YB Senator Datuk Wira[2] Dr. Mohd Hatta Md. Ramli adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Amanah Negara. Beliau merupakan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Ahli Parlimen Lumut, Perak dan pernah menjadi Ahli Parlimen Kuala Krai, Kelantan (2008-2018).
Beliau merupakan Ketua Pengarah Pilihanraya AMANAH Nasional. Beliau menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) pada 16 Mei 2015 membentuk komposisi baharu di dalam Parlimen melalui Pakatan Harapan selepas Parti Islam Se-Malaysia (PAS) keluar dari Pakatan Rakyat dan membentuk kumpulan pembangkang yang ketiga, Gagasan Sejahtera.
Beliau dilahirkan pada 11 September 1956 di Sitiawan, negeri Perak. Beliau adalah anak ke-7 dari 8 orang adik-beradik. Ibunya Arga’ayah Mat Rawi.
Beliau berkahwin dengan Dr Kalsom Maskon dan dikurniakan dengan 7 orang anak.
Kerjaya dan politik
Pada peringkat awal beliau menjadi Pegawai Perubatan Hospital Besar Kuala Lumpur. Kemudian bertugas sebagai Pegawai kesihatan di Hospital Muar, Johor. Seterusnya sebagai Pegawai Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pensyarah perubatan di Fakulti Perubatan UKM.
Presiden Persatuan Perubatan Islam 1996-1998
Setiausaha Persatuan Doktor Pakar Kesihatan Awam 1996-1998
Pada 26 Januari 2008, Ketua Polis Daerah Dang Wangi telah mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang Dr Hatta Ramli dan lain-lain dari menyertai perhimpunan NGO Protes di KLCC.
Dr Hatta Ramli pernah mencadangkan agar tanaman tembakau yang banyak diusahakan oleh penduduk di Kelantan perlu ditukar dengan tanaman alternatif lain yang lebih menguntungkan. Ini kerana menghisap rokok telah difatwakan sebagai haram di Malaysia kerana boleh menjejaskan kesihatan jantung para perokok aktif dan perokok pasif.