Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

McDonald's

McDonald's
Dinamakan sempenaRichard dan Maurice McDonald Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahAwam (NYSE:MCD)
ISINUS5801351017 Sunting ini di Wikidata
IndustriRestoran
Ditubuhkan15 Mei 1940 di San Bernardino, California;
McDonald's Corporation, 1955 di Des Plaines, Illinois
PengasasRichard dan Maurice McDonald, pencipta konsep restoran McDonald's;
Ray Kroc, pengasas McDonald's Corporation.
Ibu pejabatOak Brook, Illinois, Amerika Syarikat
Bilangan lokasi 41,822 buah restoran (2023)
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia (114 buah negara)
Tokoh pentingJames A. Skinner
Naib Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif
KeluaranMakanan segera
(hamburger • ayam • kentang goreng • minuman ringan • kopi • milkshake • salad • pencuci mulut • sarapan)
Hasil US$ 25.49 bilion (2023)[1]
Pendapatan kendalian US$ 11.745 bilion (2023)[1]
Pendapatan bersih US$ 8.468 bilion (2023)[1]
ModalUS$ 2.5 - 2.7 bilion (2024)[2]
Jumlah aset US$ 56.14 bilion (2023)
Jumlah ekuiti US$ -4.71 bilion (2023)
PemilikThe Vanguard Group, BlackRock, State Street Corporation Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan150,000 (2023)
PembahagianMcCafé Sunting ini di Wikidata
Anak syarikatMcDonald's Kanada
Tapak webwww.mcdonalds.com Sunting ini di Wikidata
IMDB: co0057113 Facebook: mcdonalds Twitter: mcdonalds Instagram: mcdonalds LinkedIn: 2677 Snapchat: mcdonalds Youtube: UCRI5ZedBs0_BYY4PlxD6m7w Pinterest: mcdonalds TikTok: mcdonalds Flickr: 47242818@N02 Souncloud: mcdonalds-deutschland Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Perbadanan McDonald's (NYSE:MCD), juga Mekdi, merupakan rangkaian restoran makanan segera yang terbesar di dunia yang memberi layanan kepada lebih 46 juta orang pelanggan setiap hari.

Sejarah

Syarikat ini dimulakan pada tahun 1940 dengan sebuah restoran yang dibuka oleh adik-beradik Richard dan Maurice McDonald. "Sistem Perkhidmatan Speedee" mereka pada tahun 1948 yang membentuk asas prinsip-prinsip restoran makanan segera ini. Bagaimanapun, McDonald's pada masa ini mengisytiharkan tarikh penubuhannya sebagai tarikh pembukaan restoran francais pertama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ray Kroc pada tahun 1955. Sebenarnya, restoran Ray Kroc ini merupakan restoran kesembilan bagi McDonald's.

McDonalds Golden Arches, USA

Korporat

Jenama McDonald's boleh didapati di 114 buah negara di seluruh dunia dan lebih 70% daripadanya dimiliki dan dikendali oleh usahawan-usahawan tempatan yang bebas.

Tambahan pula, syarikat itu menjalankan jenama-jenama restoran yang lain, seperti Aroma Café, Boston Market, Chipotle Mexican Grill, serta mempunyai hak milik minoriti di Pret a Manger. Sehingga Disember 2003, ia juga memiliki Donatos Pizza. McDonald's juga memiliki sebuah anak syarikat, Redbox, yang bermula pada 2003 sebagai kedai mudah beli 18-kaki lebar automatik, tetapi sejak 2005 menumpukan kepada mesin sewaan DVD.

Kebanyakan restoran berasingan McDonald's menyediakan perkhidmatan kaunter serta pandu lalu, dengan tempat duduk dalam dan luar. Perkhidmatan pandu lalu mempunyai nama yang berlainan di pelbagai negara, umpamanya Pandu-Lalu atau Drive-Thru, Auto-Mac, atau McDrive, dan seringnya menyediakan tempat yang berasingan untuk menempah, membayar dan menerima makanan, walaupun kedua-dua langkah yang terakhir itu sering digabungkan. Sebahagian restoran McDrive yang berhampiran dengan lebuh raya tidak menyediakan perkhidmatan kaunter ataupun tempat duduk. Sebaliknya, restoran di kawasan bandar yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seringnya tidak memberikan perkhidmatan pandu lalu. Terdapat juga beberapa restoran yang terletak di kawasan pusat bandar yang menyediakan perkhidmatan Jalan Lalu (Walk-Thru).

