Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Shar pei

Shar pei
Shar pei "mulut kedut" moden
Nama lain
  • Shar pei Kantonis
  • Anjing laga China
Negara asalChina
Trait
Berat 16–29 kilogram (35–64 lb)
Tinggi 44–51 sentimeter (17–20 in)
Bulu Pendek, kasar, dan kejur
Warna Semua warna padu kecuali putih
Anjing (Canis lupus familiaris)

Shar pei[a] ialah satu baka anjing dari China Selatan. Secara tradisional, ia dibela sebagai penjaga harta. Shar pei didorong ke arah kepupusan pada abad ke-20. Baka ini terkenal di Barat kerana kedutan dalamnya, sementara bentuk kurang berkedut dikekalkan di Hong Kong.

Sejarah

Shar pei "mulut kedut"
Shar pei "mulut tulang"

Tiada rekod yang menunjukkan asal usul shar pei, walaupun ia hampir menyerupai patung jenis tidak berkedut bagi anjing pengawal yang dibela di China selatan semasa dinasti Han; sesetengah pihak percaya bahawa baka moden, bersama-sama dengan cau-cau, diturunkan daripada anjing ini.[1][2] Baka ini telah dikenal pasti sebagai baka basal yang mendahului kemunculan baka-baka moden pada abad ke-19.[3]

Shar pei pernah menjadi sangat popular, tetapi peperangan dan pergolakan politik di China pada abad ke-20 menjejaskan baka ini dan menjelang tahun 1970-an, ia menghampiri kepupusan.[1][2] Pada tahun 1973, seorang ahli perniagaan Hong Kong bernama Matgo Law merayu kepada masyarakat antarabangsa, khususnya American Kennel Club, untuk membantu untuk menyelamatkan baka ini; menjelang tahun 1978, baka itu dinamai oleh The Guinness Book of Records sebagai baka paling jarang di dunia, dengan hanya 60 ekor yang tersisa.[1][2][4] Publisiti terhasil membawa kepada permintaan besar di Amerika Syarikat untuk contoh-contoh baka dan pembiak baka tanpa pegangan di Hong Kong, di Makau, dan di Taiwan bertindak untuk menyilangkan baki haiwan baka tulen mereka dengan baka-baka lain termasuk bulterier, pug, dan buldog, dan menjual anak-anak anjing tersebut kepada pembeli kurang sedar di Amerika.[2] Hasil penyilangan ini membawa kepada anjing dengan mulut jauh lebih berisi berbanding dengan baka asli, anjing ini dikenali sebagai shar pei "mulut daging" atau "mulut isi", manakala anjing asli dipanggil shar pei "mulut tulang".[2]

Perjuangan penyelamatan baka ini diambil alih di Amerika Syarikat oleh para pembiak baka bersemangat dengan menggunakan anjing yang diseludup ke sana pada tahun 1970-an, sebuah kelab baka diasaskan dan menerima pengiktirafan American Kennel Club pada tahun 1992, dengan piawaian baka yang menyebut anjing jenis mulut daging.[1][2] Sesetengah pembiak baka di Hong Kong mengekalkan jenis mulut tulang tradisional, walaupun menurut anggaran hanya 50 hingga 100 ekor contoh jenis ini kekal.[2]

Di Amerika Syarikat, sebilangan pembiak baka telah secara terpilih membiakbakakan shar pei untuk saiz lebih kecil, lalu menghasilkan yang dipanggil "shar pei katik", yang banyak ditentang oleh ramai pembiak baka shar pei bersaiz tradisional.[1] Dengan pendirian hingga ketinggian maksimum 40 sentimeter (16 in), shar pei katik dibiakbakakan untuk saiz lebih kecil dan kedutan meningkat.[1]

Perihal

Shar pei "mulut daging" yang menunjukkan lidah biru-hitam

Shar pei ialah baka anjing bersaiz sederhana berbulu pendek, terkenal kerana kulitnya yang berkedut secara berlebihan. Baka ini menyerupai banyak baka anjing daripada keluarga mastif; walau bagaimanapun, ia paling berkait rapat dengan baka-baka spits, dengan cau-cau sebagai saudara terdekatnya. Ini paling jelas terlihat dengan kedua-dua baka ini yang memiliki lidah biru-hitam unik.[1][4][5] Anjing ini tergolong dalam kumpulan genetik sama dengan cau-cau, anjing Akita, shiba inu, malamut, dan anjing Greenland.[6]

