Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Kuih Loyang

  Kandungan rencana ini berkait dengan makanan.
Kuih loyang.

Kuih loyang atau nama lain di Malaysia, juga dikenali sebagai kuih goyang, kuih ros[1] [2] ,kuih bunga durian, kuih cap, kuih sarang lebah dan kuih acuan [3] yang diperbuat dari tepung beras, santan dan gula [4] yang digoreng dalam minyak masak dengan menggunakan acuan tembaga[5][6]. Warna asal kuih ini adalah keemasan, tetapi kini terdapat kuih loyang dengan pelbagai warna.[7]

Sejarah

Kuih ini dikatakan dibawa oleh pedagang-pedagang dari Belanda [8][9] ke India, dan ia digemari dan popular di Kerala, India. Terutama dikalangan orang-orang Inggeris-India, juga, orang-orang Kristian di Goa. Kuih ini juga dipercayai masakan tinggalan dan warisan oleh penjajah Portugis di India.[10][11][12] Dalam bahasa Malayalam, kuih ini dikenali sebagai Achappam. Ach, secara harafiahnya bermaksud acuan atau loyang, appam bermaksud roti atau kuih. Selain di Kerala, di Tamil Nadu, kuih ini dipanggil Achu Murukku. Manakala, di Andhra Pradesh, ia dipanggil Gulabi Puvvulu (bunga ros dalam bahasa Telugu) [13], Mahunada Khaja (dalam bahasa Odia) di Odisha, yang membawa maksud kuih yang sama. Mengikut resipi Achappam dalam buku Eating With History: Ancient Trade-Influenced Cuisines of Kerala oleh Tanya Abraham, orang Yahudi Malabar suka letak pelaga dalam adunan, manakala orang Nasrani Thomas suka tambah bijan hitam.

Di Malaysia, kuih ini dinamakan kuih goyang kerana selepas acuannya dicelup dalam adunan tepung cair, kuih ini dicelup ke dalam minyak yang panas dan digoyang-goyangkan agar tertanggal. Nama ros pula sempena bentuknya menyerupai bunga. Nama loyang pula kerana acuannya diperbuat daripada logam loyang, atau mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka, definisi loyang juga merujuk kepada acuan kuih. [14]

Di Sri Lanka, kuih ini dipanggil kokis, kata pinjaman yang berasal dari Belanda, koekjes. [15] [16] Orang-orang Sinhala membuat kuih ini ketika menyambut tahun baru mereka.

Selain di Malaysia, kuih ini juga dipanggil rose de coque (Portugal), rose cookies, rosettes (Skandinavia), buñuelos de viento (Mexico), flores manchegas (Sepanyol), kembang goyang (Indonesia), kanom dok bua (Laos) / kanom dok jok (Thailand) bererti bunga seroja, nan panjereh (Iran) atau fuljhuri pitha (Bangladesh).

Kuih ini biasanya dibuat semasa musim perayaan Hari Deepavali, Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina.

Rujukan

  1. ^ Teuku Iskandar (1984). Kamus Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 350.
  2. ^ Dewan Bahasa dan Pustaka (1986). Dewan Bahasa - Jilid 30. Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 639.
  3. ^ Nyambar, Nickyson (2019-05-18). "Penganan Jala antara sajian kuih tradisi istimewa Hari Gawai". Astro Awani. Astro AWANI Network Sdn. Bhd. Dicapai pada 2024-01-07. Ada yang memanggilnya Kuih Bunga Ros dan ia memang terkenal dalam kalangan masyarakat Iban
  4. ^ "Kamus Dewan Edisi Keempat". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 2022-02-18. kuih loyang
  5. ^ Dewan Bahasa dan Pustaka (1987). Kamus pelajar bahasa Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 219.
  6. ^ Dewan Bahasa dan Pustaka (1975). Kamus bahasa Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 293,332.
  7. ^ "Sedap, cantik, ringkas". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-22. Dicapai pada 2015-02-22.
  8. ^ Kaviyan, Cherian. "The Rose Cookie through the lens of Colonialism". Whetstone. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-02-05. Dicapai pada 2022-02-05. achappam is said to have been brought to India by the Dutch, who first came to the subcontinent in 1605 for tradeCS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  9. ^ Abraham, Tanya (2020). Eating With History Ancient Trade-Influenced Cuisines of Kerala. Niyogi Books. ISBN 9789389136265.
  10. ^ White-Kumar, Bridget. "Rose cookies/Rosette cookies/Rosa cookies". Blogspot. Dicapai pada 2022-02-06. Believed to be another culinary legacy left by the Portuguese in India
  11. ^ Bridget White (2013). Anglo-Indian Delicacies: Vintage and Contempory Cuisine from Colonial India. Partridge Publishing. m/s. 189.
  12. ^ Santhosh, Megna. "Did you know that these Indian Delicacies are not really Indian?". Spoon University. Dicapai pada 2022-04-25.
  13. ^ Gopakumar, Anjana (2020-04-25). "Kerala's Achappam, TN's Achu Murukku and Andhra's Gulabi Puvvulu. The winner is..." Onmanorama. Dicapai pada 2022-02-05.
  14. ^ "Kamus Dewan Edisi Keempat, Kamus Pelajar Edisi Kedua". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 2022-02-18. acuan kuih
  15. ^ Husain, Asif (2017-01-05). "The Curious Case Of 'Traditional' Sri Lankan Food And Their Foreign Origins". Roar Media. Roar Media. Dicapai pada 2022-02-06. The kokis is actually of foreign origin and derives from the Dutch word koekjes
  16. ^ Manique Gunasekera, Gehan Rajapakse (2005). The Postcolonial Identity of Sri Lankan English. Katha Publishers. m/s. 213.

Pautan luar

Kembali kehalaman sebelumnya