Terdapat juga restoran-restoran yang bertemakan khas, seperti Rock-and-Roll McDonald's yang bertema tahun 1950-an. Beberapa restoran di kawasan sub-bandar dan seseparuh bandar raya membekalkan taman permainan dalam ataupun luar yang digelarkan McDonald's PlayPlace atau Playland. Taman-taman ini dicipta pada 1970-an dan 1980-an untuk Amerika Syarikat, tetapi kemudiannya disediakan secara antarabangsa.

Model perniagaan Perbadanan McDonald's berbeza sedikit dengan kebanyakan rangkaian makanan segera. Selain daripada yuran francais, bekalan, dan komisen jualan, McDonald's juga mengutip sewa yang sebahagiannya terkait kepada hasil jualan. Sebagai syarat perjanjian francais, Perbadanan McDonald's memiliki harta tanah kebanyakan francaisnya. Bagaimanapun di United Kingdom, model perniagaan ini tidak sejajar dengan model antarabangsa, dengan kurang daripada 30% restoran difrancais dan majoritinya masih merupakan hak milik syarikat.

McDonald's melatih pembeli-pembeli serta bakal pengurus-pengurus francaisnya di universiti sendiri. Universiti McDonald's yang pertama terletak di Oak Brook, Illinois, iaitu di bandar yang sama dengan ibu pejabatnya. Sekolah latihan Hamburger University juga telah ditubuhkan.

Menurut buku Fast Food Nation (2001) oleh Eric Schlosser, hampir satu pekerja bagi setiap lapan pekerja di Amerika Syarikat pernah berkhidmat untuk McDonald's. Buku itu juga mengatakan bahawa McDonald's merupakan pengendali swasta yang terbesar untuk taman permainan di Amerika Syarikat, serta pembeli tunggal yang terbesar untuk daging lembu, babi, kentang dan epal.

Jenis restoran

Restoran McDonald's Pandu Lalu di Ampang Jaya, Selangor

Restoran McDonald's terawal bukannya sebuah restoran, tetapi merupakan gerai hamburger. Francais McDonald's yang awal dibina mengikut reka bentuk yang piawai tetapi membekalkan tempat duduk; sebahagian daripada alasannya adalah untuk mengelakkan pelanggan-pelanggan berdiri. Bagaimanapun, keperluan untuk tempat duduk adalah jelas sejak mulanya, dan syarikat menggantikan reka bentuknya kepada corak restoran bertempat duduk pada tahun 1967. Pada hari ini, restoran yang berasingan masih berdasarkan reka bentuk ini. Selepas pesaing Wendy's memperkenalkan konsep Pandu Lalu, McDonald's berbuat demikian juga pada tahun 1975, dan secara pantas, menambahkan kemudahan ini kepada sebahagian besar restoran-restorannya.

Betapa baiknya reka bentuk piawai dalam mempopularkan McDonald's dan menjadikan restoran-restorannya dapat dikenali dengan serentak, reka bentuk piawai tidak sesuai bagi setiap restoran. Syarikat ini sering menghadapi kempen yang mendakwa bahawa McDonald's mengancam sekitarnya, khususnya di tempat bersejarah. Mungkinnya sebagai usaha untuk menggalakkan negara-negara Eropah supaya menerima konsepnya, McDonald's kedua di Itali yang membuka pada tahun 1986 berhampiran Tangga Sepanyol di Rom, telah dibina dengan reka bentuk yang kini dianggapi sebagai restoran McDonald's yang termewah. Ia mempunyai air pancut di dalam restoran serta dinding dan lantai marmar. Restoran yang lain di tempat yang serupa sensitif mempunyai dekor yang berpadu dengan seni bina sekitar.

McCafé

McCafé menggunakan konsep restoran yang berbentuk bistro dan merupakan usaha Perbadanan McDonald's untuk memperoleh sebahagian pasaran dalam sektor kopi gourmet yang amat popular semata-mata untuk mengelakkan kerugian bahagian pasarannya kepada syarikat-syarikat seperti Starbucks. Dengan kerusi dan sofa berkulit asli, dan meja gaya bistro, suasananya serupa dengan kedai kopi yang moden. Pelanggan yang makan di dalam restoran menggunakan piring tembikar dan kutleri bertangkai kekuli tahan karat, berbanding dulang plastik dan pembalut kertas.

