Cau-cau, chow-chow, atau chow chow[a] ialah satu baka anjing jenis spits yang pada asalnya dari China Utara.[2] Cau-cau ialah anjing bertubuh tegap, berprofil segi empat sama, dengan tengkorak lebar dan telinga segi tiga kecil dan tegak dengan hujung membulat. Baka ini terkenal kerana lapis bulu ganda sangat padat yang sama ada licin atau kasar.[1]:4–5 Bulunya khususnya tebal di kawasan leher yang memberinya penampilan lingkaran bulu atau surai. Lapis bulunya mungkin merah, hitam, biru, kayu manis/perang kekuning-kuningan, atau krim.[1]:4–5[3]
Sejarah
Cau-cau telah dikenal pasti sebagai baka basal yang mendahului kemunculan baka-baka moden pada abad ke-19.[4] Sebuah kajian penyelidikan telah berkesimpulan bahawa baka anjing cau-cau berasal daripada anjing peribumi lain di China tengah pada sekitar 8,300 tahun lalu. Baka purba ini ber-evolusi dan menjelmakan kedua-dua ciri morfologi dan fizikal, termasuk lidah gelap, lapis bulu, dan binaan lebih kuat.[5]
Sebuah legenda Cina menyebut anjing perang besar dari Asia Tengah yang menyerupai singa berlidah hitam. Seorang pemerintah China dikatakan pernah memiliki 5,000 ekor cau-cau. Orang Cina juga menggunakan cau-cau untuk menarik kereta luncur anjing melalui rupa bumi berpaya dan ini dicatat oleh Marco Polo.[1]:11
Nama cau-cau tidak terpaut pada sebarang nama Cina seperti nama moden "鬆獅狗" (song shi gou, "anjing singa longgar") untuk baka ini, maka berasal usul tidak pasti - etimologi mungkin dan etimologi rakyat merujuk bahasa Inggeris pijin.[6]
Penampilan
Cau-cau ialah anjing bertubuh tegap, berprofil segi empat sama, dengan tengkorak lebar dan telinga segi tiga kecil dan tegak dengan hujung membulat. Baka ini terkenal kerana lapis bulu ganda sangat padat yang sama ada licin atau kasar.[1]:4–5 Bulunya khususnya tebal di kawasan leher yang memberinya penampilan lingkaran bulu atau surai. Lapis bulunya mungkin merah, hitam, biru, kayu manis/perang kekuning-kuningan, atau krim.[1]:4–5[3] Bukan semua keragaman warna ini diiktiraf sebagai sah di semua negara. Individu dengan lapis bulu bercapuk-capuk atau berbilang warna dianggap terkeluar daripada piawaian baka. Mata cau-cau biasanya terletak dalam-dalam dan berbentuk badam. Baka ini unik kerana lidahnya yang ungu/biru-hitam yang tidak dimiliki oleh baka lain kecuali shar pei, dan mempunyai tungkai belakang sangat lurus, yang menghasilkan gaya jalan agak kekok.[1]:4–5 Warna kebiru-biruan melanjut ke bibir cau-cau; ini merupakan satu-satu baka anjing dengan warna kebiru-biruan distingtif pada bibirnya dan rongga mulutnya (anjing lain mempunyai kulit hitam atau bercorak piebald di dalam mulutnya).[1]:4–5 Satu lagi ciri distingtif ialah ekor melingkar.[1]:4–5 Ia mempunyai bulu tebal yang keriting di belakangnya. Hidungnya patut hitam, tetapi cau-cau berbulu biru dapat mempunyai hidung biru padu atau berwarna biru loh. Menurut piawaian baka American Kennel Club, mana-mana cahaya warna lain tidak diterima untuk pertandingan.[7] Walau bagaimanapun, negara-negara FCI mengizinkan hidung berwarna sendiri pada anjing krim.[8]
Gen lidah biru-hitam/ungu terlihat dominan, kerana kebanyakan anjing baka kacuk yang datang daripada cau-cau mengekalkan warna lidah itu. Walau bagaimanapun, lidah biru-hitam/ungu juga dapat ditemukan pada shar pei. Ini tidak bermaksud bahawa setipa anjing baka kacuk dengan tompok ungu pada lidah diturunkan daripada cau-cau kerana tompok ungu pada lidah dapat ditemukan pada anjing baka tulen lain.[9]
Perangai
