PAL, singkatan untuk phase alternating line (terjemahan: "Garisan Bersilang Tingkat"), ialah satu sistem pengekodan warna yang digunakan dalam sistem penyiaran televisyen di kebanyakan tempat di dunia. Sistem televisyen analog lain yang juga dipakai ialah SECAM dan NTSC.
Sejarah piawaian PAL
Pada 1950-an, ketika negara-negara Eropah Barat bercadang untuk melancarkan televisyen warna, mereka menghadapi masalah bahawa piawaian NTSC Amerika yang sedia ada tidak mampu muat dalam frekuensi AC 50 Hz dalam grid-grid tenaga Eropah. Tambahan pula, NTSC memperlihatkan beberapa kelemahan, termasuk anjakan ton warna dalam keadaan pemancaran yang kurang sempurna, oleh sebab itulah bermulanya perkembangan piawaian SECAM dan PAL, dengan tujuan menawarkan piawaian TV warna dengan frekuensi gambar 50 medan sesaat (50 Hertz), dan menampilkan gambar warna yang lebih bermutu berbanding NTSC.
PAL dimajukan oleh Walter Bruch di Telefunken di Jerman. Format ini julung kali diperkenalkan pada tahun 1963, manakala penyiaran pertama bermula di United Kingdom dan Jerman pada tahun 1967.[1]
Telefunken kemudiannya dibeli oleh pengilang elektronik Perancis Thomson. Thomson juga membeli Compagnie Générale de Télévision yang mana Henri de France memajukan SECAM, iaitu piawaian televisyen warna Eropah yang pertama dalam sejarah. Pada masa ini, Thomson juga mempunyai pegangan atas jenama RCA, yang menghasilkan piawaian TV warna NTSC sebelum penglibatan Thomson.
Istilah "PAL" sering digunakan secara tidak formal untuk memaksudkan sistem televisyen 625-line/50 Hz (576i, terutamanya Eropah), dan membezakannya daripada sistem "NTSC" 525-line/60 Hz (480i, terutamanya Amerika Utara/Amerika Tengah/Jepun). Oleh sebab itu, DVD turut dilabelkan sebagai "PAL" atau "NTSC" (secara tidak formalnya menyentuh kiraan garis dan kadar frem) meskipun secara teknikal, cakera-cakera Eropah tidak ada warna komposit PAL. Manakala itu, NTSC ada menyatakan format garis video dan frem.
Negara-negara dan wilayah-wilayah yang menggunakan PAL
Lebih 120 negara dan wilayah kini atau pernah menggunakan sistem PAL, kebanyakannya sedang beralih ke DVB-T.
Republik Rakyat China (termasuk Hong Kong dan Makau; untuk Hong Kong, penyiaran PAL akan diberhentikan pada tahun 2012, penyiaran serentak dalam DVB-T)
Croatia (Penyiaran PAL akan diberhentikan pada tanggal 1 Januari 2011; sedang beralih ke DVB-T)
^Piawaian yang mendefinisikan sistem PAL diterbit oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa pada tahun 1998 dan diberi judul Recommendation ITU-R BT.470-6, Conventional Television Systems