Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Makau

Makau
澳門
Kerajaan Ekonomi Khas Makau
Nama rasmi lain
  • Bahasa Cina:中華人民共和國澳門特別行政區
    Perumian Yale Bahasa Kantonis:Jūng'wàh Yàhnmàhn Guhng'wòhgwok Oumún Dahkbiht Hàhngjingkēui
    Bahasa Portugis:Região Administrativa Especial de Macau da República Popular da China
    Bahasa Inggeris:Macau Special Administrative Region of the People's Republic of China
Location of Macau within China
Lokasi Makau dalam China
Negara berdaulatChina
Pajakan Portugis1557
Perjanjian Peking1 Disember 1887
Pengisytiharan Bersama China-Portugis26 Mac 1987
Penyerahan kepada China20 Disember 1999
Kariah terbesarNossa Senhora de Fátima (mengikut bilangan penduduk)
Bahasa rasmi
Kelompok etnik
(2016)
88.4% Orang Cina Han
4.6% Orang Filipina
2.4% Orang Vietnam
1.7% Orang Portugis
2.8% lain[3]
Kerajaan/PemerintahPemerintah yang diketuai oleh badan eksekutif yang diturunkan kuasa dalam sebuah negara satu parti kesatuan[4]
Ho Iat Seng
André Cheong Weng Chon
Kou Hoi In
Sam Hou Fai
Badan perundanganDewan Undangan
Perwakilan kebangsaan
12 wakil
29 wakil[5]
Keluasan
• Jumlah
115.3 km2 (44.5 bt2)
• Air (%)
73.7
Aras tertinggi172.4 m (565.6 ft)
Penduduk
• Anggaran 2022
672,800
• Kepadatan
20,300/km2 (52,576.8/sq mi) (ke-1)
KDNK (PKB)Anggaran 2023 
• Jumlah
$69.565 billion[6] (ke-115)
• Per kapita
$98,157[6] (ke-9)
KDNK (nominal)Anggaran 2023 
• Jumlah
$38.480 billion[6] (ke-100)
• Per kapita
$54,295[6] (ke-23)
Gini (2018)36.0[7]
sederhana
IPM (2019) 0.922[c]
sangat tinggi · ke-17
Mata WangPataca Makau (MOP)
Zon waktuUTC+08:00 (Waktu Piawai Makau)
Format tarikhhh/bb/tttt
tttt年bb月hh日
Bekalan elektrik sesalur220 V–50 Hz
Arah memandukiri
Kod panggilan+853
Kod ISO 3166
DPT Internet
Awalan plat nomborTiada untuk kenderaan setempat, 粤Z untuk kenderaan rentas sempadan
Makau
Nama Bahasa Cina
Tulisan Cina Tradisional澳門
Tulisan Cina Ringkas澳门
Maksud harfiahGerbang Teluk
Kawasan Pentadbiran Khas Makau
Tulisan Cina Tradisional澳門特別行政區 (atau 澳門特區)
Tulisan Cina Ringkas澳门特别行政区 (atau 澳门特区)
Portugis
PortugisRegião Administrativa Especial de Macau
[ʁɨʒiˈɐ̃w ɐdminiʃtɾɐˈtivɐ (ɨ)ʃpɨsiˈal dɨ mɐˈkaw]

Koordinat: 22°10′00″N, 113°33′00″E

Makau[9] (Jawi: ماكاو ejaan lama ماكو‎; Cina tradisional: 澳門, Pinyin: Àomén Jyutping: Ou3mun2; Portugis: Macau) atau nama rasminya Kawasan Pentadbiran Khas Wilayah Makau (Tulisan Cina Tradisi: 中華人民共和國澳門特別行政區; Tulisan Cina Mudah: 中华人民共和国澳门特别行政区; lihat nama) merupakan suatu wilayah kecil di selatan China yang merupakan salah satu daripada dua Kawasan Pentadbiran Khas selain Hong Kong. Ditadbir oleh Portugal sehingga tahun 1999, ia merupakan koloni Eropah yang tertua di China dan diasaskan pada abad ke-16. Hak memerintah Makau telah dipindah milik ke Republik Rakyat China pada tahun 1999. Makau memainkan peranan unik sebagai penghubung antara China dan Barat terutama dalam hal-ehwal perdagangan pada pertengahan abad ke-16 sehingga abad ke-19.

