Nitrik oksida (nitrogen oksida[3] atau nitrogen monoksida) merupakan sebatian kimia gas dengan formula kimia NO dan merupakan salah satu daripada oksida-oksida nitrogen. Sebatian ini juga merupakan radikal bebas dan boleh diwakili dengan formula kimia ·NO.
Nitrik oksida boleh terhasil melalui kilat dalam ribut petir dan dalam proses pembakaran. Selain itu, nitrik oksida merupakan molekul pengisyaratan dalam proses fisiologi dan patologi mamalia, termasuk manusia.[4]
Penghasilan
Dalam bidang komersial, nitrik oksida boleh dihasilkan melalui proses pengoksidaanammonia dengan platinum sebagai mangkin pada suhu 750–900 °C (biasanya pada 850°C).
4 NH3 + 5 O2 → 4 NO + 6 H2O
Dalam makmal pula, nitrik oksida boleh dihasilkan dengan mudah melalui proses penurunan asid nitrik dengan kuprum.
8 HNO3 + 3 Cu → 3 Cu(NO3)2 + 4 H2O + 2 NO
Rujukan
^"Nitric Oxide (CHEBI:16480)". Chemical Entities of Biological Interest (ChEBI). UK: European Bioinformatics Institute.
^Hou, YC; Janczuk, A; Wang, PG (1999). "Current trends in the development of nitric oxide donors". Current Pharmaceutical Design. 5 (6): 417–41. PMID10390607.