Menunya memberi makanan bistro yang piawai, termasuknya sandwic panini, minuman kopi dan espreso, serta kek dan pastri. Kesemua makanan boleh dipesan untuk memgambil balik. Sebatian kopi sendiri dijual secara biasa ataupun dalam tin untuk dibru di rumah.

Konsep ini diperkenalkan di Australia pada tahun 1993 dan telah berjaya di beberapa negara, termasuk Brazil, Israel, Chile, Panama, New Zealand, Colombia, Perancis, Itali, Singapura, Filipina, dan baru-baru ini, Kanada. Terdapatnya 22 buah McCafé di Hong Kong sahaja. Konsep ini baru-baru diperkenalkan di Amerika Syarikat melalui McCafe pertama di Raleigh, Carolina Utara.

McDonald's Lampau

Kesan sejagat

Sebahagian pemerhati berpendapat bahawa kebanyakan daripada reka baru McDonald's telah menjadi biasa dan tidak lagi dianggap sebagai reka baru, dan syarikat itu harus diberikan penghargaan untuk meningkatkan taraf perkhidmatan dalam pasaran yang dimasukinya.

McDonald's Kosher di Buenos Aires, Argentina
McDonald's di Tokyo, Jepun

Sewaktu membuka cawangan di Hong Kong pada tahun 1975, McDonald's merupakan restoran pertama yang menyediakan bilik air yang sentiasa bersih. Oleh kerana itu, pelanggan mendesak taraf yang sama daripada restoran dan institusi yang lain. Dengan mempopularkan makanan restoran yang pantas, McDonald's telah membasmi atau mengurangkan perlakuan perbuatan pantang larang, umpamanya pantang larang makan sewaktu berjalan di Jepun. Dalam kebanyakan kes, McDonald's disambut dengan cepat, dan tidak dianggapi sebagai sebuah institusi yang asing.

Bahan pembungkusan dan bahan buangan yang dihasilkan oleh syarikat telah menimbulkan rasa bimbang terhadap orang ramai tentang kerosakan persekitaran, McDonald's memulakan projek bersama dengan Sahabat Alam (Friends of the Earth) untuk menghapuskan kegunaan bekas polistirena dan mengurangkan jumlah bahan-bahan buangan yang dihasilkan.

Lambang globalisasi

McDonald's telah menjadi lambang globalisasi, dan adakalanya dirujuk sebagai "Mcdonaldisasi" masyarakat. Majalah The Economist menggunakan "Indeks Big Mac" (harga untuk hamburger Big Mac) sebagai sukatan tidak rasmi untuk mengukur pariti kuasa beli antara mata wang negara-negara di dunia.

McDonald's masih merupakan sasaran untuk pembantah anti-globalisasi di seluruh dunia.

Mekdi

McDonald's di Malaysia

Pada 20 Ogos 2019, McDonald's Malaysia telah menukar papan tanda restoran cawangannya di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia kepada "Mekdi" hasil daripada singkatan yang biasa digunakan oleh seluruh dunia "McD".

Kritikan

McDonald's menghadapi pelbagai masalah. Sebahagian daripada ini adalah untuk bidang francais. Sebagai sebuah sistem francais yang terbesar dan terkenal di dunia, ia harus memperoleh keeratan dalaman melalui pengimbangan kepentingan pembeli francaisnya dengan kepentingan diri. Pada waktu yang sama, jangkauan sejagatnya serta barisan keluaran yang piawai dan tingkat perkhidmatannya telah menyebabkan McDonald's menjadi sasaran bantahan anti globalisasi. Sebagai sebuah syarikat makanan segera yang mempunyai profil yang tertinggi, ia sering disalahkan untuk kegemukan dan pembaziran bahan-bahan pembungkusan yang berlebih-lebihan. Langkah-langkah syarikat untuk melindungi reputasi dan tanda niaganya ada yang dianggap terlalu menindas.

