Lembah Beringin ialah bandar di daerah Hulu Selangor di bahagian utara Selangor, Malaysia. Pada tahun 2003, Land & General Bhd telah memulakan semula projek perumahan dan pembangunan di Lembah Beringin, yang terhenti pada 1997 kerana terjadinya krisis kewangan Asia pada ketika itu.[1] Bandar ini juga mendapat gelaran "bandar hantu", akibat terdapat banglo mewah di kawasan perumahan ini, yang terbiar sejak 2009.[2]
Lokasi
Terletak kira-kira 74 km dari Kuala Lumpur dan 15 km dari Kuala Kubu Bharu, dengan melalui Jalan Kuala Kerling B57 .
Kawasan ini boleh juga dicapai dengan menggunakan EXIT 120 di Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara.[3] Ia terletak 15 kilometer (9.3 bt) arah selatan dari Tanjung Malim dan 57 kilometer (35.4 bt) arah utara dari Kuala Lumpur. Ia dibuka pada tahun 1997.[4] Persimpangan ini dibuka pada 16 Disember 1997 kepada trafik dan terletak diantara Persimpangan Bukit Beruntung EXIT 119 dan Tanjung Malim EXIT 121.[5]
Geografi
Kawasan ini berdekatan dengan Serendah.[6]
Pendidikan
Galeri
-
Susur masuk ke persimpangan Lembah Beringin.
-
Papan tanda persimpangan Lembah Beringin.
-
Persimpangan Lembah Beringin (2km).
Rujukan