Pada asalnya, Sukan Asia Tenggara diberi nama Sukan Semenanjung Asia Tenggara atau Sukan SEAP. Pada 22 Mei1958, semua delegasi dari negara semenanjung Asia Tenggara menghadiri Sukan Asia ke-3 di Tokyo, Jepun untuk melakukan perjumpaan dan telah disetujui banyak pihak untuk mengadakan pertubuhan sukan ini. Sukan SEAP dibentuk konsepkan oleh Laung Sukhumnaipradit iaitu Naib Presiden Komiti Olimpik Thailand pada masa itu. Cadangan ini diterima dan sukan ini dipromosikan kepada negara-negara semenanjung Asia Tenggara. Tujuan Sukan Asia Tenggara adalah bahawa acara sukan serantau akan membantu menggalakkan kerjasama, persefahaman dan menguatkan hubungan antara negara-negara di rantau Asia Tenggara.
Thailand, Burma (kini; Myanmar), Malaya (kini; Malaysia), Laos, Vietnam Selatan, dan Kemboja (juga Singapura menyertai kemudiannya) dijadikan sebagai anggota sukan ini. Kebanyakan negara menyetujui temasya ini diadakan secara dwi-tahunan. Komiti Persekutuan Sukan SEAP mula dibentuk selepas itu.
Sukan SEAP pertama diadakan di Bangkok, Thailand dari 12-17 Disember 1959 dan disertai seramai 527 atlet dan pegawai rasmi dari Thailand, Burma, Malaysia, Singapura, Vietnam Selatan, dan Laos mengambil bahagian dalam 12 jenis sukan.
Sukan SEAP ke-8 pada 1975, Persekutuan SEAP membawa masuk kontinjen negara dari Indonesia dan Filipina. Dua negara itu diterima pada 1977, tahun yang sama yang mana Persekutuan SEAP menukar nama kepada Pertubuhan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) dan temasya dwi-tahunan ini dikenali sebagai Sukan Asia Tenggara. Brunei diterima masuk pada Sukan SEA ke-10 di Jakarta, Indonesia, dan Timor-Leste pada Sukan SEA ke-22 di Hanoi, Vietnam.
1 – Kemboja sepatutnya menganjurkan Sukan Asia Tenggara ke-3 tetapi dibatalkan berikutan situasi tidak mengizinkan 2 – Singapura telah diberi hak penganjuran Sukan Asia Tenggara ke-27 tetapi ia memilih untuk melepaskan hak tersebut kemudian
↑[1] - 2017 Southeast Asian Games medal counts are not yet included in these medal standings due to ongoing doping cases during those games
↑[2] – Competed as Malaya in the inaugural games until 1961.
↑[3] – The Republic of Vietnam was dissolved in July 1976 when it merged with the Democratic Republic of Vietnam (North Vietnam) to become the Socialist Republic of Vietnam, also known as Vietnam. Therefore, the medal counts for this country are considered to be as until 1975. In the 1989 edition, a unified Vietnam rejoined the games with a new name and flag. Medals won by South Vietnam are already combined here. The International Olympic Committee (IOC) does not use codes for South Vietnam anymore after the unification with North Vietnam.
1 dahulu dikenali sebagai Sukan Semenanjung Asia Tenggara dari 1959 hingga 1975. 2 Dibatalkan kerana isu-isu penganjuran dan Perang Vietnam. 3 Ditunda ke 2022 kerana Pandemik COVID-19.