Dianggarkan sekitar 93 peratus penduduk Azerbaijan adalah secara nominal sebagai Muslim. Azerbaijan adalah negara sekular. Baki penduduk memeluk kepercayaan lain atau tidak berugama, sungguhpun mereka tidak diwakili secara rasmi. Diantara majoriti muslim, amalan keagamaan adalah agak rendah dan identiti muslim lebih berasaskan kebudayaan dan ethnik bukannya agama; bagaimanapun, para imam melaporkan peningkatan kehadiran ke masjid selepas 2003. Populasi muslim dianggarkan 85 peratus Syiah dan 15 peratus Sunni; perbezaan ini secara traditional tidak jelas.
Sejarah
Islam tiba di Azerbaijan dengan kedatangan orang Arab pada abad ke-7, beransur-ansur menggantikan Zoroastrianisme dan kepercayaan panag Azerbaijani. Pada abad ke-7 dan abad ke-8, kebanyakan pengikut Zoroastrians berpindah ke India, di mana mereka dikenali sebagai Parsi. Sehingga BolshevikSoviet menghentikan amalan ini, pengunjung Zoroastrian dari India dan Iran mengembara ke Azerbaijan bagi menyembah tapak suci, termasuk Kuil Ateshgah Temple di Surakhany pada Semenanjung Apsheron.
Pada abad ke-16, shah pertama bagi Dinasti Safavid, Ismail I (r. 1486-1524), menubuhkan Islam Syiah sebagai ugama rasmi, sungguhpun sebahagian besar penduduk Azerbaijanis kekal sebagai Sunni. Istana Safavid dipengaruhi oleh kedua pengaruh Turki (Sunni) dan Iran (Syiah), bagaimanapun, yang mengukuhkan asas dua ugama dan kebudayaan Azerbaijani pada tempoh tersebut. Sebagaimana lain-lain tempat dalam dunia Muslim, kedua cabang Islam bertikai di Azerbaijan. Penguatkuasaan Islam Shi'a sebagai ugama rasmi menimbulkan pergeseran antara pemerintah Safavid di Azerbaijan dan pemerintahan Sunnis di Empayar Uthmaniyyah bersebelahan.