Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

The Gadis

The Gadis
GenreDrama
Remaja
PenciptaAdriana Jasmay
Ditulis olehFaten Syamimie
PengarahLiyana Jasmay
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Si Cantik Aku" oleh Nina Nadira dan Toby
Lagu penutup"Si Cantik Aku" oleh Nina Nadira dan Toby
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod7
Penerbitan
PenerbitLiyana Jasmay
PenyuntingHerman Shah Abd Hamid
LokasiKuala Lumpur, Malaysia
SinematografiZuhiri Mat Ali
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran41–42 minit
Syarikat penerbitan
Mermaid Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal10 April 2020 – 24 April 2020
Kronologi
MengikutiBudak Tebing
Diikuti olehPink Smile

The Gadis merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Liyana Jasmay dibintangi oleh Yuna Rahim, Fatin Afeefa, Erynne Erynna, Syafie Naswip dan Hun Haqeem. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Lestary TV3 bermula 10 April 2020 hingga 24 April 2020 menggantikan Budak Tebing.[1][2][3][4] Siri ini merupakan percubaan kedua Liyana sebagai pengarah selepas telefilem #SoKampung.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[5]

Premis

Kisah sekumpulan gadis dari kampung yang ingin mengubah hidup masing-masing. Lina dan Lisa tinggal bersama ayah mereka, Nad bersama Nek Timah. Kepulangan Nad ke kampung, menarik perhatian ramai terutama Lisa kerana semakin cantik dan hidupnya kelihatan mewah. Lina bertauh kasih kembali dengan bekas kekasihnya Shazman, tetapi ibu Shazman lebih menyukai Nad kerana merasakan dia sesuai dengan anaknya yang berlulusan tinggi. Nad mengajak Lisa ke KL, jika dia ingin menjadi sepertinya. Adakah Lisa akan mengikuti kata hatinya? Apa yang bakal menanti dia di KL?

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

  • Puteri Amira sebagai Rocky
  • Hamidah Wahab sebagai Nek Timah
  • Kamal Bakar sebagai Ayah
  • Zain Hamid sebagai Dato' Jefri
  • Rosni Othman sebagai Ibu Shazman
  • Muhammad Naim Qayyum sebagai Cikgu Zamri

Kontroversi

The Gadis menjadi subjek kecaman umum apabila didapati memaparkan kisah cinta salah satu watak utamanya, Lisa (Yuna Rahim) dan Dato’ Jefri (Zain Hamid). Warganet berpendapat bahawa The Gadis seolah-olah mempromosikan hubungan antara seorang gadis dengan lelaki berusia. Pengarahnya, Liyana Jasmay turut dikritik kerana mempromosikan unsur negatif kepada masyarakat menerusi drama ini. Meskipun terdapat yang mengecam The Gadis, ada yang bersetuju bahawa cerita yang dipaparkan benar-benar berlaku dalam masyarakat Malaysia.[6][7][8]

Rujukan

  1. ^ Syafiqa Irdina (17 April 2020). "Padu! Budak Tebing cecah 10 juta tontonan, kini giliran The Gadis tawan Slot Lestary". XTRA. Dicapai pada 30 April 2020.
  2. ^ "Drama The Gadis (TV3)". My Infotaip. 10 April 2020. Dicapai pada 11 April 2020.
  3. ^ Mustazah GP (10 April 2020). "Info dan sinopsis drama The Gadis (Slot Lestary)". Iluminasi. Dicapai pada 11 April 2020.
  4. ^ "Drama The Gadis (TV3)". Azhan.co. 10 April 2020. Dicapai pada 11 April 2020.
  5. ^ The Gadis (2020): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 24 April 2020.
  6. ^ Farizan Zainal (27 April 2020). "Drama The Gadis dikecam papar kisah cinta budak sekolah dengan sugar daddy". Rotikaya. Dicapai pada 30 April 2020.
  7. ^ Syahrul Ramadan (28 April 2020). "The controversy behind Liyana Jasmay and her drama, The Gadis". Hype. Dicapai pada 30 April 2020.
  8. ^ Khayra Naila (27 April 2020). "Banyak yang tak kena! Drama The Gadis karya Liyana Jasmay undang rasa kurang selesa netizen". Meecks. Dicapai pada 11 April 2020.
Kembali kehalaman sebelumnya