Penduduk Makau menggunakan bahasa Kantonis, Mandarin, Portugis dan Inggeris untuk berkomunikasi. Orang Makau merujuk kepada penduduk tetap wilayah ini, akan tetapi secara khusus merujuk kepada etnik campuran Portugis dan Han.

Tarikan Makau selain daripada statusnya sebagai bekas wilayah jajahan Portugis adalah aktiviti perjudian dan kasino. Permainan perjudian yang paling popular merupakan permainan Pai Gow yang dimain dengan domino China meskipun aktiviti perjudian yang lain juga sah di sisi undang-undang. Pejudi-pejudi dari Hong Kong seringkali melawat Makau untuk berjudi sepanjang hari dengan perkhidmatan feri daripada syarikat hidrofoil yang berkhidmat selama 24 jam setiap hari. Orang Cina Malaysia yang kaya juga seringkali ke Makau untuk berjudi.

Nama

Nama "Makau" dipercayai berasal daripada Templo de A-Má (Tokong A-Ma) (媽閣廟, Jyutping Kantonis: Maa1 Gok3 Miu6, dialek local: Maa5 Gok3 Miu6 or Maa5 Gok3 Miu5), suatu bangunan tugu peringatan yang dibina pada tahun 1448 yang didedikasi kepada tuhan Matsu. Bangunan ini masih wujud pada hari ini. Nama China Aomen 澳門 (pinyin: Àomén, Jyutping Kantonis: Ou3 Mun4) bermaksud 'pintu masuk'. 'Pintu' ini merujuk kepada dua gunung yang berbentukkan pagar, iaitu gunung Nantai (南台) dan Beitai (北台). Secara alternatif, Ao berasal daripada nama lama Heung San O, kerana daripada segi geografinya terletak 'di persimpangan pintu'. Makau juga dikenali sebagai Ho King O (壕鏡澳; pinyin: Haojing'ao; "Cermin Kerang Laut Di Dalam"), Heung San O (香山澳; Xiangshan'ao; "Gunung Wangi Di Dalam"), Lin Do (蓮島; Liandao; "Pulau Lotus"), dan "Pelabuhan Soda Berkarbonat" (疏打埠).

Sementara Àomén/Ou3 Mun4 adalah nama China yang tradisional bagi kawasan ini, ia menjadi suatu kebiasaan dikalangan orang China yang menetap disitu menggunakan nama Portugis meskipun dalam dialek Kantonis dengan menyebutnya sebagai Maa3 Gaau1 (sistem rumi Jyutping), yang secara langsung menjadikan ia ditulis sebagai 馬交 dalam tulisan China.

"Macao" merupakan ejaan asal Portugis, dan terus digunakan dalam kebanyakan bahasa Eropah. Dalam bahasa Portugis Moden (berlainan dengan bahasa Portugis tradisi yang dipercakapkan oleh orang Makau dan juga Portugis Kristang di Melaka, Malaysia), ejaan yang betul merupakan "Makau". Pada pertengahan abad ke-20, nama "Macau" lebih kerap muncul dalam media-media Inggeris. Akan tetapi, namanya yang rasmi dalam bahasa Inggeris tetap merupakan "Macao". Dalam bahasa Melayu pula, nama "Makau" diambil daripada bahasa Portugis.

Kerajaan Makau menggunakan nama "Macao" dalam bahasa Inggeris manakala "Macau" merupakan ejaan Portugis dan "Makau" merupakan ejaan Melayu. Inilah nama yang digunakan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti pasport dan borang imigresen.

Nama pinyin Aomen kadangkala digunakan dalam bahasa Melayu untuk merujuk kepada Makau, seperti ia merupakan ejaan rasmi Makau dalam bahasa Melayu. Ini adalah salah di sisi peraturan alih bahasa DBP dan "Makau" tetap merupakan nama rasmi kawasan ini dalam bahasa Melayu.

