Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Undang Luak Rembau

Dato' Undang Luak Rembau Negeri Sembilan
Luak
Butiran
GelaranKe Bawah Kaus Yang Teramat Mulia
Penyandang pertamaDato' Lela Maharaja Seri Rama bin Dato Lela Balang
Pembentukan1540

Undang Luak Rembau Negeri Sembilan ialah pemerintah atau Raja di Negeri Sembilan, Malaysia. Jawatan ini termaktub dalam perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan berkenaan takrif "Raja" bagi Negeri Sembilan dan Luak Rembau. Luak Rembau merupakan salah satu daripada luak yang membentuk Negeri Sembilan.

Pelantikan Undang

Pelantikan Tuanku Dato' Undang Rembau adalah dipilih daripada calon-calon dalam suku Biduanda. Di Rembau ada dua suku Biduanda yang menjadi waris pelantikan Undang iaitu Waris Jakun dan Waris Jawa. Waris Jakun adalah keturunan daripada Dato' Lela Balang yang bergelar Dato' Lela Maharaja. Manakala Waris Jawa pula adalah keturunan daripada Dato' Laut Dalam yang bergelar Dato' Sedia Raja. Pemilihan Undang Rembau adalah mengikut giliran kepada dua suku waris ini.

Senarai penyandang

Senarai Dato' Undang Luak Rembau
No Nama Waris Tempoh Takhta Kampung
1 Dato' Lela Maharaja Seri Haji Rama bin Dato Lela Haji Balang Jakun 1540 - 1555 Kg Kota
2 Dato' Sedia Raja Haji Ombo bin Dato' Lela Maharaja Seri Haji Rama Jawa 1555 - 1605 Kg Tengah
3 Dato' Lela Maharaja Lenggang Genggang Jakun 1605 - 1620 Kg Kota
4 Dato' Sedia Raja Pandak Jawa 1620 - 1645 Kg Tengah
5 Dato' Lela Maharaja Uban Jakun 1645 - 1660 Kg Chengkau
6 Dato' Sedia Raja Sagah Jawa 1660 - 1690 Kg Tengah
7 Dato' Sedia Raja Kurup Jawa 1690 - 1725 Kg Tengah
8 Dato' Sedia Raja Sabat [Sobok] Jawa 1725 - 1750 Kg Tengah
9 Dato' Lela Maharaja Lulinsoh Jakun 1750 - 1790 Kg Chengkau
10 Dato' Sedia Raja Pekak Jawa 1790 - 1795 Kg Tengah
11 Dato' Lela Maharaja Haji Kusil bin Dato' Lela Maharaja Haji Uban Jakun 1795 - 1812 Kg Tebat
12 Dato' Sedia Raja Haji Bogok [Bahago] Haji ... Jawa 1812 - 1819 Kg Bukit
13 Dato' Lela Maharaja Nganit [Reneh] Jakun 1819 - 1838 Kg Chengkau
14 Dato' Sedia Raja Haji Akhir Haji ... Jawa 1838 - 1871 Kg Pulau
15 Dato' Lela Maharaja Haji Sahil Haji ... Jakun 1871 - 1883 Kg Chengkau
16 Dato' Sedia Raja Haji Sarun bin Haji Saidin Jawa 1883 - 1905 Kg Tengah
17 Dato' Lela Maharaja Haji Sulung bin Haji Miah Jakun 1905 - 1922 Kg Gadong
18 Dato' Sedia Raja Haji Abdullah bin Haji Dahan Jawa 1922 - 1938 Kg Tanjung
19 Dato' Lela Maharaja Haji Ipap bin Haji Abdullah Jakun 1938 - 1962 Kg Kota
20 Dato' Sedia Raja Haji Adnan bin Haji Maah Jawa 1962 - 1998 Kg Bukit
21 Dato' Lela Maharaja Dato' Haji Muhamad Sharip bin Haji Othman Jakun 1998 - 2024 Kg Tebat
22 Dato' Sedia Raja Jawa 2024 -

Rujukan


Lihat juga

Kembali kehalaman sebelumnya