Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Joan Margaret Marbeck

Joan Margaret Marbeck (lahir 26 Jun 1944, Melaka City, Malaysia ), merupakan seorang sarjana Malaysia yang mengkhusus dalam kajian bahasa Kreol Melayu-Portugis Kristang di Malaysia dan negara-negara lain ( Singapura, Australia, Macau ).

Dia menerima pendidikan pedagogi. Pada tahun 1965-1990, beliau menjadi pendidik di beberapa sekolah dan kolej di Malaysia.

Dia mengambil langkah aktif untuk memulihkan Bahasa Kristang. Beliau memberi syarahan tentang bahasa ini atas jemputan beberapa universiti dunia dan organisasi awam ( Universiti Katolik Pontifical Rio de Janeiro, 1997, Persatuan Eurasia di Singapura, 2011; Universiti Malaya, 2014). [1] Beliau menerbitkan kamus-kamus dan buku-buku frasa, menterjemah puisi dan lagu ke dalam bahasa ini, cuba memperkenalkan Bahasa Kristang untuk dipelajari di sekolah rendah di tempat-tempat di mana penduduk Creole tinggal, terutamanya di Melaka. [2]

Beliau adalah penganjur persidangan "Pemuliharaan dan Pembangunan Bahasa dan Warisan Melayu-Portugis Kreol di Malaysia" (Januari 1996), menggerakkan penubuhan sebuah jabatan komuniti masyarakat Eurasia di Muzium Rakyat Melaka pada tahun 2010, [3] penganjur seminar Kristang dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka pada Disember 2011 dan Persidangan Antarabangsa Bahasa Kreol pada Jun 2012 di Melaka (dengan kerjasama Universiti Persekutuan Rio de Janeiro ).

  1. ^ "Sharing our History". - "The new Eurosian", January-March 2011
  2. ^ "Championing Kristang" - "The New Sunday Times", 12 Sept 2004
  3. ^ "Peoples Museum Melaka - Muzium Rakyat". Malaysia-traveller.com. 2018-08-08. Dicapai pada 2018-09-09.
Kembali kehalaman sebelumnya