Sejarah

Makau diduduki Portugis pada tahun 1557, tidak lama selepas menawan Melaka pada tahun 1511 dan Timor Timur selepasnya. Bermula pada tahun 1670, Portugal menyewa kawasan ini daripada maharaja China. Tiada pindah hak milik pada masa itu. Makau berkembang sebagai pelabuhan perdagangan antara Portugis dan China dan cuba dikuasai Belanda secara berkali-kali pada abad ke 17.

Selepas Rumah Braganza menawan semula Portugal daripada tangan Pemerintah Sepanyol Habsburgs pada tahun 1640, Makau dinobat sebagai Cidade do (Santo) Nome de Deus de Macau, Não há outra mais Leal atau Bandar yang mempunyai Nama Tuhan Makau, tiada lagi yang lebih setia.

Motto "Tiada lagi yang lebih setia" diberi sempena membalas budi baik Makau yang tetap setia kepada pemerintahan Raja Portugal dan tidak mengiktiraf pemerintahan Sepanyol yang sebelum itu berjaya menawan dan menanluki Portugal. Secara realitinya pemerintah Hasburgs bukannya boleh mengubah keadaan ini pun kerana ia pada masa itu sibuk menghadapi peperangan-peperangan di Eropah. Tambahan pula, kegagalan Belanda menguasai Makau membuktikan bahawa Makau bukanlah bandar yang mudah ditumpaskan.

Dengan Hong Kong diambil oleh British dan dijadikan Jajahan Mahkota, status Makau sebagai pusat perdagangan serantau beransur-ansur luput kerana kapal-kapal lebih menyukai pelabuhan Victoria di Hong Kong yang lebih dalam. Pada tahun 1849, Portugal bertindak sendiri mengistiharkan Makau sebagai bebas daripada China. Akan tetapi kerajaan China yang menghadapi tekanan politik dalaman terpaksa mengiktiraf tindakan ini pada tahun 1887.

Pada tahun 1955, rejim Salazar di Portugal yang menumpaskan pemerintahan monarki di negara itu mengisytiharkan Makau bersama dengan jajahan lain Portugal sebagai 'provinsi seberang laut' Portugal.

Walaupun budaya orang Makau merupakan budaya campuran Portugis dan China, ini tidak selalunya menjadi secara amannya, Rakyat China di Makau cuba untuk mendirikan identitinya sendiri untuk menentang pemerintahan Portugal.

Pada tahun 1966, penduduk cuba mendapatkan lesen untuk mendirikan sekolah swasta di Taipa, satu daripada dua pulau yang merupakan sebahagian daripada wilayah Makau. Selepas cubaan mendapat lesen ini gagal berkali-kali, mereka terus melanggar undang-undang dan mula membina sekolah itu. Pada tarikh 15 November 1966, polis Portugis menahan pentadbir sekolah dan memukul para pembina, penduduk awam, dan pemberita-pemberita akhbar. Sejerus selepas itu, rakyat mengadakan tunjuk perasaan di depan rumah Gabenor akan tetapi pada 3 Disember kerajaan mengarahkan mereka ditangkap. Ini menaikkan kemarahan rakyat dan lebih ramai lagi penduduk datang untuk menghadiri demonstrasi. Kerajaan Portugis menghantar polis dan mengistiharkan darurat. Demonstrasi ini menyebabkan 11 orang mati dan 200 cedera.

Untuk menentang secara aman, penduduk China mengadakan "tiga tidak", tidak kepada cukai, tidak kepada perkhidmatan, dan tidak kepada menjual barangan kepada Portugis. Mereka berjaya dan pada 29 Januari 1967 kerajaan Portugis meminta maaf. Ini menandakan bermulanya layanan sama rata terhadap semua dan pengakuan pemerintahan de facto China ke atas kawasan Makau.