Pemilikan cau-cau dapat menaikkan kos insurans empunya kediaman kerana sesetengah syarikat menganggapnya sebagai anjing berisiko tinggi.[10] Dalam sebuah kajian dalam Journal of the American Veterinary Medical Association ("Jurnal Persatuan Perubatan Veterinar Amerika"), cau-cau menyumbang kepada 8 daripada 238 kematian yang berkaitan dengan gigitan anjing dari tahun 1979 ke tahun 1998.[11]
Warna
Cau-cau terdapat dengan beragam-ragam warna lapis bulu. American Kennel Club (AKC) telah mengelaskan warna-warna cau-cau sama ada sebagai piawai atau tidak piawai (warna jarang). Warna piawai untuk cau-cau merupakan hitam, biru, merah, krim, dan kayu manis. Walau bagaimanapun, warna seperti perang kekuning-kuningan, putih, dan merle tidak dianggap piawai untuk baka ini.[12][13]
Kelab anjing berlainan di seluruh dunia mungkin mengakui warna lapis bulu berlainan atau malah menggunakan nama alternatif untuk warna-warna tersebut di atas.[13]
Warna berlainan cau-cau
5 ekor cau-cau dengan warna lapis bulu berlainan
Krim
Perang kekuning-kuningan
Merah
Biru
Hitam
Kesihatan
Sebuah kajian United Kingdom mendapati bahawa jangka hayat cau-cau ialah 12.1 tahun, yang lebih tinggi sedikit daripada purata 12 tahun untuk baka silang dan lebih rendah daripada purata 12.7 tahun untuk baka tulen.[14]
Keadaan rangka
Sebuah kajian Amerika Utara yang meneliti lebih daripada sejuta rekod anjing mendapati bahawa 6.44% daripada jumlah cau-cau menghidap displasia pinggul berbanding dengan keseluruhan 3.52%. Kajian ini juga mendapati bahawa 4.3% daripada jumlah cau-cau menghidap kekurangan ligamen krusiat kranium berbanding dengan keseluruhan 2.52%.[15]
Sebuah lagi kajian Amerika Utara yang meneliti lebih daripada 250,000 imbasan siku mendapati bahawa cau-cau mempunyai prevalens paling tinggi bagi displasia siku, dengan 48.6% daripada jumlah anjing yang berusia lebih daripada 2 tahun yang menghidap displasia siku.[16]
Keadaan oftalmologi
Sebuah kajian Amerika Utara yang meneliti glaukoma pada baka anjing mendapati bahawa cau-cau mempunyai prevalens ketiga tertinggi dengan 4.7% daripada jumlah cau-cau yang menghidap glaukoma berbanding dengan keseluruhan 0.89%.[17]
Keadaan dermatologi
Sebuah kajian yang meneliti rekod daripada sebuah klinik haiwan kecil di Universiti Montreal mendapati bahawa cau-cau cenderung terhadap alopesia X.[18]
Semakan terhadap kajian di Australia mendapati bahawa cau-cau cenderung terhadap dermatitis atopi dengan nisbah kemungkinan 7.1.[19]
Sebuah kajian kes Amerika Syarikat mendapati predisposisi terhadap pemfigus foliaseus dengan nisbah kemungkinan sebanyak 12.3.[20]
Satu mutasi spesifik baka yang menyebabkan kekurangan tirosinase, lalu menyebabkan leukotrikia wujud pada cau-cau.[21]
Keadaan gastrousus
Sebuah kajian United Kingdom yang meneliti kekurangan pankreas eksokrin pada baka mendapati bahawa cau-cau cenderung terhadap keadaan ini.[22]
Keadaan neoplasia
Siri kes Austria mendapati nisbah kemungkinan sebanyak 23.53 untuk menghidap kanser perut.[23]
Sebuah kajian Amerika Syarikat yang meneliti kes melanoma mulut mendapati bahawa baka ini terlebih diwakili dengan nisbah kemungkinan sebanyak 7.89.[24]
Keadaan pembiakan
Dalam sebuah kajian Belgium, cau-cau betina merangkumi 6.4% daripada jumlah kes piometra sungguhpun baka ini merangkumi 1.6% daripada jumlah populasi. Piometra didapati lebih ekstrem pada baka ini dengan anemia dan endotoksemia yang dilaporkan.[23]
Bulu cau-cau khususnya tebal di kawasan leher yang memberinya penampilan lingkaran bulu atau surai.