Sebagai rangkaian restoran yang terbesar di dunia, McDonald's juga merupakan sasaran untuk kritikan luar. Walaupun francaisnya di luar negara biasanya dimiliki oleh usahawan tempatan dan menggunakan bahan-bahan makanan tempatan, McDonald's sering ditonjolkan sebagai lambang dominasi sumber ekonomi Amerika Syarikat. Terdapat banyak legenda di seluruh bandar mengenai syarikat ini dan makanannya. Ia sering juga mendapat sasaran tuntutan mahkamah di luar jangkaan.

McDonald's telah menjadi sasaran kritikan untuk tuduhan:

  • eksploitasi pekerja-pekerja di peringkat kemasukan;
  • penggunaan buruh yang bergaji rendah untuk menghasilkan mainan "hidangan gembira" (happy meal);
  • kerosakan ekologi yang disebabkan oleh pengeluaran pertanian dan pemprosesan perindustrian untuk produknya;
  • penjualan makanan yang tidak sihat;
  • penghasilan produk buangan pembungkusan;
  • pengiklanan yang bersifat mengeksploitasi (yang ditujukan khasnya kepada kanak-kanak, kelompok minoriti dan orang-orang yang berpendapatan rendah);
  • penyumbangan kepada penderitaan dan eksploitasi ternakan.
  • Kutipan untungnya diberikan kepada ibu pejabat McDonald's lantas dibahagikan untuk diberikan pada orang Yahudi di Palestin dan negara-negara senasibnya.

Kecenderungan bersejarah McDonald's untuk mempromosikan makanan berkalori tinggi seperti kentang goreng telah menyebabkannya memperolehi nama samaran "lengkung-lengkung berkanji".

Pada tahun 2004, filem dokumentari Morgan Spurlock bertajuk Super Size Me menghasilkan publisiti yang buruk untuk McDonald's, dengan tuduhan bahawa makanan McDonald's merupakan antara sebab yang utama kepada wabak kegemukan dalam masyarakat Amerika, serta telah gagal dalam memberikan maklumat pemakanan mengenai setiap kandungan makanannya kepada pelanggan. Selama 30 hari, Spurlock tidak makan apa-apa kecuali McDonald's (dan mengubahkan pesanannya kepada saiz besar jika ditanya). Selepas sebulan, Spurlock melaporkan kemurungan hati, disfungsi seksual, dan telah bertambah 24.5 paun (11.11 kg).

Selepas penayangan filem itu di Pesta Filem Sundance, tetapi sebelum penayangannya di pawagam, McDonald's menghentikan pilihan hidangan Saiz Super secara berperingkat-peringkat dan bermula menghidangkan beberapa pilihan yang lebih sihat. Syarikat itu juga memulakan amalan untuk meletakkan maklumat pemakanan bagi semua makanannya dalam huruf yang saiz taipnya kecil dan berwarna kelabu muda di sebelah belakang kertas dulang.

Banyak orang yang lain kemudian mengikut Spurlock untuk makan di McDonald's tanpa makanan yang lain selama sebulan tetapi mereka memilih makanan mereka dengan bijak (Spurlock makan setiap makanan dalam menu sekurang-kurang sekali, dan selalu bersetuju menggantikan kepada saiz yang besar jika ditanya oleh pekerja McDonald's, dan terus makan lagi selepas dia telah kenyang) dan bersenam lebih kerap, tanpa mengalami kesan yang buruk.

Tuntutan mahkamah

McDonald's juga dikritik tentang caranya memelihara imej dan hak cipta. Syarikat ini telah mengugut banyak perniagaan perkhidmatan makanan dengan tindakan mahkamah melainkan mereka menggugurkan Mc atau Mac daripada nama niaga mereka. Dalam satu kes yang patut diberi perhatian, McDonald's mendakwa seorang pemilik kedai kopi Scotland yang bernama "McDonald's", walaupun perniagaannya telah berlangsung melebihi satu abad dari satu keturunan ke satu keturunan.

Di Afrika Selatan, McDonald's terpaksa melawan undang-undang tanda dagangan negara itu yang menyatakan bahawa sebuah tanda dagangan yang telah didaftarkan harus digunakan dalam tempoh yang tertentu. Oleh sebab McDonald's tidak mematuhi syarat ini, sebuah syarikat tempatan mengumumkan rancangan untuk melancarkan rangkaian makanan segeranya dengan menggunakan nama McDonald's. Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Afrika Selatan kemudian memihak McDonald's.

