Kawasan ini telah diwujudkan dalam persempadanan semula pada tahun 1974 dan diberi mandat untuk memilih seorang ahli kepada Dewan Rakyat Malaysia di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak.
Kawasan persekutuan Pagoh secara majoritinya berada di dalam daerah Muar, dengan sebilangan kecilnya di dalam daerah Tangkak dan Segamat.
Demografi penduduk di Pagoh majoritinya adalah dari orang Melayu yang menduduki kawasan kampung, taman perumahan, kawasan FELDA seperti di Bukit Serampang dan ladang kelapa sawit seperti yang diusahakan oleh Kumpulan Guthrie Berhad. Majoriti orang Cina pula tinggal di kawasan bandar dan perumahan yang berdekatan. Manakala majoriti orang India tinggal di kawasan ladang kelapa sawit dan taman perumahan yang terdapat di Pagoh.
Terdapat juga kawasan baharu seperti Bandar Universiti Pagoh yang merupakan sebuah bandar universiti yang terbesar di utara Johor.
Kawasan Bukit Pasir majoriti penduduknya adalah dari kalangan orang Cina. Ladang Pengkalan Bukit pula majoritinya adalah dari kalangan orang India. Mukim Sungai Raya dan Mukim Sungai Terap merupakan mukim yang terdapat ramai penduduk dari kalangan orang Melayu.
2004–2016:[5] Daerah ini mengandungi daerah-daerah pengundian iaitu Kebun Bahru, Kampong Teratai, Sri Ledang, FELDA Sri Jaya, Durian Chondong, Bandar Bukit Kepong, FELCRA Paya Kepar, Ma'okil, Bukit Kepong, Lenga Utara, Kundang Ulu, Ladang Serampang, Parit Raja, Bandar Grisek Timor, Grisek, Kampong Kundang Ulu, Lenga Selatan, Kampong Bahru, Lenga, Kampong Gombang, Ladang Nordanal, Samasih, Liang Batu, Lenga Road, Kampong Raja, Panchor, Bandar Panchor, Kampong Jawa, Jorak, Tanjong Selabu, Pergam, Temiang, Sungai Terap, Sungai Raya, Kampong Tengah, Permatang Pasir, Pekan Bukit Pasir Barat, Pekan Bukit Pasir Utara, Pekan Bukit Pasir Selatan, Bukit Pasir, Ladang Craigielea, Panjang Sari, Pagoh, Bandar Pagoh Utara, Bandar Pagoh Selatan, Paya Redan.
2016–kini: Daerah ini mengandungi daerah-daerah pengundian di Kebun Bahru (Daerah Tangkak), Kampong Teratai, Sri Ledang (Daerah Segamat), FELDA Sri Jaya, Durian Chondong, Bandar Bukit Kepong, FELCRA Paya Kepar, Ma'okil (Daerah Muar dan Segamat), Bukit Kepong, Lenga Utara, Kundang Ulu, Ladang Serampang, Parit Raja, Bandar Grisek Timor, Grisek, Kampong Kundang Ulu, Lenga Selatan, Kampong Bahru, Lenga, Kampong Gombang, Ladang Nordanal, Samasih, Liang Batu, Lenga Road, Kampong Raja, Panchor, Bandar Panchor, Kampong Jawa, Jorak, Tanjong Selabu, Pergam, Temiang, Sungai Terap, Sungai Raya, Kampong Tengah, Permatang Pasir, Pekan Bukit Pasir Barat, Pekan Bukit Pasir Utara, Pekan Bukit Pasir Selatan, Bukit Pasir, Ladang Craigielea, Panjang Sari, Pagoh, Bandar Pagoh Utara, Bandar Pagoh Selatan, Paya Redan.
Menurut Warta Kerajaan yang dikeluarkan pada 30 Mac 2018, Parlimen Pagoh terdiri daripada 47 daerah mengundi
^"Keputusan Pilihan Raya 2004: Johor". Utusan Malaysia. 23 Mac 2004. m/s. 10.
^ ab"Keputusan Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat dan Dewan Negeri Tahun 1982". New Straits Times. 21 April 1982. m/s. 9. Dicapai pada 12 Februari 1990.
^"Keputusan Pilihan Raya Khas Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri Tahun 1974". New Straits Times. 26 Ogos 1974. m/s. 6. Dicapai pada 12 Februari 1980.