Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Sungai Buloh (kawasan persekutuan)

Sungai Buloh (P107)
Kawasan pilihan raya  Selangor
Kawasan parlimen
Badan perundanganDewan Rakyat
ADR
 
 
 
Ramanan Ramakrishnan
PH
Kawasan pilihan raya diwujudkan2018
Kali pertama dipertandingkan2018
Kali terakhir dipertandingkan2022
Demografi
Pemilih (2018)[1]90,707
Luas (km²)[2]133

P107 Sungai Buloh ialah kawasan pengundian pilihan raya bagi peringkat parlimen. Selepas persempadanan semula yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) parlimen P107 Subang ditukar nama kepada P107 Sungai Buloh. Ini supaya pengundi tidak keliru kawasan pengundian kerana Subang dengan Sungai Buloh merupakan dua kawasan yang berbeza. Parlimen ini kini disandang oleh Dato' Sri Ramanan a/l Ramakrishnan, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi daripada PKR. Majoriti pengundi kawasan P107 Sungai Buloh ini ialah kaum Melayu.

Statistik

Sumber:[3]

Statistik Banci 2020 P107 Sungai Buloh
Jumlah Penduduk 347,092
Kepadatan Penduduk 2,610 / km2
Nisbah Jantina (L : P) 112 : 100
Kumpulan Etnik
Bumiputera 71.2
Cina 20.7
India 7.6
Lain-Lain 0.6

Ahli Parlimen Sungai Buloh

Parlimen Sungai Buloh (P107) ialah kawasan pilihan raya bagi parlimen di Dewan Rakyat. Parlimen ini tertubuh pada tahun 1994 dan merupakan sebahagian daripada kawasan persekutuan parlimen Shah Alam dengan nama parlimen Subang. Namun, pada 2018 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengubah nama parlimen ini ke Sungai Buloh berikutan kekeliruan nama tempat ini.

Kini Penyandang parlimen ini ialah Yang Berhormat Ramanan Ramakrishnan dari PH-PKR.

Daerah pengundian

Kawasan persekutuan Sungai Buloh memiliki 28 daerah pengundian.[4]

Kawasan negeri Daerah pengundian Kod Lokasi
Paya Jaras(N38) Petempatan Sungai Buloh 107/38/01 SK Sungai Buloh
Bandar Baru Sungai Buloh Utara 107/38/02 KAFA Integrasi Al-Ikhwan Bandar Baru Sungai Buloh
Bukit Rahman Putra 107/38/03 SK Bukit Rahman Putra
Merbau Sempak 107/38/04 SK Merbau Sempak
Paya Jaras 107/38/05 SRA Paya Jaras
Bandar Baru Sungai Buloh Selatan 107/38/06 SK Bandar Baru Sungai Buloh
Sungai Pelong 107/38/07 SK Seri Bertam
Paya Jaras Hilir 107/38/08 Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kemas Kampung Paya Jaras Hilir
Matang Pagar 107/38/09 Dewan Serbaguna Matang Pagar
Kubu Gajah 107/38/10 Kelas Al Quran dan Fardhu Ain Jamiul Ehsan Kampung Kubu Gajah
Taman Saujana Utama 107/38/11 SMK Saujana Utama
Kota Damansara(N39) Kampung Baharu Sungai Buloh Sekolah 107/39/01 SJK (C) Kampung Baharu Sungai Buloh
RRI Sungai Buloh 107/39/02 SJK (T) R.R.I Sungai Buloh
Pinggiran Subang 107/39/03 SK Subang Bestari
Taman Subang Baru 107/39/04 SMK Subang
Kampung Melayu Subang 107/39/05 SRA Islam Kampung Melayu Subang
Subang Perdana 107/39/06 SK Jalan U3
Kota Damansara Seksyen 4 Dan 5 107/39/07 SMK Seksyen 4 Kota Damansara
LTSSAAS Subang 107/39/08 Asia Pacific Schools
Kampung Baharu Subang 107/39/09 SJK (C) Subang
Kota Damansara Seksyen 7 107/39/10 SK Seksyen 7 Kota Damansara
Kampung Baharu Sungai Buloh Dewan 107/39/11 SJK (C) Kampung Baharu Sungai Buloh
Jalan Merbau Kampung Melayu Subang 107/39/12 SK Subang
Mutiara Subang 107/39/13 SMK Subang Bestari
Kota Damansara Seksyen 6 107/39/14 SK Seksyen 6 Kota Damansara
Kota Damansara Seksyen 8 Dan 9 107/39/15 SK Seksyen 9 Kota Damansara
Kota Damansara Seksyen 10 Dan 11 107/39/16 SK Seksyen 11 Kota Damansara
Kem Sungai Buloh 107/39/17 Dewan Serbaguna Kem Sungai Buloh