Pada tahun 2003, satu keputusan oleh Pihak Berkuasa Piawai Pengiklanan UK memastikan bahawa McDonald's telah melanggari tata amalan ketika memaklumkan cara bagaimana kentang jejarinya disediakan. Sebuah iklan bercetak McDonald's menyatakan bahawa "selepas memilih kentang... kami mengupas, memotong dan menggorengnya, itu sahaja." Sebenarnya, kentang McDonald's dipotong, digoreng lebih dahulu, kekadang dengan penambahan dekstrosa, disejuk beku, dihantar dan kemudiannya digoreng semula serta ditambah dengan garam.

Lihat juga

  • Sejarah McDonald's
  • Butir menu McDonald's
  • Senarai negara yang mempunyai francais McDonald's
  • Kempen dan cogan kata televisyen McDonald's
  • Legenda bandar McDonald's
  • Tesis McDonaldisasi oleh George Ritzer
  • McMurder di San Ysidro, California
  • Don Gorske, seorang peminat McDonald's yang pernah makan melebihi 20,000 Big Mac hamburger
  • Burger King - pesaing McDonald's yang terbesar
  • Senarai promosi oleh McDonald's
  • Fast Food Nation oleh Eric Schlosser

Filem dokumentari mengenai McDonald's

  • Kemunculan dan evolusi perniagaan McDonald's di Jepun didokumenkan dalam filem Japan Project: Made in America oleh Terry Sanders.
  • Diet Morgan Spurlock yang terdiri hanya daripada makanan McDonald's selama 30 hari didokumenkan dalam filem Super Size Me.
  • McLibel (2005) (versi baru filem dokumentari Inggeris McLibel (1997) arahan Ken Loach dan Franny Armstrong) dari Spanner Films.

Multimedia

Pautan luar

Rujukan


Read other articles:

 Nota: Para outros significados, veja Sunnyvale. Coordenadas: 37° 22' 16 N 122° 2' 15 O Sunnyvale Localidade dos Estados Unidos Murphy Avenue Sunnyvale Localização de Sunnyvale na Califórnia Sunnyvale Localização de Sunnyvale nos Estados Unidos Dados gerais Incorporado em 24 de dezembro de 1912 (110 anos)[1] Prefeito Larry Klein Localização 37° 22' 16 N 122° 2' 15 O Condado Santa Clara Estado  Califórnia Tipo de localidade C...

 

Museo de Antonio Marco. Museo Belén y Casitas de Muñecas,UbicaciónPaís España EspañaComunidad Comunidad Valenciana Comunidad ValencianaProvincia AlicanteAlicanteLocalidad GuadalestTipo y coleccionesSuperficie Verano : de 10 a 21:00 h. Invierno: de 10 a 18:00 h.[editar datos en Wikidata] El museo de Antonio Marco. Museo Belén y Casitas de Muñecas sito en el municipio de Guadalest (Provincia de Alicante, España), es un museo de maquetas de casas e igl...

 

Maranao MëranawJumlah populasi1.354.542[1]1,47% dari total populasiDaerah dengan populasi signifikanBangsamoro, Semenanjung Zamboanga, Mindanao Utara, Soccsksargen, Manila, Cebu di  Filipina Sabah di  Malaysia Amerika Serikat  Arab Saudi[2] Timur TengahBahasaMaranao, Chavacano, Cebuano, Tagalog, Inggris, MelayuAgamaUmumnya IslamKelompok etnik terkaitIranun, Maguindanao, Sangir, TirurayLumad, Tausug, Bisaya, Melayusuku Moro lainnyasuku di Filipina lainnya,s...

Roe III Triplane Alliot Verdon Roe en la cabina de su Roe III Triplane en septiembre de 1910, durante su visita a los Estados Unidos. Tipo Avión experimentalFabricante AvroDiseñado por Alliott Verdon RoePrimer vuelo 24 de junio de 1910N.º construidos 6[editar datos en Wikidata] El Roe III Triplane fue uno de los primeros aviones diseñados por el constructor aeronáutico británico Avro. Diseño y desarrollo En configuración, era similar al Roe II Triplane, con cola triplano y f...

 

Вілла-д'АддаVilla d'Adda Комуна Країна  ІталіяРегіон ЛомбардіяПровінція БерґамоКод ISTAT 016238Поштові індекси 24030Телефонний код 035Координати 45°43′00″ пн. ш. 9°28′00″ сх. д. / 45.71667° пн. ш. 9.46667° сх. д. / 45.71667; 9.46667Координати: 45°43′00″ пн. ш. 9°28′00″...