Selepas pergelutan kuasa di Portugal berakhir pada tahun 1974, kerajaan Portugal menjadi demokrasi dan mahu melepaskan kesemua kawasan tahlukannya di seberang laut. Akan tetapi Republik Rakyat China tidak mahukan penyatuan semula Makau dengan China dalam masa yang singkat. Pada tahun 1976, Lisbon bersetuju menjadikan Makau sebagai Kawasan Istimewa dan menberikan ia kebebasan politik dan ekonomi. Portugal dan Republik Rakyat China bersetuju merujuk kepada Makau sebagai kawasan yang dimiliki China tetapi diperintah sahaja oleh Portugis. Perjanjian pada tahun 1985 memjanjikan pemulangan Hong Kong kepada China, dan perjanjian pemulangan Makau turut ditandatangani pada tahun 1987 dengan status Makau sebagai Kawasan Pentadbiran Khas RRC (Republik Rakyat China). Kawasan Pentadbiran Istimewa Wilayah Makau direalisasi pada tarikh 20 Disember 1999.

Makau dan Hong Kong adalah kawasan pentadbiran khas selepas pulang ke pangkuan China. Makau mempunyai matawang sendiri yang dikenali sebagai Pataca, dewan perundangan tersendiri dan kerajaan sendiri yang diketuai oleh seorang Ketua Eksekutif. Dari bidang politik, Makau dan Hong Kong juga berbeza. Masyarakat Kantonis di Makau tidak begitu agresif seperti di Hong Kong dalam membantah atau mengkritik pemerintahan China. Pembolehubah yang boleh dikenali kerana Makau dijajah oleh Portugis manakala Hong Kong dijajah oleh British. Portugis bukan penjajah yang cekap, British membangunkan Hong Kong menjadi salah satu Tiger Economies bersama-sama Korea Selatan, Taiwan dan Singapura pada era 70-an. Makau di bawah Portugis tidaklah semaju seperti tiga negara tersebut. Makau hanya berkembang dalam sektor pelancongan dan perjudian sahaja. Budaya Portugal sendiri tidak cukup berprestij untuk membuatkan masyarakat di Makau seperti rindu di zaman Portugis, walaupun Bahasa Portugis masih bertaraf bahasa rasmi di sana.

Kerajaan dan politik

pengurus besar dipilih oleh kerajaan Republik Rakyat China selepas melalui komiti pilihanraya, yang ahlinya dicadangkan badan koperat. Pengurus besar berdepan kabinet, Majlis Eksekutif, yang terdiri daripada 7 ke 11 ahli, yang dipenuhi wakil badan koperat. Edmund Ho, ahli perbankan dan satu pemimpin komuniti, merupakan orang pertama pilihan China untuk menjawat jawatan Pengurus Besar, mengantikan Gabenor General Rocha Vieira pada 20 Disember 1999.

Badan perwakilan kawasan ini merupakan Dewan Undangan, yang mempunyai 23 ahli. 10 daripadanya daripada pilihanraya langsung, 10 mewakili kawasan berfungsikan konstituensi, dan tujuh dilantik Pengurus Besar. Badan perwakilan ditugaskan merangka undang-undang, dan mempunyai kuasa membatalkan Pengurus Besar yang sedang bertugas. Ia juga mempunyai kuasa meggubal cara suksessornya dilantik selepas tahun 2009.

Sistem kehakiman secara amnya diteraskan Sistem Kehakiman Portugis. Kawasan ini mempunyai badan kehakiman sendiri dengan mahkamah tertingginya dinamai Mahkamah Rayuan Terakhir (CFA), yang merupakan tempat terakhir merayu kes-kes mahkamah. Hakim dilantik oleh suatu komiti dan Pengurus Besar.

Divisi Pentadbiran di dalam Makau

Subdivisi

Secara pentadbirannya, Makau mempuyai dua divisi:

Walaupun "Daerah Utara", secara amnya, merujuk kepada keseluruhan semenanjung Makau, sesetengah penduduk Makau menggunakan nama "Daerah Utara" dengan makna yang lebih sempit. Ia merujuk kepada bahagian utara semenanjung Makau dan jirannya bandar Zhuhai di tanah besar China. Dalam pada ini, penduduk berulang-alik dari tanah besar ke Makau dengan melalui daerah utara.


