Jasmine ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 arahan Feroz Kader, dibintangi oleh Nelydia Senrose sebagai watak tajuk bersama-sama dengan barisan pelakon ensembel. Siri ini memulakan tayanya perdana di Slot Zehra TV3 dari 30 Mac 2016 hingga 28 April 2016 menggantikan Cinta Teruna Kimchi.
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]
Sinopsis
Jasmine (Nelydia Senrose) dan Ryan (Gambit Saifullah) merupakan pasangan kekasih yang sukar untuk dipisahkan. Tina (Afifah Nasir) yang cemburu setiap kali melihat kemesraan Ryan dan Jasmine di kolej cuba untuk memisahkan mereka. Tapi semuanya berubah apabila Jasmine mendapati dia hamil dan Ryan pula enggan bertanggungjawab. Memburukkan lagi keadaan, keluarga Jasmine mahu dia menggugurkan kandungan bayi itu. Jasmine kemudian memutuskan untuk pergi ke Australia dan membesarkan anaknya sendirian. Tina mengambil peluang tersebut untuk mendekati Ryan. Walau bagaimanapun, Ryan mula rasa rindu pada Jasmine dan berjanji untuk berubah menjadi lebih baik. Pada masa yang sama, Jasmine bertemu dengan Khalif (Aqasha) dan jatuh cinta padanya. Siapakah pilihan Jasmine?
Pelakon
Pelakon utama
Pelakon pembantu
Pelakon kanak-kanak
Rujukan
|
---|
|
1980-an | |
---|
1990-an | |
---|
2000-an | |
---|
2010-an | |
---|
2020-an | |
---|
1Slot yang ditamatkan. |