Politik haluan kiri atau politik sayap kiri merangkumi semua jenis ideologi politik yang bermatlamat malah mendorong ke arah suatu masyarakat yang setara dan saksama serta egalitarian melawan tingkat darjat yang sedia ada baik kesemuanya[1][2][3][4] mahupun sebilangannya.[5] Hal ini dianggap golongan pelawannya yang "kanan" sebagai mengancam (khususnya kebebasan masyarakat sivil) dan/atau adat resam sedia ada. Fahaman ini memandang kepada lapisan dalam masyarakat sendiri yang dilihat diabaikan serta berpegang bahawa adanya ketidaksetaraan tertentu dalam masyarakat yang perlu dikurangkan atau dihapuskan[1] secara mendadak dan mengubah sifat masyarakat yang sedia ada.[5]
Pengungkapan "kanan" ini berasal dari Perancis semasa awal zaman Revolusinya, apabila wakil-wakil rakyat kebanyakan (Darjat Ketiga) dan berfahaman liberal dalam Perhimpunan Kebangsaan duduk di kiri kerusi presiden sidang melawan wakil-wakil paderi (Darjat Pertama) dan bangsawan (Darjat Kedua) pada tahun 1789.[6][7] Di Senat Perancis, amalan wakil-wakil duduk di sebelah kanan atau kiri kerusi presiden mengikut kecenderungan politik masing-masing masih diteruskan sehingga ke hari ini.
Sesetengah pihak, termasuk Roger Scruton, menafikan bahawa politik hijau memang "berhaluan kiri" dengan mendakwa (dengan merujuk kepada kemusnahan alam sekitar yang berlaku di rejim-rejim komunis seperti Kesatuan Soviet) bahawa konservatisme ialah tempat asal semula jadi pemuliharaan. Pendukung-pendukung libertarian mendaka bahawa pihak-pihak yang memegang hak milik kebih berkemungkinan menjaga harta milik sendiri dengan lebih baik berbanding harta yang dikongsi. Kebanyakan pendukung politik hijau pula mengaitkan sayap kanan dengan eksploitasi sumber alam dalam pasaran bebas. Apabila ahli-ahli politik hijau membentuk gabungan politik (khususnya di Jerman, bahkan juga di kerajaan tempatan di negara lain), selalunya kumpulan-kumpulan itu berhaluan kiri[perlu rujukan], kecuali adanya Parti-parti hijau yang menyertai kerajaan kanan tengah seperti di Mexico dalam Parti Tindakan Nasional; dalam gabungan "hijau biru" 4 parti di Finland; dan, pada 9 Mac 2004, Indulis Emsis dari Kesatuan Ahli Politik Hijau dan PetaniLatvia menjadi Perdana Menteri Hijau pertama di dunia, selaku ketua gabungan kanan tengah minoriti.
Oleh sebab hak awam dan hak asasi manusia semakin meraih perhatian sepanjang abad ke-20, sayap kiri sudah bergabung dengan pendukung-pendukung kesamaan kaum dan jantina serta toleransi sesama budaya.
Sokongan campur tangan kerajaan atau sosial dalam pasaran menyebabkan sesetengah golongan sayap kiri bertentangan dengan penyokong pasaran bebas.