Geografi

Makau terletak 70 km di baratdaya Hong Kong dan 145 km selatan bandar Guangzhou di provinsi Guangdong. Ia meliputi semenanjung, dan kepulauan Taipa dan Coloane.

Semenanjung terbentuk dari Zhujiang (Sungai Mutiara) estuari di bahagian timur dan Xijiang (Sungai Barat) di bahagian barat. Ia bersempadan dengan bandar Zon Khas Ekonomi Zhuhai di tanah besar China.

Makau mempunyai tanah yang rata hasil pengambilan semula tanah daripada laut akan tetapi bukit-bukitnya menandakan kawasan yang semulajadi dahulukala. Semenanjung Makau pada mulanya merupakan suatu pulau tetapi dihubungkan dengan suatu bar pasir yang menjadi suatu isthmus yang sempit. Pengambilan semula tanah daripada laut yang bermula pada abad ke 17 menjadikan Makau suatu semenanjung.

Dengan penbangunan yang mendadak, Makau tidak lagi mempunyai kawasan yang sesuai untuk aktiviti pertanian. Tiada lagi kawasan yang berpaya, hutan mahupun kawasan berkayu. Disebabkan masalah ini, penduduk Makau kini terpaksa mencari rezeki di lautan.

Ekonomi

Makau

Ekonomi Makau secara besarnya didasarkan pelancongan, termasuk perjudian, tekstil dan bunga api. Membuat tekstil dan bunga api merupakan sumber ekonomi kedua selepas perjudian. Usaha untuk mempelbagaikan sumber ekonomi mewujudkan beberapa industri lain seperti membuat alat permainan, bunga plastik, dan alatan elektrik. Industri membuat baju menyumbang sebanyak 3/4 eksport, dan sektor perjudian menyumbang sebanyak 40% daripada GDP Makau.

Lebih 8 juta pelancong melawat Makau pada tahun 2000. Sementara perkembangan ekonomi dan sektor pelancongan didominasi pendatang tanah besar China, pelancong dari Hong Kong tetap menjadi sumber nombor satu pendapatan rakyat Makau. Baru-baru ini, aktiviti kongsi gelap yang menjadi masalah kepada kesihatan ekonomi beransur-ansur luput dan ini menandakan masa yang baik untuk ekonomi Makau pada masa akan datang. Pertumbuhan ekonomi diantara tahun 2001 dan 2005 menampakkan kenaikan 10% setiap tahun. GDP per kapita berjumlah sebanyak RM 85,956. Dalam separuh tahun pertama 2005, pengangguran adalah 4.1%.

Hasi perjudian kasino-kasino Makau pada tahun 2004 pada pertama kalinya mengatasi bandar Las Vegas di Amerika dengan setiap satunya memperoleh keuntungan lebih 5 billion dolar Amerika. Ini menjadikan Makau pusat perjudian yang paling utama di dunia.

Demografi

Dianggap sebagai wilayah tanggungan, Makau ialah negara atau wilayah tanggungan berpenduduk padat.

Populasi Makau merupakan 95% bangsa Han, kebanyakannya Kantonis dan sedikit Hakka, kedua-duanya berasal daripada provinsi Guangdong yang berhampiran. Yang tinggal kebanyakannya etnik Portugis atau berdarah campur Cina-Portugis, ataupun Orang Makau. Terdapat juga sedikit bangsa Jepun, termasuk warisan orang Jepun yang dibuang pemerintah Shogun Jepun terdahulu. Bahasa rasmi merupakan Bahasa Portugis dan Bahasa Cina. Walaupun kawasan Makau terletak di kawasan dialek Kantonis, kedua-dua dialek Kantonis dan bahasa Mandarin mempunyai status rasmi di facto. Bahasa Inggeris juga dipercakapkan di kawasan perlancongan. Bahasa Portugis Lama atau Patua merupakan bahasa yang hampir pupus di kawasan ini.

