Lawan pedang (juga Ind.: anggar, daripada perkataan en garde) adalah seni bela diri menggunakan senjata bilah yang berkembang menjadi suatu seni budaya dan sukan yang menekankan kepada ketangkasan memegang senjata serta teknik berkaitan seperti memotong, menusuk atau menangkis senjata lawan menggunakan keterampilan dalam memanfaatkan kelincahan tangan. Dalam takrifan yang lebih khusus pula, ia merupakan satu satu cabang olahraga yang diajarkan di sekolah-sekolah Eropah pada masa lalu dalam melatih kepakaran dalam menggunakan senjata tajam yang akhirnya menjadi salah satu acara resmi di Sukan Olimpik.
Sejarah moden
Sukan ini dipercayai berasal dari Sepanyol hasil seni pedang untuk tujuan bertarung dan mempertahankan diri; antara buku-buku terawal mengenai sukan ini ditulis pakar seni pedang dari negara tersebut seperti buku Tratado delos rieptos karya Diego de Valera[1] yang bertarikh antara 1458 dan 1471 (namun lebih kepada lambang kebangsawanan)[2] Orang Sepanyol turut membawa sukan ini ke serata dunia jajahan mereka, terutamanya dalam kemaraan mereka ke selatan Itali yang menjadi tempat konflik berterusan antara kedua-dua negara ini.[3][4]
Peralihan tujuan kegiatan ini kepada suatu sukan moden mula pada pertengahan abad ke-18 dipelopori Domenico Angelo, seorang guru lawan pedang yang membuka sebuah akademi sukan ini untuk kalangan bangsawan di Carlisle House, Soho, London pada tahun 1763.[5] Beliau menetapkan peraturan mengenai postur badan dan pergerakan kaki yang masih berkesan dalam sukan lawan pedang moden, namun kaedah serangannya masih berbeza daripada peraturan yang ditetapkan kini. Beliau merupakan guru pertama yang lebih menekankan manfaat kesihatan dan kesukanan seni ini daripada tujuan asalnya yang menangkis dan menumpaskan lawan, terutamanya dalam buku nukilannya yang berpengaruh L'École des armes yang terbit pada tahun 1763.
[6]
Sukan ini mula dipertandingkan dalam medan antarabangsa besaran ketika Sukan Olimpik Musim Panas 1896 dan kekal sepanjang sejarah pelaksanaan temasya ini tanpa sebarang perubahan pada penyenaraian ia.[7]
Kelengkapan
Pakaian
Ia terdiri dari:
- Masker (Pelindung muka).
- Sarung tangan.
- baju jaket terbuat dari bahan yang kuat dan berwarna putih.
- Untuk pemain sabre atau poil, baju pemain diperbuat daripada logam.[8]
Pedang
Perlawanan yang digunakan pada peringkat Olimpik terdiri daripada tiga "nombor" yang dinamakan berdasarkan senjata yang digunapakai:
- Floret (foil): Pedang yang berbentuk langsing, lentur dan ringan, hujungnya datar atau bulat, tumpul dan berpegas. Bila ditusukkan dapat naik/turun, beratnya 500 gram. Pelindung tangan yang terdapat pada floret lebih kecil dibandingkan dengan Degen dan Sabel. hujungnya untuk menusuk dan bahagian bawah pedang untuk menangkis dan menekan.[8]
- Sabel (sabre): Pedang yang berbentuk segitiga dan sudutnya tidak tajam, seperti parang kecil, semakin keatas semakin pipih dan hujungnya ditekuk hingga tidak meruncing, beratnya 500 gram. Pelindungan penuh menutupi tangan sampai pangkal tangkai. Bahagian atas pedang untuk memarang dan bahagian bawah untuk menangkis, serta hujungnya untuk menusuk.[8]
- Degen (epée): Pedang berbentuk segitiga dan berparit, pada pangkalnya tebal dan samping ke hujung kecil, sedikit kaku. hujungnya datar dan berpegas dengan pelindung tangan besar, beratnya 750-770 gram. Bahagian bawah pedang untuk menangkis dan hujungnya untuk menusuk.[8]
Lapangan
Perlawanan biasanya dilakukan dalam ruangan tertutup, panjangnya 12 meter dan lebarnya 2 meter. Ditutupi linolium (gabus) dan dilengkapi peralatan elektronik untuk mengetahui terjadinya poin.[8]
Gelanggang yang digunakan dalam perlawanan tahap Olimpik pula seluas 14×1.5 meter. Kelengkapan para peserta dihubungkan dengan sistem penilaian elektronik yang akan memberikan suap balik (feedback) jika terkena tusukan lawan lalu pemain akan dinilai dan diberikan markah yang sepatutnya. Dalam setiap pertandingan digunakan sistem eleminasi langsung. Sebuah pasukan terdiri daripada 3 pemain dan masing-masing akan berlawan dengan anggota pasukan.[7]
Peraturan
Penalti
Setiap pengadil yang memimpin pertandingan boleh menjatuhkan hukuman pada atlet sekiranya pemain diperhatikan melakukan pelanggaran peraturan yang ditetapkan; kad kuning dilayang pada pelanggaran pertama, kad merah pada pelanggaran kedua, dan kad hitam pada pelanggaran ketiga atau pelanggaran tahap berat di mana peserta boleh diarahkan keluar dari pertandingan).[8]
Kelas
Jenis-jenis yang terdapat dalam sukan ini adalah seperti berikut:
- épée perseorangan
- épée berpasukan (atau tim)
- foil perseorangan
- foil berpasukan
- sabre perseorangan
- sabre berpasukan[7]
Rujukan
Pautan luar