Pada tahun 1913, unit-unit yang terselamat merupakan jenis-jenis pembinasa bot torpedo daripada kelas "27-knotter" dan "30-knotter" yang disusun ke dalam kelas A, B, C dan D berdasarkan halaju dan nombor funnel yang dimiliki oleh kapal-kapal ini. Kelas "26-knotters" yang lebih awal tidak dimasukkan di sebabkan kesemua kapal telah dilupuskan sebelum tahun 1913.
Tidak seperti kelas-kelas A, B dan C, kesemua kelas D (two-funnel) telah dibina oleh hanya sebuah limbungan iaitu (Thornycroft) dan terdiri hanya satu kelas, dengan sedikit pengubahsuaian antara kumpulan.
Pada tahun 1913, nama dengan abjad telah diberikan kepada semua kapal pembinasa yang digunakan oleh Tentera Laut Diraja, dahulunya dikenali dengan nama kapal pertama dari kelasnya. Kelas-River atau kelas-E pada tahun 1913 merupakan kapal pembinasa pertama dari Tentera Laut Diraja yang menggunakan konfigurasi moden.