1 Menurut perlembagaan, bahasa Malagasi adalah bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, bahasa Perancis digunapakai sebagai bahasa rasmi de facto.
Madagaskar (Malagasi: Madagasikaracode: mg is deprecated , Perancis: Madagascarcode: fr is deprecated ) atau nama rasminya Republik Madagaskar (Malagasi: Repoblikan'i Madagasikaracode: mg is deprecated , Perancis: République de Madagascarcode: fr is deprecated ) ialah sebuah negara kepulauan di Lautan India yang berhampiran dengan pantai timur Afrika. Pulau utama negara ini yang juga dinamakan "Madagaskar" merupakan pulau yang keempat terbesar di dunia dan menjadikan negara ini negara kepulauan kedua di dunia;[8] tempat tinggal semula jadi bagi 5% daripada spesies-spesiestumbuhan dan haiwan di dunia.
Ia merupakan antara negara kurang membangun di dunia.[9]
Orang-orang Ma'anyan dibawa sebagai buruh dan hamba oleh orang-orang peribumi Nusantara melalui kapal dagang mereka ke Madagaskar pada sekitar tahun 50-500 Masihi.[15][16][17] Etnik peribumi seperti Merina dan Betsileo di Madagascar adalah penutur bahasa Austronesia dengan fenotik yang hampir sama dengan penduduk Indonesia dan Filipina. Seiring dengan peningkatan perdagangan, masyarakat dari pantai timur Afrika bermigrasi ke pulau ini.
Penerokaan orang Eropah
Orang Eropah mula mengetahui berkenaan pulau ini pada pelayaran ArmadaIndiaPortugis diketuai Diogo Dias pada tahun 1500.[18] Mereka mendirikan petempatan di Matatana selatan pulau tersebut pada 1613 atas kebenaran Gabenor Jeronimo de Azevedo, ia berkembang menjadi satu perkampungan yang lengkap.[19]
Pada ketika ini juga, Marco Polo telah menamakan pulau ini dalam catatan penjelajahan beliau (nama asal ditulis Madageiscar) hasil kekeliruan dengan Mogadishu, sebuah pelabuhan utama yang terletak jauh di tanah Somali[20] lalu dimasyhurkan dalam penulisan yang berikutan di Eropah semasa Zaman Pertengahan.[21]
Madagaskar merupakan negara ke-46 terbesar di dunia dan pulau keempat terbesar di dunia dengan keluasan wilayah 592.800 kilometer persegi. Pulau utama negara ini terletak di antara garis lintang 12 °LS dan 26 ° LS, dan 43 ° BT dan 51 °BT, ia berjiran dengan Réunionmilik Perancis dan negara Mauritius di sebelah timur, serta Comoros dan Mayotte di barat laut. Negara yang terdekat adalah Mozambique yang terletak di sebelah pantai tenggara benua Afrika.
Pecahnya benua prasejarah Gondwana memisahkan Madagaskar-Antartika-India dengan daratan Afrika-Amerika Selatan sekitar 135 juta tahun yang lalu. Madagaskar kemudian memisahkan diri dari subbenua India sekitar 88 juta tahun yang lalu, sehingga tanaman dan haiwan di pulau ini berevolusi dalam keadaan yang terasing. Daerah pantai timur pulau merupakan lereng sempit dan curam yang bercirikan hutan tropika.
Tanah tinggi di tengah pulau memiliki ketinggian 750 sehingga 1500 m (2460 sehingga 4920 kaki) di atas paras laut. Menurut sejarah, wilayah ini merupakan pusat kebudayaan suku Merina di kota Ambohimanga dan juga pusat kerajaan Imerina yang pernah didirikan pada abad ke-18 oleh Andrianampoinimerina. Wilayah ini juga merupakan wilayah yang paling padat penduduknya di pulau ini kerana ibu kota Antananarivo terletak di wilayah ini. Daerah ini bercirikan sawah bertingkat untuk menanam padi yang terletak di antara bukit-bukit berumput dan bekas bekas hutan lembap yang pada zaman prasejarah menutupi dataran tinggi. Kawasan dataran tinggi sebelah barat merupakan tanah gersang yang secara menuruni ke Selat Mozambique dan paya rawa yang ditumbuhi bakau terdapat di sepanjang pantai.