Lain-Lain

Catatan

  1. ^ a b Tiada jenis Bahasa Cina yang rasmi di wilayah ini. Penduduknya lebih banyak berbahasa Kantonis, bahasa baku daerah de factonya.
  2. ^ a b Bagi semua kegunaan pemerintah, dokumen yang ditulis menggunakan Tulisan Cina Tradisional adalah rasmi berbanding dokumen yang tertulis dengan Tulisan Cina Ringkas. Bahasa Portugis mempunyai taraf sama rata dengan Bahasa Cina dalam semua urusan rasmi.
  3. ^ PBB tidak mengira IPM Makau. Pemerintah Makau mengira IPM diri sendiri.[8]

Rujukan

  1. ^ a b "Macau" Diarkibkan 24 Januari 2021 di Wayback Machine. The World Factbook. Central Intelligence Agency.
  2. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama official-lang
  3. ^ Population By-Census 2016, halaman 6.
  4. ^ "China (People's Republic of) 1982 (rev. 2004)". Constitute project. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 July 2015. Dicapai pada 25 August 2019.
  5. ^ "Local NPC Deputies' Election Slated for Dec 17". Macau News. 27 November 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 January 2018. Dicapai pada 1 January 2018.
  6. ^ a b c d "World Economic Outlook Database, October 2023 Edition. (Macao)". IMF.org. International Monetary Fund. 10 October 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 November 2023. Dicapai pada 15 October 2023.
  7. ^ "The World Factbook". CIA.gov. Central Intelligence Agency. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 January 2021. Dicapai pada 19 October 2019.
  8. ^ Macao in Figures 2021, halaman 4
  9. ^ Wilkinson, Richard James (1901). "Makau". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 635. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.

Pautan luar

Government
General information
Travel

Read other articles:

Este artículo o sección tiene referencias, pero necesita más para complementar su verificabilidad.Este aviso fue puesto el 16 de abril de 2017. Atlético Venezuela BDatos generalesNombre Atlético Venezuela Club de Fútbol BApodo(s) Atlético BFundación 2015 (8 años)InstalacionesEstadio Brígido IriarteCapacidad 12.500[1]​Ubicación Caracas, VenezuelaUniforme Titular Alternativo Última temporadaLiga Tercera División de Venezuela(2018) 4/8 Grupo Central B Actualidad  Ter...

 

This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: Lock n' Load with R. Lee Ermey – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (August 2015) (Learn how and when to remove this template message) TV series or program Lock n' Load with R. Lee ErmeyLock N' Load with R. Lee Ermey DVD coverAlso known asLock n' LoadG...

 

Helena TřeštíkováMinister of CultureIn office9 January 2007 – 26 January 2007Preceded byMartin ŠtěpánekSucceeded byVáclav Jehlička Personal detailsBorn(1949-06-22)22 June 1949Prague, Czechoslovakia Helena Třeštíková is a Czech documentary film director,[1][2] member of the European Film Academy,[3] and briefly the Czech Republic's Culture Minister. She resigned from the position in January 2007 after serving less than three weeks.[4] Ref...

HEC ParisMotoApprendre à oserMoto dalam bahasa InggrisTomorrow is our businessJenisGrandes école (awam)Didirikan1881Jumlah mahasiswa4,500LokasiParis, PerancisSitus webwww.hec.edu HEC Paris adalah sebuah sekolah bisnis Eropa yang memiliki kampus di Paris, Jouy-en-Josas dan Doha.[1] Sekolah ini didirikan pada tahun 1881. HEC berada di peringkat ke-2 di antara Sekolah-Sekolah Bisnis Eropa pada tahun 2015 menurut the Financial Times.[2] Untuk jurusan Executive MBA (Magister...

 

  المعهد الوطني للسرطان المعهد الوطني للسرطان   تفاصيل الوكالة الحكومية البلد الولايات المتحدة[1]  مؤسس فرانكلين روزفلت[1]  تأسست 1937 (1937) المركز الولايات المتحدة الإدارة موقع الويب www.cancer.gov تعديل مصدري - تعديل   المعهد الوطني للسرطان (بالإنجليزية: National ...

 

العلاقات المجرية السيراليونية المجر سيراليون   المجر   سيراليون تعديل مصدري - تعديل   العلاقات المجرية السيراليونية هي العلاقات الثنائية التي تجمع بين المجر وسيراليون.[1][2][3][4][5] مقارنة بين البلدين هذه مقارنة عامة ومرجعية للدولتين: وجه الم�...