Sejarah pilihan raya

Ahli Parlimen Sungai Buloh
Parlimen Tahun Ahli Parti
Kawasan diciptakan daripada Subang dan Kuala Selangor
Ke-14 2018-2022 Sivarasa Rasiah (சிவராசா ராசையா) PH (PKR)
Ke-15 2022- Ramanan Ramakrishnan (ரமணன் ராமகிருஷ்ணன்)

Keputusan pilihan raya

Pilihan raya umum Malaysia 2022
Parti Calon Undian % ∆%
PH Ramanan Ramakrishnan 50,943 39.30 -16.67
BN Khairy Jamaluddin 48,250 37.22 +15.82
PN Mohd Ghazali Md Hamin 29,060 22.42 +22.42
PEJUANG Mohd Akmal Mohd Yusoff 829 0.64 +0.64
PRM Ahmad Zuhri Faisal 279 0.22 +0.22
Bebas Syed Razak Alsagoff 165 0.13 +0.13
Bebas Nurhaslinda Basri 113 0.09 +0.09
Jumlah undi sah 129,639 100.00
Kertas undi ditolak
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi 82.00
Pengundi berdaftar 158,090
Majoriti 2,693
PH kekal Peralihan


Pilihan raya umum Malaysia 2018
Parti Calon Undian % ∆%
PH Sivarasa Rasiah 43,631 55.97 +55.97
PAS Nuridah binti Mohd Salleh 16,997 21.80 +21.80
BN Pakas Rao a/l Applanaidoo 16,681 21.40 +21.40
PSM Zainurizzaman bin Moharam 642 0.82 +0.82
Jumlah undi sah 77,951 100.00
Kertas undi ditolak 686
Kertas undi tidak dikembalikan 237
Keluar mengundi 78874 86.95
Pengundi berdaftar 90,707
Majoriti 26,634 34.17
Ini ialah kawasan baharu diciptakan.
Sumber

"His Majesty's Government Gazette - Notice of Contested Election, Parliament for the State of Selangor [P.U. (B) 239/2018]" (PDF). Attorney General's Chambers of Malaysia. 3 May 2018. Dicapai pada 2018-08-01. "Federal Government Gazette - Results of Contested Election and Statements of the Poll after the Official Addition of Votes, Parliamentary Constituencies for the State of Selangor [P.U. (B) 313/2018]" (PDF). Attorney General's Chambers of Malaysia. 28 May 2018. Dicapai pada 2018-08-01.

Dewan Undangan Negeri

Terdapat dua DUN di parlimen ini.

Pentadbiran dan kemudahan

Parlimen ini ditadbir oleh pentadbiran tanah daerah Petaling dan daerah Gombak di beberapa kawasan dekat DUN Paya Jaras (kawasan negeri) dan DUN Bukit Lanjan (kawasan negeri).

Kerajaan tempatan parlimen ini ialah Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Selayang (sebahagian kawasan).

Mukim

Parlimen ini berada di bawah mukim Sungai Buloh,Selangor.

Sebahagian Mukim Batu di DUN Bukit Lanjan (kawasan negeri).

Sebahagian Mukim Ijok di DUN Paya Jaras (kawasan negeri).

Pihak Berkuasa Tempatan

Kerajaan Tempatan parlimen ini ialah Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Shah Alam dan sebahagian Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan sebahagian Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

Rujukan

Kembali kehalaman sebelumnya