Shar pei dewasa biasanya berdiri setinggi 44–51 sentimeter (17–20 in) dan berukuran seberat 16–20 kilogram (35–44 lb). Ia mempunyai lapis bulu pendek dan sangat kasar yang dapat mempunyai sebarang warna padu kecuali putih, walaupun hitam, merah, perang kekuning-kuningan, dan krim merupakan yang paling umum.[4][7]

Piawaian baka China menyatakan bahawa ia mempunyai telinga kepah-cangkerang, hidung kupu-kupu, kepala berbentuk melon, muka nenek, leher kerbau, punggung kuda, dan tungkai naga.[4] Kepala baka ini agak besar berbanding dengan tubuhnya dengan muncung lebar yang biasanya lebih gelap daripada selebih lapis bulu dan cukup beralas sehingga menyebabkan bonjolan di pangkalnya, telinganya terpisah dengan lebar dan kecil dan berbentuk segi tiga, dan matanya terletak sangat dalam ke dalam lipatan kulit di kepala.[4][7] Baka ini mempunyai tungkai yang lurus, cukup bertulang, dan berotot di bawah bahu landai dan ekor lebar sederhana panjang yang tergulung ke atas belakangnya dengan cara tipikal bagi anjing jenis spits.[4][7]

Kesihatan

Jangka hayat

Sebuah kajian tahun 2024 di United Kingdom mendapati jangka hayat sebanyak 10.6 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[8]

Keadaan kulit

Semakan terhadap lebih daripada 23,000 rekod daripada Hospital Pengajar Veterinar Universiti di Universiti Sydney mendapati bahawa 7.7% daripada jumlah shar pei yang menghidap dermatitis atopi, angka yang lebih tinggi daripada keseluruhan 3.1%.[9] Semakan rekod daripada lebih daripada 600 buah hospital Amerika Syarikat mendapati bahawa 4% daripada jumlah shar pei yang berusia kurang daripada 2 tahun menderitai demodikosis permulaan juvenil berbanding dengan hanya 0.58% secara keseluruhan.[10] Sebuah kajian di United Kingdom mendapati bahawa shar pei mempunyai prevalens keseluruhan sebanyak 0.9% berbanding dengan 0.17% untuk populasi umum. Untuk demodikosis permulaan juvenil (usia kurang daripada 2 tahun), shar pei mempunyai prevalens 1.8% berbanding dengan 0.48%. Untuk demodikosis permulaan dewasa (usia lebih daripada 4 tahun), shar pei mempunyai prevalens 0.6% berbanding dengan 0.05%.[11] Shar pei cenderung terhadap beberapa keadaan kulit tremasuk: penyakit kulit alahan, musinosis kutis, intertrigo, otitis luaran, dan vaskulopati.[12]

Demam keluarga shar pei

Seekor shar pei dengan deman shar pei

Demam shar pei (yang juga dipanggil demam keluarga shar pei atau FSF (familial shar pei fever)) ialah keadaan yang terlihat pada shar pei yang bercirikan demam berulang dan pembengkakan keting. Ini serupa dengan demam keluarga Mediterranean pada manusia. Puncanya tidak diketahui, tetapi ada anggapan bahawa ini diwarisi.[13] Demam shar pei dapat menyebabkan kegagalan ginjal dan kegagalan hati melalui pengumpulan amiloid di dalam organ-organ itu (amiloidosis).

Shar pei terjejas mempunyai paras tertingkat bagi interleukin 6 dan ini membawa kepada pengumpulan protein fasa akut di dalam badan semasa demam. Protein fasa akut terurai untuk membentuk amiloid jenis AA, yang mengendap di dalam ginjal dan kurang sedemikian pula di dalam hati, limpa, dan salur gastrousus.[14] Ini akhirnya menyebabkan kegagalan ginjal atau hati menjelang usia enam tahun.[13]