  提示:此条目的主题不是爱因斯坦卫星。 爱因斯坦探针卫星所属组织中国科学院任务类型X射线探测环绕对象地球发射时间2024年1月[1]发射手段长征二号丙(遥)发射地点西昌卫星发射中心[2]任务时长标称3年,目标5年[3]轨道参数轨道类型近地轨道[4]离心率0[2]倾角≤ 29°[2]高度600km[2] 爱因斯坦探针卫星(英語:Einstein Probe,简�...

 

Wakil Wali Kota KupangLambang Kota KupangPetahanaLowongsejak 22 Agustus 2022KediamanRumah Jabatan Wakil Wali Kota KupangMasa jabatan5 tahunDibentuk6 Juli 2002Pejabat pertamaDrs. Daniel Adoe Wakil Wali Kota Kupang adalah posisi kedua yang memerintah Kota Kupang di bawah Wali Kota Kupang. Posisi ini pertama kali dibentuk pada tahun 2002. Daftar No. Potret Nama(masa hidup) Mulai Menjabat Selesai Menjabat Prd. Jabatan Sebelumnya Wali Kota Ket. 1 Drs.Daniel Adoe 6 Juli 2002 5 Juli 2007 I Waki...

 

نقاط تفتيش دورة الخلية أو نقاط التحقق هي آليات تحكّم تتواجد في دورة الخلية حقيقية النواة والتي تكمن مهمتها في ضمان انقسام الخلية بشكل صحيح. يؤدي حدوث الأخطاء أثناء تضاعف الخلية وانقسامها (أو أثناء توزيع الكروموسومات) إلى طفرات قد تنتقل إلى كل خلية جديدة تنتج من خلية غير طبي...

Artikel ini bukan mengenai Tim nasional sepak bola Monako. AS MonacoNama lengkapAssociation Sportive deMonaco Football ClubJulukanLes Rouge et Blanc (Si Merah dan Putih)Berdiri23 Agustus 1924; 99 tahun lalu (1924-08-23)StadionStade Louis II, Monako(Kapasitas: 18.523)PemilikDmitry Rybolovlev (66.67%)House of Grimaldi (33.33%)[1]Ketua Dmitry RybolovlevManajerNiko KovačLigaLigue 12018-19ke-17, Ligue 1Situs webSitus web resmi klub Kostum kandang Kostum tandang Kostum ketiga Mus...

 

Duta Besar Amerika Serikat untuk MontenegroSegel Kementerian Dalam Negeri Amerika SerikatDicalonkan olehPresiden Amerika SerikatDitunjuk olehPresidendengan nasehat Senat Berikut ini adalah daftar Duta Besar Amerika Serikat untuk Montenegro[1] Daftar John Brinkerhoff Jackson Richmond Pearson George H. Moses Jacob Gould Schurman George Fred Williams Garrett Droppers Roderick W. Moore Sue K. Brown Margaret A. Uyehara Judy Rising Reinke Referensi ^ http://www.nndb.com/gov/062/000120699/ &...

 

Europees kampioenschap rolstoelbasketbal Gehouden in Rotterdam Jaar 2023 Data 11 – 19 augustus Sport Rolstoelbasketbal Accommodatie(s) Rotterdam Ahoy Landen 12 en 6 Evenementen 2 Medailles Mannen 1  Vlag van Verenigd Koninkrijk Verenigd Koninkrijk 2   Spanje 3   Nederland Vrouwen 1   Nederland 2  Vlag van Verenigd Koninkrijk Verenigd Koninkrijk 3   Spanje Vorige: 2021     Volgende: 2025 Portaal    Olympische Spe...

In this Korean name, the family name is Yu. Yu Myung-hwan유명환Yu meeting Robert Gates at the Pentagon in 2008Minister of Foreign Affairs and TradeIn office29 February 2008 – 4 September 2010PresidentLee Myung-bakPreceded bySong Min-soonSucceeded byKim Sung-hwan Yu Myung-hwanHangul유명환Hanja柳明桓Revised RomanizationYu Myeong-hwanMcCune–ReischauerYu Myŏnghwan Yu Myung-hwan (born April 8, 1946) is a South Korean diplomat, he was Minister for Foreign Affairs and Trade fr...