Puncak tertinggi Madagaskar adalah puncak Maromokotro dengan ketinggian 2876 m (9436 kaki) di pergunungan Tsaratanana diikuti oleh Puncak Bobby dengan ketinggian 2658 m (8720 kaki) di pergunungan Andringitra, dan Tsiafajavona 2643 m (8671 kaki) di pergunungan Ankaratra.
Flora dan fauna
80% daripada spesies ini adalah unik di dunia ini. Antara contoh kepelbagaian biologi di Masdagaskar yang paling ketara ialah:
Madagaskar pada dahulunya dibahagikan pentadbiran menjadi 6 daerah (faritany mizakatena) utama yang berkuasa secara autonomi. Penggubalan perlembagaan yang baharu pada 2004 merombakkan pembahagian ini menjadi 22 daerah (faritra) yang baharu.[22]
Pada tahun 2018, penduduk Madagaskar dianggarkan pada 26 juta orang, meningkat daripada 2.2 juta pada tahun 1900.[25] Tahap pertumbuhan penduduk tahunan di Madagaskar adalah sekitar 2.9 peratus pada tahun 2009.
Bahasa Malagasi berasal dari rumpun bahasa Melayu-Polinesia dan ditutur di seluruh pulau. Dialek bahasa Malagasi, dapat dikelompokkan dalam dua kumpulan: Malagasi Timur yang ditutur di kawasan perhutanan di timur pulau dan dataran tinggi termasuk dialek Merina di Antananarivo, dan Malagasi Barat, yang dituturkan di seberang pesisir barat pulau.
Taburan kepercayaan agama dalam kalangan masyarakat Madagaskar adalah pebagai. Menurut Pew Research Center (2010), 85% penduduk mengikuti ajaran Kristian, dan 4.5% pula menuruti kepercayaan tradisi.[26] Berdasarkan maklumat oleh pihak Amerika pada 2011 pula, 52% penduduk Madagaskar menuruti kepercayaan tradisi, dan 41% penduduk pula beragama Kristian.[18]
^Matthew E. Hules, et al (2005). The Dual Origin of the Malagasy in Island Southeast Asia and East Africa: Evidence from Maternal and Paternal Lineages. American Journal of Human Genetics, 76:894-901, 2005.
^Otto Chr. Dahl, Malgache et Maanjan: une comparaison linguistique, Egede-Instituttet Avhandlinger, no. 3 (Oslo: Egede-Instituttet, 1951), p. 13.
^There are also some Sulawesi loanwords, which Adelaar attributes to contact prior to the migration to Madagascar: See K. Alexander Adelaar, “The Indonesian Migrations to Madagascar: Making Sense of the Multidisciplinary Evidence”, in Truman Simanjuntak, Ingrid Harriet Eileen Pojoh and Muhammad Hisyam (eds.), Austronesian Diaspora and the Ethnogeneses of People in Indonesian Archipelago, (Jakarta: Indonesian Institute of Sciences, 2006), pp. 8–9.
^Dewar, Robert E.; Wright, Henry T. (1993). "The culture history of Madagascar". Journal of World Prehistory. 7 (4): 417–466. doi:10.1007/bf00997802. hdl:2027.42/45256.
^Burney DA, Burney LP, Godfrey LR, Jungers WL, Goodman SM, Wright HT, Jull AJ (August 2004). "A chronology for late prehistoric Madagascar". Journal of Human Evolution. 47 (1–2): 25–63. doi:10.1016/j.jhevol.2004.05.005. PMID15288523.
^Kumar, Ann (2012). 'Dominion Over Palm and Pine: Early Indonesia’s Maritime Reach', di Geoff Wade (ed.), Anthony Reid and the Study of the Southeast Asian Past (Singapore: Institute of Southeast Asian Studies), 101–122.
^ abBureau of African Affairs (3 May 2011). "Background Note: Madagascar". U.S. Department of State. Dicapai pada 24 August 2011.