 

For the yacht/social club in Hong Kong of the same name, see Middle Island, Hong Kong. Aberdeen Boat ClubLocation29 S Esplanade W, AberdeenCoordinates57°08′15″N 2°05′36″W / 57.1374°N 2.0932°W / 57.1374; -2.0932Home waterTidal, embanked, River Dee, AberdeenshireFounded1865AffiliationsScottish RowingWebsitewww.abc-dee.co.uk Aberdeen Boat Club is a rowing club on the River Dee, based at 29 S Esplanade W, Aberdeen.[1] The club is affiliated to Scottish ...

Zie Zuid-Holland (doorverwijspagina) voor andere betekenissen van Zuid-Holland. Zuid-Holland Provincie van Nederland (Details) (Details) Kaart: Provincie Zuid-Holland in Nederland Geografie Hoofdstad Den Haag Oppervlakte - Land- Water 3.307,86 km²2.700,07 km²607,79 km² Coördinaten 50° 0′ NB, 4° 30′ OL Bevolking Inwoners (eind 2022) 3.804.737 Bevolkingsdichtheid 1409 inw./km² Aantal gemeenten 50 Politiek Commissaris vande Koning (lijst) Jaap Smit (CDA)[1] Overige inf...

 

Karasuma Kyoko no JikenboSecond volume cover of Karasuma Kyoko no Jikenbo烏丸響子の事件簿(Karasuma Kyōko no Jikenbo)GenreDetective,[1] science fiction,[1][2] supernatural[3] MangaWritten byOji HiroiIllustrated byYūsuke KozakiPublished byGentoshaMagazineBStreetMonthly Comic BirzDemographicSeinenOriginal run2002 – February 29, 2012Volumes10 Karasuma Kyoko no Jikenbo (Japanese: 烏丸響子の事件簿, Hepburn: Karasuma Kyōko no Jikenb...

 

HOXD10 المعرفات الأسماء المستعارة HOXD10, HOX4, HOX4D, HOX4E, Hox-4.4, homeobox D10 معرفات خارجية الوراثة المندلية البشرية عبر الإنترنت 142984 MGI: MGI:96202 HomoloGene: 1619 GeneCards: 3236 علم الوجود الجيني الوظيفة الجزيئية • sequence-specific DNA binding• ربط دي إن إي• ‏GO:0001131، ‏GO:0001151، ‏GO:0001130، ‏GO:0001204 DNA-binding transcription factor activity• chr...

Halaman ini berisi artikel tentang grup musik. Untuk penggunaan lain, lihat Men at Work (disambiguasi). Men at WorkMen at Work tahun 1983Atas: John Rees; tengah: Jerry Speiser, Ron Strykert, Colin Hay; bawah: Greg HamInformasi latar belakangAsalMelbourne, Victoria, AustraliaGenreNew wave[1][2]pop rock[3][4]reggae rock[5]Tahun aktif1978 (1978)–1986 (1986), 1996 (1996)–2002 (2002)(reuni sesekali sampai 2012), 2019 (2019)–sek...

 

在イラク日本国大使館より 鈴木 光太郎(すずき こうたろう、1964年〈昭和39年〉5月3日 - )は、日本の外交官[1]。 人物 大阪府出身。昭和63年3月に東京大学教養学部教養学科中退後、外務省入省。在ジュネーブ国際機関日本政府代表部公使、在アラブ首長国連邦公使、在エジプト公使、駐イラク大使等を務め、令和4年9月より、在ボストン総領事。 略歴 昭和63年4月�...

 

1947 film by Kurt Neumann Tarzan and the HuntressPoster of Tarzan and the HuntressDirected byKurt NeumannWritten byJerry GruskinRowland LeighLeslie CharterisBased onCharacters createdby Edgar Rice BurroughsProduced bySol LesserKurt NeumannStarringJohnny WeissmullerBrenda JoyceJohnny SheffieldPatricia MorisonCinematographyArchie StoutEdited byMerrill G. WhiteMusic byPaul SawtellProductioncompanySol Lesser ProductionsDistributed byRKO Radio PicturesRelease date April 5, 1947 (194...