Gejala demam shar pei termasuk demam, pembengkakan, dan nyeri pada keting yang biasanya reda dalam tempoh dua hari. Pembengkakan pada keting mudah dicam—keting menyerupai belon air lembik, dan bukan pula pembengkakan kaku ikutan seliuh atau pecahan. Gejala dapat dirawat dengan ubat antiradang bukan steroid seperti karprofen. Kegagalan ginjal dan hati tidak dapat dirawat kecuali dengan cara konvensional yang biasanya digunakan untuk penyakit itu. Pencegah amiloidosis kadang-kadang digunakan pada anjing dengan kejadian berulang bagi deman shar pei. Kolkisin dan dimetil sulfoksida paling lazim digunakan.[13] Penyakit ini dikaitkan dengan jenis Barat dan sebanyak 23% daripada anjing di Amerika Syarikat dianggarkan terjejas.[15]

Keadaan lain

Shar pei cenderung terhadap hipotiroidisme.[12]

Satu masalah lazim ialah keadaan mata yang menyakitkan, iaitu entropion, yang melinatkan bulu mata yang melengkung ke dalam, lalu merengsakan mata. Jika tidak dirawat, ini dapat menyebabkan kebutaan. Keadaan ini dapat dibetulkan melalui pembedahan—"penjelujuran" kelopak mata supaya tidak berguling ke arah biji mata untuk anak anjing, atau pembedahan pembuangan kulit tambahan pada shar pei remaja dan lebih tua.[16]

Kekurangan vitamin B12 ialah masalah umum pada shar pei dan disyaki bersifat kebakaan.[17][18]

Semakan terhadap lebih daripada 250,000 imbasan siku Amerika Utara mendapati bahawa 24% daripada jumlah shar pei yang berusia lebih daripada 2 tahun menderitai displasia siku.[19]

Shar pei ialah salah satu baka yang lebih lazim terjejas akibat glaukoma sudut terbuka primer. Suatu mutasi resesif autosom bagi gen ADAMTS17 bertanggungjawab atas keadaan ini pada baka ini.[20] Semakan rekod hospital di Amerika Utara mendapati bahawa 4.4% daripada jumlah shar pei menderitai glaukoma berbanding dengan 0.71% untuk baka kacuk.[21]

Shar pei ialah salah satu daripada dua baka paling lazim terjejas akibat hernia hiatus.[22]

Lihat juga

Catatan

  1. ^ Jawi: شر ڤيئي; Cina: 沙皮犬; 沙皮; pinyin: shāpíquǎn; shāpí; Jyutping: saa1 pei4 hyun2; saa1 pei4; bahasa Inggeris: shar pei

