Ubat antiradang bukan streoid (Nonsteroidal anti-inflammatory drug) tetapi juga dirujuk sebagai agen/analgesik antiradang bukan steroid (Nonsteroidal anti-inflammatory agent/analgesic) ialah kelas ubat yang menyediakan kesan analgesik dan antipiretik (pengurang demam) dan dalam dos lebih tinggi, kesan antiradang.[1] Kesan sampingan bergantung pada ubat tertentu tetapi sebahagian besarnya meliputi peningkatan risiko ulser dan pendarahan gastrousus, penyakit serangan jantung, dan penyakit buah pinggang.[2][3]