Anjing terkenal
Sigmund Freud memiliki seekor cau-cau bernama Jo-Fi Ling yang menghadiri kesemua sesi terapi beliau kerana beliau berasa bahawa anjing memiliki deria istimewa yang membolehkannya menilai perwatakan seseorang dengan tepat dan mengaku bahawa beliau bergantung pada Jo-Fi untuk pentaksiran keadaan mental pesakit.[28]
Laksmana Tentera Laut Amerika Syarikat George Dewey memperoleh seekor cau-cau di Hong Kong pada tahun 1898 dan menamainya Bob. Bob jarang meninggalkan sisi laksamana dan ikut serta di atas penjajap USS Olympia. Bob mati pada tahun 1899 akibat termakan coklat yang diberikan kepada Dewey oleh pengirim ucap selamat semasa ketibaan Olympia di Bandar Raya New York.[perlu rujukan]
Walt Disney dan isteri beliau, Lillian Disney, memiliki seekor cau-cau bernama Sunnee. Ia merupakan anjing pertama pasangan itu. Walt didakwa menghadiahi Lilly cau-cau itu di dalam kotak topi yang mengilhamkan adegan dalam Lady and the Tramp yang melibatkan penghadiahan Lady dengan cara sama.[29][sumber lebih baik diperlukan]
^Case, Linda P. (23 Mei 2005). The Dog: Its Behavior, Nutrition, and Health [Anjing: Tingkah Laku, Pemakanan, dan Kesihatannya] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Ames, Iowa, Amerika Syarikat: Wiley-Blackwell. m/s. 23. ISBN9780813812540. OCLC56614326.
^ ab"Colours and coat types" [Warna dan jenis bulu] (dalam bahasa Inggeris). Chow Chow Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mac 2012. Dicapai pada 1 Januari 2024.
^"Chow". Online Etymology Dictionary (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Julai 2024.
^American Kennel Club (1 Januari 2006). "AKC MEET THE BREEDS: Chow Chow" [KENALI BAKA AKC: Cau-cau]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 2 Januari 2024.
^CHOWCHOW.at (9 Jun 1999). "The FCI Breed Standard" [Piawaian Baka FCI]. CHOWCHOW.at (dalam bahasa Inggeris). CHOWCHOW.at Alle Rechte vorbehalten. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Ogos 2012. Dicapai pada 2 Januari 2024.
^Kathy Welsh; Anna Wallace; Vicki DeGruy (2001–2010). "The Truth About Those Black Tongues" [Kebenaran tentang Lidah Hitam Itu]. Chow Chow Information and Adoption Center (dalam bahasa Inggeris). WisconsinChow Chow Rescue. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 September 2019. Dicapai pada 2 Januari 2024.
^InsuranceAgents.com. "Will Your Canine Affect Your Homeowners Insurance Policy?" [Adakah Anjing Anda Akan Menjejaskan Dasar Insurans Empunya Kediaman Anda?]. InsuranceAgents.com (dalam bahasa Inggeris). AgentInsider.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Oktober 2012. Dicapai pada 2 Januari 2024.
^Gelatt, Kirk N.; MacKay, Edward O. (18 Februari 2004). "Prevalence of the breed-related glaucomas in pure-bred dogs in North America" [Prevalens glaukoma berkaitan dengan baka pada anjing baka tulen di Amerika Utara]. Veterinary Ophthalmology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 7 (2): 97–111. doi:10.1111/j.1463-5224.2004.04006.x. ISSN1463-5224. PMID14982589. S2CID46589186.
^Mazrier, Hamutal; Vogelnest, Linda J.; Thomson, Peter Campbell; Taylor, Rosanne M.; Williamson, Peter (18 Mei 2016). "Canine atopic dermatitis: breed risk in Australia and evidence for a susceptible clade" [Dermatitis atopi anjing: risiko baka di Australia dan bukti untuk klad rentan]. Veterinary Dermatology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 27 (3): 167–e42. doi:10.1111/vde.12317. ISSN1365-3164. PMID27188769. S2CID33487743.
^Englar, Ryane E. (3 Julai 2019). "Changes in Coat Color" [Perubahan Warna Lapis Bulu]. Common Clinical Presentations in Dogs and Cats [Perbentangan Klinikal Lazim pada Anjing dan Kucing] (dalam bahasa Inggeris). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley. m/s. 140. doi:10.1002/9781119414612.ch8. ISBN9781119414582. OCLC1079848431.
^ abGough, Alex; Thomas, Alison; O'Neill, Dan Gerard (23 April 2018). Breed Predispositions to Disease in Dogs & Cats [Predisposisi Baka terhadap Penyakit pada Anjing dan Kucing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-3). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley-Blackwell. m/s. 71–72. ISBN9781119225546. OCLC1004480983.
^Coren, Stanley; Walker, Janet (3 November 1997). What Do Dogs Know? [Apakah yang Diketahui oleh Anjing?] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Free Press. m/s. 128. ISBN9780684848600. OCLC37640414.