Rujukan

  1. ^ a b c d e f g Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 355–357, 563–564. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
  2. ^ a b c d e f g "Discovering the Shar Pei: an endangered dog breed" [Menemukan shar pei: baka anjing terancam]. Hong Kong Tatler (dalam bahasa Inggeris). Hong Kong: Tatler Asia Limited. 23 Julai 2012. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  3. ^ Larson, Greger John; Karlsson, Elinor K.; Perri, Angela R.; Webster, Matthew Thomas; Ho, Simon Y. W.; Peters, Joris; Stahl, Peter W.; Piper, Philip J.; Lingaas, Frode; Fredholm, Merete; Comstock, Kenine E.; Modiano, Jaime F.; Schelling, Claude; Agoulnik, Alexander I.; Leegwater, Peter A. J.; Dobney, Keith M.; Vigne, Jean-Denis; Vilà, Carles; Andersson, Leif Bertil; Lindblad-Toh, Kerstin (21 Mei 2012). Burger, Joachim (penyunting). "Rethinking dog domestication by integrating genetics, archeology, and biogeography" [Memikirkan pembelajinakan anjing semula dengan menyepadukan genetik, arkeologi, dan biogeografi]. Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America (dalam bahasa Inggeris). Akademi Sains Kebangsaan Amerika Syarikat. 109 (23): 8878–8883. Bibcode:2012PNAS..109.8878L. doi:10.1073/pnas.1203005109. ISSN 1091-6490. JSTOR 41603020. PMC 3384140. PMID 22615366. S2CID 7845853.
  4. ^ a b c d e f Fogle, Bruce (2009). The Encyclopedia of the Dog [Ensiklopedia Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 254. ISBN 9780756660048. OCLC 697506545.
  5. ^ Wilcox, Bonnie; Walkowicz, Chris (1995). The Atlas of Dog Breeds of the World [Atlas Baka Anjing di Dunia] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-5). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 22. ISBN 9780793812844. OCLC 32596861.
  6. ^ Parker, Heidi G.; Dreger, Dayna L.; Rimbault, Maud; Davis, Brian W.; Mullen, Alexandra B.; Carpintero-Ramirez, Gretchen; Ostrander, Elaine Ann (25 April 2017). "Genomic Analyses Reveal the Influence of Geographic Origin, Migration, and Hybridization on Modern Dog Breed Development" [Analisis-analisis Genomik Mendedahkan Pengaruh Asal Usul Geografi, Migrasi, dan Penghibridan terhadap Perkembangan Baka Anjing Moden]. Cell Reports (dalam bahasa Inggeris). Cell Press. 19 (4): 697–708. doi:10.1016/j.celrep.2017.03.079. ISSN 2211-1247. PMC 5492993. PMID 28445722. S2CID 4572878. Gambar Rajah 1
  7. ^ a b c Banks, Edward (2014). Dogs: The Ultimate Dog Lover's Guide [Anjing: Panduan Muktamad Pencinta Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Sywell, United Kingdom: Igloo Books. m/s. 138–139. ISBN 9781781978900. OCLC 880632380.
  8. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  9. ^ Mazrier, Hamutal; Vogelnest, Linda J.; Thomson, Peter Campbell; Taylor, Rosanne M.; Williamson, Peter (18 Mei 2016). "Canine atopic dermatitis: breed risk in Australia and evidence for a susceptible clade" [Dermatitis atopi anjing: risiko baka di Australia dan bukti untuk klad rentan]. Veterinary Dermatology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 27 (3): 167–e42. doi:10.1111/vde.12317. ISSN 1365-3164. PMID 27188769. S2CID 33487743.
  10. ^ Plant, Jon D.; Lund, Elizabeth M.; Yang, Mingyin (12 Ogos 2010). "A case–control study of the risk factors for canine juvenile-onset generalized demodicosis in the USA" [Kajian kes kawalan tentang faktor-faktor risiko untuk demodikosis menyeluruh permulaan juvenil anjing di Amerika Syarikat]. Veterinary Dermatology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 22 (1): 95–99. doi:10.1111/j.1365-3164.2010.00922.x. ISSN 1365-3164. PMID 20707860. S2CID 42496439.
  11. ^ O'Neill, Dan Gerard; Turgoose, E.; Church, David B.; Brodbelt, David C.; Hendricks, Anke (4 Oktober 2019). "Juvenile-onset and adult-onset demodicosis in dogs in the UK: prevalence and breed associations" [Demodikosis permulaan juvenil dan permulaan dewasa pada anjing di United Kingdom: prevalens dan perkaitan baka]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 61 (1): 32–41. doi:10.1111/jsap.13067. ISSN 1748-5827. PMC 7003809. PMID 31584708. S2CID 203660228.
  12. ^ a b Hnilica, Keith A.; Patterson, Adam P., penyunting (19 September 2016). Small Animal Dermatology: A Color Atlas and Therapeutic Guide [Dermatologi Haiwan Kecil: Atlas Berwarna dan Panduan Terapi] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-4). St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat: Saunders. doi:10.1016/C2014-0-01191-4. ISBN 9780323376518. OCLC 1052802486.
