Laluan Bawah Tanah Beijing (Cina Ringkas: 北京地铁code: zh is deprecated ; Cina Tradisional: 北京地鐵code: zh is deprecated ; pinyin: Běijīng Dìtiě) merupakan rangkaian landasan alihan laju yang beroperasi di daerah perbandaran dan sub-perbandaran di Majlis Perbandaran Beijing. Mula dibuka pada 1971, ia kini mempunyai 13 laluan, meliputi 336 km bagi laluan trek dan 172 stesen[1] kini dalam pengoperasian dan dapat menampung sekurang-kurangnya 3.4 juta sehari,[2] Laluan Bawah Tanah Beijing ialah yang tersibuk di tanah besar China, dan kedua terpanjang selepas Laluan Bawah Tanah Shanghai. Seramai 6.4 juta penumpang direkodkan pada 30 April2010.[3] Walaupun berkembang pesat, rangkaian ini tidak memadai bagi memenuhi keperluan transit massa di bandar raya dan sedang berada dalam projek penambahan landasan bagi masa depan. Pelan yang dirancang membuka peluang kepada lebih 7 lagi lorong dan sehingga 700 km laluan trek dalam pengoperasiannya pada 2015.[4]
Terbaru pada 30 Disember 2010, Laluan 15, Laluan Changping, Laluan Fangshan, Laluan Yizhuang dan Laluan Daxing dibuka untuk operasi.[5] Penambahan 108 km (67 bt) landasan, peningkatan hampir 50%, menjadikan Laluan Bawah Tanah Beijing metro keempat terpanjang di dunia, di belakang Shanghai, London dan New York City.
Rujukan
^Terdapat 198 stesen untuk menghubungkan stesen dengan persimpangan selepas dikira bersama