Karupuak kuah merupakan makanan khas Minangkabau yang berasal dari Sumatera Barat. Karupuak kuah juga dipanggil sebagai karupuak kuah sate, karupuak mie, atau karupuak leak. Terbuat dari keropok ubi kayu seperti opak kemudian diatesnya diberi kuah. Biasanya kuah yang digunakan adalah kuah sate yang telah diletakkan bihun goreng.[2]
Karupuak kuah juga menjadi kegemaran kanak-kanak sekolah rendah di Indonesia pada waktu malam di bulan Ramadan.[3]
Asal
Tiada maklumat asalnya yang dipastikan. Ada banyak versi nama karupuak kuah disebabkan oleh makanan ini telah tersebar di persekitaran daerah di Minangkabau juga di bandar-bandar di Indonesia.[1]
Dinamakan "karupuak leak" kerana apabila memakan makanan ini, besar kemungkinan kuah sate akan tumpah pada baju kerana keropok sudah lembik. Tumpah dalam bahasa Minangkabau disebut juga baleak.[1][4]
Galeri
Karupuak kuah di Pantai Padang
Rujukan