  13. ^ a b c Ettinger, Stephen J.; Feldman, Edward C., penyunting (1995). Textbook of Veterinary Internal Medicine [Buku Teks Perubatan Dalaman Veterinar] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-4). Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat: Saunders. ISBN 9780721667959. OCLC 28723106.
  14. ^ Tellier, Lise A. (Februari 2001). "Immune-mediated vasculitis in a shar-pei with swollen hock syndrome = Vasculite à mediation immunitaire chez un shar-pei souffrant d'un syndrome d'enflure du tarse" [Vaskulitis berantarakan imun pada seekor shar pei dengan sindrom keting bengkak = Vaskulitis berantarakan imun pada seekor shar pei yang menderitai sindrom pembengkakan keting]. Canadian Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). Canadian Veterinary Medical Association. 42 (2): 137–139. ISSN 0008-5286. PMC 1476484. PMID 11272460. S2CID 9470823.
  15. ^ Olsson, Mia; Meadows, Jennifer R. S.; Truvé, Katarina; Rosengren Pielberg, Gerli; Puppo, Francesca; Mauceli, Evan; Quilez, Javier; Tonomura, Noriko; Zanna, Giordana; Docampo, Maria José; Bassols, Anna; Avery, Anne C.; Karlsson, Elinor K.; Thomas, Anne; Kastner, Daniel L.; Bongcam-Rudloff, Erik; Webster, Matthew Thomas; Sánchez, Armand; Hedhammar, Åke; Remmers, Elaine F.; Andersson, Leif Bertil; Ferrer, Lluis; Tintle, Linda; Lindblad-Toh, Kerstin (17 Mac 2011). Georges, Michel (penyunting). "A Novel Unstable Duplication Upstream of HAS2 Predisposes to a Breed-Defining Skin Phenotype and a Periodic Fever Syndrome in Chinese Shar-Pei Dogs" [Penduaan Tidak Stabil Baharu di Hulu HAS2 Cenderung ke Arah Fenotip Kulit Penentu Baka dan Sindrom Demam Berkala pada Shar Pei China]. PLOS Genetics (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 7 (3): e1001332. doi:10.1371/journal.pgen.1001332. ISSN 1553-7404. PMC 3060080. PMID 21437276. S2CID 6539249.
  16. ^ Gelatt, Kirk N., penyunting (15 Februari 1999). Veterinary Ophthalmology [Oftalmologi Veterinar] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-3). Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat: Lippincott Williams & Wilkins. ISBN 9780683300765. OCLC 39170016.
  17. ^ Grützner, Niels; Bishop, Micah A.; Suchodolski, Jan S.; Steiner, Jörg M. (19 November 2009). Ostrander, Elaine Ann (penyunting). "Association Study of Cobalamin Deficiency in the Chinese Shar Pei" [Kajian Perkaitan bagi Kekurangan Kobalamin pada Shar Pei China]. Journal of Heredity (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 101 (2): 211–217. doi:10.1093/jhered/esp100. ISSN 1465-7333. PMID 19926684. S2CID 12364909.
  18. ^ Bishop, Micah A.; Xenoulis, Panagiotis G.; Berghoff, Nora; Grützner, Niels; Suchodolski, Jan S.; Steiner, Jörg M. (8 Jun 2011). "Partial characterization of cobalamin deficiency in Chinese Shar Peis" [Pencirian separa bagi kekurangan kobalamin pada shar pei China]. The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 191 (1): 41–45. doi:10.1016/j.tvjl.2011.05.008. ISSN 1532-2971. PMID 21652239. S2CID 34169456.
  19. ^ Oberbauer, Anita M.; Keller, G. G.; Famula, Thomas R. (24 Februari 2017). Loor, Juan J. (penyunting). "Long-term genetic selection reduced prevalence of hip and elbow dysplasia in 60 dog breeds" [Pemilihan genetik jangka panjang mengurangkan prevalens displasia pinggul dan displasia siku pada 60 baka anjing]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 12 (2): e0172918. Bibcode:2017PLoSO..1272918O. doi:10.1371/journal.pone.0172918. ISSN 1932-6203. PMC 5325577. PMID 28234985. S2CID 45459111.
  20. ^ Oliver, James A. C.; Mellersh, Cathryn Suzanne (14 Disember 2020). "Genetics" [Genetik]. Dalam Cooper, Barbara; Mullineaux, Elizabeth; Turner, Lynn (penyunting). BSAVA Textbook of Veterinary Nursing [Buku Teks Kejururawatan Veterinar BSAVA] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-6). Gloucester, United Kingdom: British Small Animal Veterinary Association. m/s. 131. ISBN 9781910443392. OCLC 1197697572.
  21. ^ Gelatt, Kirk N.; MacKay, Edward O. (18 Februari 2004). "Prevalence of the breed-related glaucomas in pure-bred dogs in North America" [Prevalens glaukoma berkaitan dengan baka pada anjing baka tulen di Amerika Utara]. Veterinary Ophthalmology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 7 (2): 97–111. doi:10.1111/j.1463-5224.2004.04006.x. ISSN 1463-5224. PMID 14982589. S2CID 46589186.
  22. ^ Monnet, Eric, penyunting (16 Mei 2023). "Hiatal hernia" [Hernia hiatus]. Small Animal Soft Tissue Surgery [Surgeri Tisu Lembut Haiwan Kecil] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley. m/s. 29–36. ISBN 9781119693680. OCLC 1370614682.
Kembali kehalaman sebelumnya