Ramón Cáceres, responsable de la firma de la Convención domínico-americana La Convención domínico-americana fue un acuerdo firmado entre el gobierno de la República Dominicana y de Estados Unidos en 1907, durante las presidencias de Ramón Cáceres y Theodore Roosevelt en los respectivos países. El convenio supuso el control total de las aduanas dominicanas por parte del gobierno estadounidense con el fin de pagar la deuda externa contraída durante los años anteriores por los mandat...

 

Karl X GustafLukisan Karl X Gustav karya Sébastien BourdonRaja SwediaAdipati Bremen dan VerdenBerkuasa6 Juni 1654 – 13 Februari 1660PendahuluKristinaPenerusKarl XIInformasi pribadiKelahiran(1622-11-08)8 November 1622Kastel Nyköping, SwediaKematian13 Februari 1660(1660-02-13) (umur 37)Gothenburg, SwediaPemakaman4 November 1660Gereja Riddarholmen, StockholmWangsaPfalz-ZweibrückenAyahJohann Kasimir, Pfalzgraf Zweibrücken-KleeburgIbuKatarina dari SwediaPasanganHedwig Eleonora dari Hols...

 

Swedish writer This article is an orphan, as no other articles link to it. Please introduce links to this page from related articles; try the Find link tool for suggestions. (May 2023) Anders HolmerBorn1977Occupation(s)visual artist, architect, writer Anders Holmer (born in 1977[1]) is a Swedish visual artist, architect, and children's books author. Holmer debuted in 2017 with the book Allting händer (Everything Happens). His second book, Regn (Rain), was nominated for the August Pri...

Sculpture in multiple castings by Pavlos Angelos Kougioumtzis NikeThe statue in front of the Royal Arsenal's Main Guardhouse in Woolwich, South East LondonArtistPavlos Angelos KougioumtzisTypeSculptureMediumBronzeSubjectNikeLocationOlympia, Greece; Atlanta; Beijing; Vancouver; London Nike is an abstract sculpture depicting Nike, the Greek goddess of victory, designed by Greek artist Pavlos Angelos Kougioumtzis.[1] Versions of the statue have been donated to every host city of the Olym...

 

Miss IndonesiaLogo Miss IndonesiaTanggal pendirian2005TipeKontes kecantikanKantor pusat JakartaLokasi IndonesiaJumlah anggota Miss World(2006-sekarang)Miss ASEAN (2005)Bahasa resmi IndonesiaInggrisChairwoman and FounderLiliana TanoesoedibjoTokoh pentingMartha TilaarWulan TilaarLina PriscillaSitus webwww.missindonesia.co.id Miss Papua Selatan adalah sebuah gelar yang didapat bagi perwakilan provinsi Papua Selatan di ajang Miss Indonesia, dan pemegang titel saat ini adalah Elisabeth Valent...

 

В Википедии есть статьи о других людях с фамилией Федорив. Роман Федоривукр. Рома́н Фе́дорів Дата рождения 1 декабря 1930(1930-12-01) Место рождения Братковцы, Польша Дата смерти 14 марта 2001(2001-03-14) (70 лет) Место смерти Львов, Украина Гражданство  СССР,  Украина Род деятельност�...

Air warfare branch of Jordan's military Royal Jordanian Air Forceسلاح الجو الملكي الأردنيSilāḥ ul-Jawu al-Malakī 'al-UrdunīRoyal Jordanian Air Force badgeFounded25 September 1955; 68 years ago (1955-09-25)Country JordanTypeAir forceRoleAerial warfareSize14,000 Active personnel[1]Part ofJordanian Armed ForcesHeadquartersAmmanEquipment231 aircraftCommandersCurrentcommanderBrigade General Mohammad Hyasat[2]InsigniaRoundelFin f...

 

Canadian casual dining restaurant chain For the architectural style, see Swiss chalet style. For the defunct American hotel chain, see Susse Chalet. Swiss ChaletA Swiss Chalet restaurant in MarkhamTypeSubsidiaryIndustryFood serviceFounded1954; 69 years ago (1954)HeadquartersToronto, OntarioKey peopleRick Mauran, Todd Barclay, Edgar Alvarez, Steven Greene, Michael Farley, Abhik BanerjiProductsRotisserie chickenCanadian cuisineParentRecipe UnlimitedWebsiteswisschalet.com Swiss...

 
Kembali kehalaman sebelumnya