 

1970 filmA Pocketful of ChestnutsDirected byPietro GermiWritten byLeo Benvenuti Piero De Bernardi Tullio PinelliPietro GermiCinematographyAiace ParolinMusic byCarlo RustichelliRelease date1970LanguageItalian A Pocketful of Chestnuts Italian: Le castagne sono buone) is a 1970 Italian comedy film directed by Pietro Germi.[1][2][3] Plot Luigi Vivarelli is a television director, a cynical and unrepentant womanizer. One day he meets Carla Lotito, an architecture student, an...

 

American spice retailer Penzeys, Ltd.TypePrivateFounded1986(37 years ago) (1986)FounderWilliam T. Penzey Jr.HeadquartersWauwatosa, Wisconsin, U.S.Number of locations49ServicesSpice retailerWebsitewww.penzeys.com Store location in Arlington, Massachusetts Penzeys Spices is a retailer of spices in the United States. It operates retail outlets as well as mail order and online shopping.[1] The company is headquartered in Wauwatosa, Wisconsin, and had 600,000 catalog customers in...

1965 Indian filmAtithiDirected byTapan SinhaScreenplay byTapan SinhaBased onAtithiby Rabindranath TagoreStarringAjitesh BandopadhyayPartha MukherjeeSamita BiswasCinematographyDilip Ranjan MukhopadhyayEdited bySubodh RoyMusic byTapan SinhaProductioncompanyNew Theatres Pvt. Ltd.Release date1965Running time112 minutesCountryIndiaLanguageBengali Atithi (literally The Guest; also known by the alternative English title The Runaway) is a 1965 Bengali film based on a short story by Rabindranath Tagor...

 

Spanish footballer In this Spanish name, the first or paternal surname is Puyol and the second or maternal family name is Saforcada. Carles Puyol Puyol at the 2020 Goya AwardsPersonal informationFull name Carles Puyol Saforcada[1]Date of birth (1978-04-13) 13 April 1978 (age 45)[2]Place of birth La Pobla de Segur, SpainHeight 1.78 m (5 ft 10 in)[3]Position(s) DefenderYouth career1992–1995 Pobla de Segur1995–1997 BarcelonaSenior career*Ye...

 

Vui lòng đọc trước khi bạn cập nhật các bảng: Chỉ tỷ số kết thúc: Quan trọng nhất, đảm bảo điểm số cuối cùng. Không cập nhật dựa trên trò chơi mà vẫn đang tiếp diễn. Cả hai đội: Cập nhật các bản ghi của cả hai đội (không chỉ là chiến thắng hoặc đội bạn hỗ trợ). Mỗi cột: Cập nhật mỗi cột (không chỉ Đ). Hãy chú ý đến GF, GA, và GD (lỗi này sẽ rất khó phát hiện). V�...

Light rail transit line in Indonesia Cibubur LineTrial run at Harjamukti StationOverviewOther name(s)Service line 1 of LRT Jabodebek (working name)Native nameLin CibuburStatusOperationalOwnerMinistry of TransportationLocaleJakarta, West JavaTerminiDukuh AtasHarjamuktiBaranangsiang (phase 2)Stations12ServiceTypeLight rail transitSystemJabodebek LRTServices1Operator(s)Kereta Api IndonesiaDepot(s)Harjamukti (pit stop)HistoryOpenedAugust 28, 2023 (2023-08-28)[1]Completed202...

 

Destroyed mansion in New York, United States Front facade of Laurelton Hall Living room of Laurelton Hall Not to be confused with Lauralton Hall. Laurelton Hall was the home of noted artist Louis Comfort Tiffany, located in Laurel Hollow a village in the town of Oyster Bay in Long Island, New York. The 84-room mansion on 600 acres of land, designed in the Art Nouveau style, combined Islamic motifs with connection to nature, was completed in 1905, and housed many of Tiffany's most notable work...

 
Kembali kehalaman sebelumnya