R.N., Captain F.C.; Gleave, Group Captain T.P. (2004) [1st. pub. HMSO 1966]. Butler, J.R.M (penyunting). The Mediterranean and Middle East, Volume IV: The Destruction of the Axis Forces in Africa. History of the Second World War United Kingdom Military Series. Uckfield, UK: Naval & Military Press. ISBN 1-84574-068-8. Unknown parameter |lastauthoramp= ignored (bantuan)
  • Walker, Ian (2006). Iron Hulls, Iron Hearts: Mussolini's Elite Armoured Divisions in North Africa. Ramsbury: Crowood. ISBN 1-86126-839-4.
  • Willmott, H.P. (1984). June, 1944. Poole, Dorset: Blandford Press. ISBN 0-7137-1446-8.
  • Zabecki, David T. (2007). "North Africa (1940–1943)". The War. PBS. Dicapai pada 8 September 2010.

Pautan luar

Kembali kehalaman sebelumnya